Jadi Geng OKC

Sunday, July 18, 2010

Melayu Terus Mundur Jika Ikut Cara & Idea PERKASA



Tanpa peluang yang diberi oleh kerajaan, orang Melayu akan terus mundur dan miskin. Keadaan ini boleh mengundang masalah kestabilan negara kerana apabila kaum majoriti juga merupakan kaum yang paling miskin, ketegangan akan wujud dan bakal menempa risiko rusuhan dan pertumpahan darah.

Walaupun saya setuju dan menyokong dasar kerajaan yang mahu terus membantu orang Melayu, saya percaya satu perubahan drastik perlu dibuat kepada pendekatan polisi ini. Saya tidak nafikan kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ramai profesional Melayu dilahirkan melalui dasar ini. Kita pun bangga dengan jutawan-jutawan Melayu yang dulu langsung tiada. Tetapi adakah DEB ini betul-betul dapat berjaya dalam misinya? Contohnya, DEB meletakkan sasaran 30 peratus pegangan ekuiti untuk kaum Bumiputera dicapai pada tahun 1990.

Sekarang, 20 tahun selepas tarikh sasaran, kita masih tidak berjaya mencapai matlamat DEB. Apakah sebab kegagalan ini? Adakah kegagalan ini disebabkan ketirisan, dimana orang Melayu yang diberi peluang membeli saham dalam syarikat-syarikat tertentu hanya mengejar keuntungan cepat dan menjual saham mereka kepada orang bukan Melayu?
Adakah kegagalan ini disebabkan pelaksanaan dasar yang tidak berkesan oleh kerajaan?

Saya juga rasa terpanggil untuk meluahkan pandangan anak muda yang tidak berkepentingan dari akar umbi rakyat dan bukan akar umbi Umno yang banyak membodek pemimpin atasan. Bagi anak muda yang tidak mempunyai sebarang kepentingan mahupun jawatan dalam mana-mana parti politik, hasil DEB tidak sampai kepada kami sepenuhnya.

Ramai di kalangan rakan-rakan saya merupakan anak muda Melayu yang tinggal dibandar dengan gaji yang tidak dapat menampung sara hidup di bandar yang semakin meningkat. Gaji mereka boleh dikatakan tidak naik dan kalau dapat kenaikkan pun ibarat majikan mereka sekadar melepas batuk di tangga.

Rakan-rakan saya tidak mahu diberikan 'tongkat'. Mereka sedar bahawa untuk berjaya, orang Melayu mesti usaha dengan kebolehan kita sendiri. Tapi pada masa yang sama, mereka mempertikaikan dasar kerajaan yang banyak menguntungkan segelintir orang sahaja yang mungkin mempunyai kabel politik dengan pembesar-pembesar tertentu.

Adakah ini DEB yang sebenar, yang memberi kekayaan kepada mereka yang ada kabel politik dan tidak pedulikan orang Melayu lain yang mahu berusaha tetapi langsung tidak diberi peluang kerana bukan ketua cawangan atau ketua bahagian Umno?

Atas kesedaran inilah saya ingin menyatakan bantahan saya kepada Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA. Bagi saya, Ibrahim tidak memahami masalah sebenar orang Melayu. Idea beliau banyak berkisar kepada isu-isu lapuk dengan mendesak kerajaan mengagihkan kekayaan ekonomi negara kepada orang Melayu. Beliau langusung tidak menyentuh soal keupayaan dan usaha orang Melayu sendiri dan masih pegang kepada mentaliti subsidi bertongkat yang menjadi penghalang kepada kemajuan orang Melayu.

Malahan, mentaliti sedemikian juga boleh menular menjadi barah dan racun kepada daya saing dan kendiri bangsa, yang mana akhirnya menyebabkan orang Melayu itu melukut di tepi gantang dengan budaya mengharap dan tidak yakin dengan kebolehan atau kemampuan diri sendiri. Yang lebih serius lagi adalah keengganan Ibrahim untuk melihat DEB secara kritis dan mengaku segala kelemahan yang ada pada polisi-polisi kerajaan untuk membantu orang Melayu. Beliau hanya memekik melolong untuk meneruskan dasar afirmatif kepada orang Melayu tanpa menyoal keberkesanannya.

Tidakkah Ibrahim sedar bahawa terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jurang pendapatan bagi bangsa Melayu adalah yang tertinggi berbanding bangsa-bangsa lain. Daripada giat mempersoal dan membidas mereka yang menyentuh DEB, saya anjurkan Ibrahim supaya meluang masa sejenak untuk meneliti kembali maksud dan hasrat DEB itu sendiri yang antara lain mempunyai objektif bagi kebaikan atau pulangan umum dan bukannya bagi segelintir kelompok eksklusif.

Sekiranya hasrat dan objektif DEB itu membuahkan hasil, sudah pastinya jurang pendapatan orang Melayu tidak tercata sebagai yang terbesar jika dibandingkan kaum-kaum lain. Dalam pada masa yang sama, dan tidak kurang dari itu, beliau juga banyak mengunakan retorik dan bahasa yang menganjak orang Melayu untuk berbalah dengan orang bukan Melayu.

Pandangan sempit sebegini bukan sahaja meloyakan malahan memalukan orang Melayu umpama kita bangsa yang sentiasa syak wasangka dan mengukur kejayaan itu berdasarkan habuan dari permusuhan dan sengketa dengan bangsa lain serta menabur benih-benih pemikiran negatif untuk orang Melayu maju kerana persaingan sekarang menjangkau pelbagai segenap warga dunia dan merentasi sempadan.

Bagi saya dan rakan-rakan saya, pendekatan ini sudah lapuk. Orang Melayu tidak boleh lagi ditakutkan dengan retorik dan bahasa yang beremosi. Kini adalah masa untuk kita mengubah cara kita. Pendekatan Perdana Menteri amat tepat sekali di mana orang Melayu yang miskin dan kurang berkemampuan perlu dibantu tanpa mengira pegangan politik. Manakala, orang Melayu yang berbakat perlu dibantu atas prinsip merit yang menepati tuntutan pasaran.

Ini adalah satu anjakan paradigma di dalam usaha memajukan bangsa dengan membantu mereka yang melarat dan memerlukan bantuan dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan untuk membina daya saing dan kecemerlangan bagi mereka yang mempunyai potensi dan kebolehan. Ringkasnya, sekiranya kita ikut cara dan idea Ibrahim, percayalah orang Melayu akan terus mundur.

Ini kerana kita akan rasa selesa dengan tongkat, dengan retorik perkauman tapi akhirnya kita tidak akan maju. Dalam pada itu, mungkin ada yang berpendapat bahawa saya adalah seorang anak muda Melayu yang lupa daratan, tidak berterima kasih dan umpama menggigit tangan yang memberi makan di atas pandangan saya ini.

Namun, ingin saya tegaskan bahawa adalah tanggung jawab kita untuk masa depan dan hala tuju bangsa bagi memastikan tangan yang memberi makan itu mampu terus memberi makan dan menyuap ke mulut mereka yang benar-benar lapar dan bukannya mereka yang sudah tersandar kekenyangan.
yang ikhlas: paiseh mizie

Saturday, July 17, 2010

Pastikan Helah Anwar Gagal..



Kepada semua pembaca, tolong hebohkan maklumat terkini pasal kes liwat Anwar. Maklumat terkini ini di petik dari unspinners.

HEBAHKAN.

Mengikut jadual yang disediakan mahkamah, sepatutnya Anwar dibicara pada Julai 14hb.

Oleh kerana mereka sedang memohon kepada Mahkamah Persekutuan berhubung menuntut bukti-bukti yang sudah ditolak dari Mahkamah Tinggi dan Rayuan, dapat mereka tangguh kepada Julai 19hb.

Pada perbicaraan akan datang, dua lagi saksi doktor dan saksi Jabatan Kimia akan masuk kandang saksi. Dari situ kami jangkakan Anwar diminta buat pembelaan.

Ini yang Anwar mahu tangguhkan. Jika dia sudah ditetapkan oleh Mahkamah ada tuduhan dan perlu bela diri, jatuh lagi pandangan rakyat terhadapnya. Dia tahu dia tak ada alibi dan hujah untuk pertahankan diri.

Rancangan Anwar akan datang masih untuk melengahkan lagi. Kali ini, ia bertambah kritikal untuknya.

Kali ini adalah menggunakan alasan seperti yang pernah diguna dengan Sulaiman Abdullah. Kononnya Karpal Singh sakit dijangkiti infection paru-paru.

Karpal telah dimasukkan wad di University Hospital sejak dari Jumaat Julai 9hb. Dia tidak memberitahu wartawan kerana tidak mahu diketahui ramai.

Keadaannya tidak berapa baik dan disuntik ubat tidor (sedation). Dia pun kelihatan pucat dan memerlukan 3 atau 4 hari untuk pulih.

Sebelum Anwar gunakan ini sebagai alasan untuk tangguh, baik dihebuhkan supaya peguam Anwar lain yang turut hebat-hebat berlaka bersedia menggantikan. Ada sampai 10 orang peguam yang ada nama, masih nak Karpal yang berkerusi sorong juga????

Dipercayai Dato Param sedang atur untuk guna kegeringan karpal untuk dapatkan MC selama seminggu supaya tertangguh terus perbicaraan yang telah diatur.

Kalau penumonia yang dihadapai Karpal agak serius, tak akanlah sampai peguam lain bisu tak boleh jadi substitute. Bukankah itu tujuan Anwar ambil banyak2 peguam?

Bukan sedikit peguam Anwar. Dahlah tu bukan calang2 peguam2 mereka ini. Ada Dato Param, Sangkara Nair ada, Raja Adruse Aziz ada, ...

Tak ada sebab mahkamah perlu ditangguh. Tidak masuk akal juga. Habis ... Kalau Karpal mati, tak akan kes buang dan anwar selamat pasal peguam seorang mati?

Kalau tak lojik, maka tak lojik pasukan peguam yang besar tak ada orang boleh buat litigation di mahkamah selain karpal?

Hebahkan ini ... supaya anwar tak boleh guna alasan ini untuk tangguh.

Sources by:
The Unspinners

Friday, July 16, 2010

MESTI BACA : PAS Berdakwah Dalam Gereja!!


Soalan :

1) Adakah ada orang Kristian benar orang Islam berdakwah di tempat ibadat mereka ?

2) Adakah tiada tempat lain untuk misi bertemu rakyat untuk berdakwah ?

3) Adakah logik ahli agama lain dibenar dakwah di tempat ibadat kita ?

4) Adakah ini tanda politik memperalatkan rumah ibadat sudah semakin berleluasa hingga sampai ke gereja ?

5) Apakah pandangan agama tentang hukum masuk tempat ibadat agama lain ?

Jawapan soalan kelima ada iaitu kita tidak diharuskan ke tempat ibadat agama lain tanpa sebarang urusan.

Apatah lagi sebagai pemimpin bagi sebuah parti Islam sudah tentu perkara yang boleh menimbulkan fitnah perlu dielakkan.

Sekarang ini sudah banyak insiden seperti bukan Islam masuk ke masjid untuk tujuan politik.

Mereka tidak lagi takut kerana sebahagian yang menyokong PAS sudah pun berjaya diliberalkan fahaman mereka hingga membenarkan masjid dimasuki oleh ahli politik bukan Islam.

Hingga kepada kalimah Allah juga diliberalkan batasannya kepada bukan Islam demi mencapai cita cita politik yang sedikit.

Moga ALlah selamatkan Malaysia dan sekelian kaum muslimin…

Amin!

Wednesday, July 7, 2010

Suara KeAdilan- Jumpa di Mahkamah

Felda akan teruskan saman terhadap akhbar PKR Suara Keadilan setelah tamat tempoh seminggu notis tuntut maaf dan gantirugi RM200 juta hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum demikian dalam ucapannya di Hari Felda di Trolak hari ini.

Beliau telah mengulas dengan panjang lebar mengenai isu dakwaan berkenaan di depan lebih 10,000 peneroka yang hadir di majlis itu.
Perdana Menteri berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta.
"Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya sambil disambut dengan teriakan peneroka yang melaung supaya Felda meneruskan saman.
"Hari ini suara perhimpunan hendak kita teruskan...kita jumpa di mahkamah," katanya sekali lagi disusuli tepukan gemuruh.

Najib menegaskan Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya tetapi dituduh bangkrap oleh mereka yang sebenarnya bankrap idea, moral dan prinsip perjuangan.


Najib berkata Felda kini mempunyai wang tunai sebanyak RM1.3 bilion dan ini tidak termasuk wang yang terdapat dalam beberapa anak syarikatnya.

"Nak kata apa bankrap...Felda sahaja ada RM1.3 bilion tunai. Felda labur dalam saham dan membelinya pada harga RM844 juta, hari ini dah naik lima kali ganda. Boleh kata kita bankrap?," katanya.

Perdana Menteri, saham-saham yang dibeli Felda adalah daripada syarikat besar seperti MISC dan Maybank yang tersenarai di Bursa Malaysia dan jika dijual sekarang boleh memperoleh RM4.6 bilion.

Menurutnya, ladang-ladang yang dimiliki Felda jika dijual dengan nilai konservatif ladang komersial adalah berharga RM10 bilion.

Beliau menjelaskan Felda merancang pembangunan untuk jangka panjang dan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menembusi pasaran global dalam usaha meningkatkan pemasaran produk di peringkat antarabangsa yang akan membantu meningkatkan lagi harga sawit.

Katanya Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula.

"Kalau pokok dah tua mana nak keluar buah (sawit) atau susu (getah)," katanya.

Mengenai projek pembinaan Menara Felda yang baru, beliau berkata tanah yang dibeli bagi projek itu kini kalau dijual pun sudah mendapat untung yang banyak.

"Kita kalau nak buat bangunan tak kan nak buat di Kampung Keramat atau Kampung Baru (di Kuala Lumpur)...kita buat di sebelah Menara Berkembar Petronas," katanya.

Najib sekali lagi menarik perhatian hadirin apabila bertanya sama ada seseorang yang bankrap boleh membayar zakat.

"Kalau bankrap boleh tak bayar zakat tak wajib bayar zakat...Felda membayar zakat RM26 juta tahun lepas kepada kerajaan-kerajaan negeri," ujarnya.

Beliau berkata mereka yang menuduh Felda bankrap sebenarnya bankrap idealisme dan moral.

Katanya wakil rakyat mereka pun tinggalkan parti, setiausaha agung pun tinggalkan parti kerana parti itu bankrap prinsip dan perjuangan.

Perdana Menteri kemudian merasmikan MRSM Felda serta mengiystiharkan nama baru MRSM termoden dan tercanggih yang bernilai RM120 juta sebagai MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak.

Friday, July 2, 2010

Anwar, tokoh Yahudi intim

KUALA LUMPUR - Kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana, baru-baru ini, jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan itu memang intim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.

“Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu yang mengatakan Anwar berada di Washington beberapa hari minggu lalu, untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti “pencerobohan zionis”.

Akhbar itu menyebut Anwar sertai tunjuk perasaan luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini, dan sehelai bendera Israel dibakar dan buat sindiran pedas mengenai sebuah firma perhubungan awam berpejabat di Washington menurutnya 'dikuasai Yahudi' Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh Kerajaan Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Anwar tanpa segan silu ke negara itu memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin menimbulkan tidak puas hati kalangan rakannya itu.

“Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia di sana bukan saja tidak puas hati mungkin akan marah,” katanya.

“Ia jelas hubungan rapat antara Anwar dengan kumpulan yang dikatakan pro-Zionis atau pro-Yahudi itu, terserah pada rakyat buat pertimbangan apakah sebenar Anwar Ibrahim itu,” katanya.
sumber: sinar harian

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"