Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, November 11, 2010

Sedar sikit siapa yang biaya pengajian korang!

Rasa panas hati meluap-luap bila baca komen di page seorang budak USM ni. Aku tau ramai budak yang tinggal di SP menyokong PAS. Maklumlah Kedah kan negeri PAS.

OK, baru-baru ni banjir melanda Kedah. Keadaan sangat teruk. Kawasan yang kena semua area atas. Punca banjir mestilah sebab hujan lebat dan saliran air yang kurenggg seikit.Diulangi..Kurenggggggggg.

Banjir satu hal. Lepas banjir sehari,maka berlakulah gelombang politik yang seiring dengan arus banjir itu.

"Kami minta bantuan,tapi depa tak bantu kami sebab kami bukan orang PAS"

"Terima kasihlah sebab bantu kami,anak ni orang Kerajaan Negeri ka?"

"Depa tu harap ja pakai ketayap.kopiah semua,tapi bila nak tolong kena tengok dulu dahi ni ada cop bulan dak?"

Itu adalah sebahagian rungutan mangsa banjir. Aku faham kalau semua mangsa banjir mudah emosional kalau tak dilayan. Yela, semua orang dalam kesusahan. Dah lah rumah rosak teruk, bantuan lambat sampai, kenderaan tak dak,sistem perhubungan terputus. Tapi kita patut bersyukur sebab kita sekadar banjir.Buatnya banjir disertai arus deras,haaa baru tau syok ke tak syok warga Pakistan hari tu.....

Berbalik kes gelombang politik.

Tak dinafikan kerajaan negeri memang ambil berat. Memang dia wajib ambil berat sebab ni tanggungjawab dia. Cuma pertikaian berlaku apabila ada kawasan yang mereka sendiri tak sempat nak melawat. Dan yang lebih menyakitkan apabila bantuan yang sampai dulu kat tempat-tempat tak tercapai tu telahpun dicapai oleh BN dan adik beradiknya. Apalah masalahnya kalau kerajaan pusat bantu?

Kerajaan pusat hantar bantuan. Kerajaan negeri kata bias. Kerajaan pusat kononnya hanya hantar bantuan ke kawasan kuat UMNO je. OK, sekarang kita tgk balik. Kalau depa kata BN hanya hantar bantuan ke kawasan Pro Umno je, maknanya PAS lah yang pilih kasih. Awat bantuan untuk kawasan yang dikatakan pro Umno lambat sampai.Haa,tolong jawab sat.

Kerajaan pusat hantar bantuan dapat liputan meluas dari media utama

Ish.. memangla... Nama pun kerajaan pusat yang sememangnya dari luar kawasan datang membantu.Mestilah ramai rasa terharu dan teruja sebab orang luar sudi membantu. Adat la manusia. Macam Pakatan Rakyat jugak. Orang Singapore nak mai Penang,depa nak sambut dengan universiti khas. Tak bising pulak puak PAS sekalian. Pelik la depa ni.

Yang terbaru, ada pulak video oleh MB Kedah susulan kes banjir,Ni kira video untuk dia cover diri dia yang mungkin terlewat salur bantuan di sesetengah tempat. Beliau sempat menyalahkan Gamuda kerana landasan berkembar tidak memenuhi spesifikasi keselamatan. OK, mungkin itu salah satu sebab. TETAPI, landasan tu bukan penyebab banjir. Landasan itu hanya melambatkan aliran air. Bukankah kerajaan negeri juga mempunyai jurutera bertauliah, kenapa tak bincang pasal hal ni awal-awal? See…nampak sangat jurutera pun tak buat kerja. Yang depa tau pukul 10 keluar minum,pukul 12 makan,pukul 3 minum,pukul 4.30 balik. Jangan tipu!

Penyokong PAS pula, ramai yang faham setiap ahli yang bertentangan parti akan saling kutuk mengutuk. Seperti yang aku tengah lakukan ni. Tapi, sila pastikan siapa diri anda. Macam aku tak kisah untuk mengutuk sebab aku bayar semua cukai.

Just tell me, cukai pintu, tanah, jalan...bil api, air, indah water...parking kereta...semua aku bayar. dan yang penting, aku seorang yang mempunyai kerjaya profesional atas usaha dan duit sendiri. Walaupun pinjaman, aku tetap bayar balik.

Cukup menyedihkan apabila ada pemegang biasiswa JPA...Diulangi, JPA langsung tidak menyokong kerajaan. Ya, mereka boleh berkata yang duit JPA bagi tu adalah duit rakyat. Benar. Tapi berbaloikah anda guna duit free tu untuk merosakkan hidup rakyat lain?

Pilih kerajaan yang bengong, taksub, tiada moral.dan banyak lagi yang negatif. Dah la kalian belum tamat pengajian tapi ada hati nak tunjuk pandai. Kalian cukup bertuah sebab ibubapa korang memang orang kerajaan. Korang hanya perlu dapatkan sokongan ibubapa untuk bekerja nanti.Konfem dapat keje kerajaan jugak. Ibu bapa korang pun sama, makan gaji kerajaan tapi sokong Pakatan Haram.

Bapa borek anak rintik. Sedarlah diri tu. Kami tak macam korang. Kebanyakan orang UMNO bekerja swasta sebab nak bantu negara tingkatkan pendapatan. Cari pelaburan masuk. Korang apa tau.

Dengar-dengar dulu anak arwah Fadzil Noor belajar kat UiTM jugak. Hmmmm,kata anti kerajaan,tapi belajar dekat universiti subsidi penuh jugak.Apa cer?

Mesti alasan mereka adalah nak dapatkan pendidikan prestij. Sedar tak siapa yang berusaha menjadikan UiTM sebagai universiti berprestij? Lu fikirlah sendiri!

Yang pasti bukan Lim Guan Eng, Karpal Singh,Nik Aziz mahupun ustaz Azizan. Anwar Ibrahim? Mungkin pernah lah kot....

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"