Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, May 3, 2013

RASIS..SYIAH..PERDANA MENTERI Manifesto Sebenar



Sadis..Kesian..Hampeh, bilamana diketahui DAP kini sedang giat mengedarkan risalah yang mengajak orang-orang Cina supaya mengundi calon DAP dalam memastikan kemenangan besar untuk memerintah Malaysia, kerana jika DAP berjaya memerintah, hak keistimewaan melayu dalam perkara 152 dan 153 dapat dihapuskan.

Kemana perginya laungan DAP sebuah parti berbilang kaum? Kit Siang tersembur-sembur air liur menafikan parti ciptaannya itu sebuah parti yang rasis, namun inilah hakikatnya apabila tibanya PRU. DAP memang parti yang rasis.

Tindakan DAP melalui pemimpin-pemimpin atasannya dalam kempen PRU-13 ini menampakkan lagi kesahihan rasis dalam intipati parti itu. Seruan agar pengundi bukan melayu tidak mengundi calon PAS adalah satu strategi jahat sedangkan dalam masa sama DAP lah yang membantu kewangan PAS supaya penyokong-penyokong PAS mengundi calon DAP dan PKR yang berketurunan cina.

Tindakan DAP itu jelas melanggar kontrak sosial dan tidak selaras dengan apa yang dicapai oleh gabungan UMNO, MCA dan MIC dalam menuntut kemerdekaan seterusnya berdemokrasi secara sihat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju merdeka.

 Umumnya, pemimpin MCA, Gerakan mahupun MIC menyedari akan niat jahat DAP ini. Secara demokrasi jualah akhirnya DAP berjaya mempengaruhi minda masyarakat Cina dan India di negara ini.

Inilah ancaman besar yang dihadapi MCA khususnya. Malah MCA dan Gerakan hampir-hampir berkubur dalam PRU12 lalu dek jarum-jarum halus yang merosakkan perpaduan kaum di Malaysia ini.
 

Sedarilah, cita-cita DAP hanya satu iaitu ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura dimana hak-hak Melayu dihapuskan, Sultan dibuang dan bahasa melayu dilucutkan. Samalah jua seperti PKR yang mempunyai cita-cita reformasi untuk menjadi Perdana Menteri. Mengaut hasil negara untuk merealisasikan nafsu kekayaan.
PAS juga menumpang cita-cita menjadikan Malaysia ini sebuah negara Islam yang mengamalkan hukum Hudud dan membatasi Amar Makruf Nahi Mungkar kepada Syiah yang bukan mazhab kita selama ini.
Logiknya, cita-cita membuat perubahan bakal menyaksikan kesusahan rakyat bilamana manifesto mereka bisa membuatkan kita asyik seronok tanpa menyedari kesan buruknya.
Seperti contoh, apabila PTPTN dihapuskan, ibubapa yang ingin menghantar anak ke universiti terpaksalah meminjam wang kepada bank. Puak Pakatan sengaja berbuat begini kerana dalam DAP mereka tahu kebanyakkan kaum melayu tidaklah sekaya mana untuk menampung perbelanjaan pengajian anak diperingkat universiti yang tentunya memerlukan wang yang banyak. 
Kuota melayu hari ini akan kembali menjadi seperti penduduk Papua New Guinea yang tidak bertamadun, miskin dan tertinggal dalam serba-serbi. Tidakkah kita akui majoriti perniagaan di Malaysia ini dipolopori oleh kaum Cina?
Teringat kata-kata Ungku Aziz, orang melayu masih ditahap zaman pak kaduk, lemah dari segi perniagaan, perlu bantuan dan bimbingan. Apatah lagi jika melayu yang pemikirannya masih dibawah tempurung terutamanya yang menyokong Bulan..
  
Tun Mahathir dan pemikir melayu yang lain tidak letih berbicara tentang melayu. Satu ketika kita boleh berbangga kerana sudah berada di atas trek yang betul, baik dan terjaga.

Namun sejak 12 tahun lalu, dajal yang hitam mata sebelah telah membuat onar, habis orang melayu bodoh menjadi pengikutnya.
Rakyat Malaysia harus sedar dan tolak Dap yang cuba menghuru harakan perpaduan kaum.
Tolak DAP, PKR dan tolak Pas yang kini dikuasai oleh Syiah.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"