Jadi Geng OKC

Monday, December 22, 2014

Kit Siang Cabar Tun M Debat.... Jadi Ke?



DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has challenged Tun Dr Mahathir Mohamad to a public debate following the former prime minister’s claims that the Malays’ grip on politics was weak due to disunity, prompting them to beg support from other races to remain in power.

Mungkin inilah klimaks politik Malaysia jika dua orang heavyweight politik negara sedia membuka gelanggang untuk berdebat.

Tokoh komunis, Lim Kit Siang cabar Tun Mahathir berdebat dalam isu melayu pengemis politik undi cina.

Jika debat ini berlaku, ia pasti akan menjadi tumpuan jutaan rakyat Malaysia dan seluruh dunia, akan pertembungan debat terhebat abad ini antara 2 player politik berlainan pemikiran dan ideologi.

OKC mohon Tun terima cabaran bapak komunis tu dan ianya mestilah diadakan secara LIVE di kaca tv.


Tak perlu ada penyokong kedua pihak, pasal aktiviti berok yang low class akan menggangu kualiti perdebatan. 2 moderator, satu pro-bn dan satu pro-pakatan, yang rasional sudah cukup.

Harap-harap benda ni jadi kenyataan... biar bukak sikit mata melayu yang tertutup dek keterujaan DAPigs al komunisme tu...

Friday, December 19, 2014

Flashback: Peringatan Buat Kepimpinan UMNO



PERINGATAN BUAT SEMUA PRO-KERAJAAN:-

KERAJAAN MALAYSIA SEKARANG MESTI BANGKIT SERTA-MERTA!

KERAJAAN MESTI TEGAS, BERANI DAN ADIL WALAUPUN TAMPAK ZALIM!

SINDROM KERAJAAN LEMBIK MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM TAKUT KEPADA DESAKAN PEMBANGKANG MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM TAKUT DENGAN MEDIA DAN INTERNET MESTI DIHENTIKAN!

SINDROM KERAJAAN FLIP-FLOP DAN PAK TURUT MESTI DIHAPUSKAN!

JIKA TIDAK MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK!

DAN PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA PERTAMA IALAH ANWAR IBRAHIM!!!!



TANDA-TANDA AWAL MALAYSIA AKAN JADI REPUBLIK:-

1. Keistimewaan dan hak peribumi bumiputera dipertikai.

2. Kedaulatan Raja Melayu dipersoal

3. Kedudukan Agama Islam dipertikai

4. Keluhuran undang-undang diperlekeh

5. Penguasa Undang-undang Polis, SPRM, Peguam Negara, Badan Kehakiman, dll dihina dan dicemuh dan sekarang dikatakan tidak professional dan bersifat perkauman.

6. Sejarah Kemerdekaan Negara ditafsir sesedap rasa sesuka hati

7. Pejuang Kemerdekaan tidak dihormati tetapi pengkhianat komunis pula cuba disanjung.

8. Sejarah asal Tanah Melayu cuba dinafi dan dipersenda.

9. Lagu kebangsaan dipermainkan tanpa sebarang hukuman.

10. Sekarang sejarah pemerintahan bekas-bekas PM diperlekeh. Semua kejayaan negara semasa pemerintahan mantan PM dipersenda. Seorang negarawan cuba diketepikan dan jasanya hendak dinafikan….


HAKIKATNYA PEMIMPIN UMNO SENDIRI YANG MENGHANCURKAN UMNO:-

1. Orang melayu sendiri semakin ramai menjauhi UMNO.

2. Pemimpin UMNO telah lama lupa membela nasib Melayu

3. Pemimpin UMNO leka menjaga kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni.

4. Pemimpin UMNO lebih sibuk menjaga hati bukan melayu dari menjaga hati orang melayu     bangsanya sendiri.

5. Pemimpin UMNO suka mengambil kesempatan ke atas bangsanya sendiri.

6. Pemimpin UMNO lebih sibuk mengumpul harta dari mengumpul jasa.

7. Pemimpin UMNO bila berkuasa jadi Gila Kuasa tetapi bila hilang kuasa jadi Gila Talak.

8. Satu demi satu tembelang pemimpin UMNO pecah.

9. Satu demi satu temberang pemimpin UMNO terdedah

10. Satu demi satu Pemimpin UMNO sedang dibogelkan

11. UMNO sendiri sedang ditelanjangkan

12. UMNO sedang menuju ke arah kehancuran!!!!

Orang Melayu semakin menjauhi UMNO. Rakyat semakin percaya Malaysia akan lebih baik tanpa UMNO. Kejatuhan UMNO semakin tidak boleh dielakkan. Sudah semakin terlambat untuk UMNO bangkit semula.

Rakyat semakin bersedia menerima Malaysia menjadi sebuah republik. Tetapi apakah orang melayu akan terbela bila Malaysia menjadi republik? Cuba lihat Republik Singapura dan cari jawapannya…

PEMIMPIN YANG TAHU MALU ....
BELAJARLAH KEPEMIMPINAN DARI FALSAFAH ALAT KEMALUAN LELAKI

"Prof. Idrus Shahab, pakar management Universitas Indonesia jurusan psikologi anatomis berkata :

Jika ingin menjadi pemimpin yang baik & berjaya, maka belajarlah dari Alat Kemaluan Lelaki:

1). Tidak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.

2). Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (menahan diri - tahu situasi).

3). Dapat membantu Melahirkan Generasi penerus baru.

4). Boleh"menyerang" pihak lawan dengan tetap memberi kenikmatan.

5). Walau terjadi gesekan2 antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.

6). Setelah berjaya mencapai sasaran, posisi dan kedudukan, tidak berbesar kepala atau sombong namun selalu mengecilkan diri...

Tuesday, December 16, 2014

Kenapa Melayu Berasa Terancam?



Semua pejuang dan NGO Melayu anti-pindaan Akta Hasutan 1948 pasti berasa lega dan berpuas hati dengan keputusan ini. Namun, seperti diperingatkan Tun Abdul Hamid, cabaran lebih hebat sedang menanti: “Masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang bukan sekadar melibatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan 1948… Masalahnya adalah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri!”

Prospek Melayu menghadapi masa depan serupa Red Indian, iaitu Bumiputera yang kehilangan hak di bumi sendiri mesti dianggap ancaman serius.

Sebelum merdeka lagi, kuasa pemerintahan di tanah Melayu dan Malaysia cuba dirampas pengganas komunis menggunakan senjata dan kekerasan. Setelah gagal, tidak hairan jika selepas merdeka terdapat pula kelompok yang menggunakan saluran politik untuk mencapai matlamat sama, menyelimutkan strategi halus dengan menggunakan undang-undang dan kaedah legitimis demokrasi.

Justeru, bagi Melayu musuh kali ini payah dikenal pasti. Mereka datang dari sudut tidak disedari, mengguna senjata tidak dikenali. Apa pun, jika gagal, tragedi lebih buruk pasti menanti, kerana tidak seperti Red Indian, Melayu warga majoriti pemegang teraju pemerintahan negara.

Persoalannya: Sekali pun warga majoriti dan raja-raja Melayu bertakhta sejak berabad, kenapa Melayu berasa terancam? Hak dan kepentingan Melayu termaktub dalam Perlembagaan.

Perdana Menteri sejak merdeka semuanya Melayu, dan kemungkinan bukan Melayu dilantik PM atau Menteri Besar di negeri Melayu beraja hampir mustahil terjadi. Namun kenapa ramai Melayu masih cemas, resah dan gelisah, tidak yakin terhadap masa depan anak cucu?

Apakah kerana ramai melihat kuasa dan takhta di tangan tidak memanfaatkan Melayu? Apakah kerana semuanya mudah “dibeli” orang lain yang lebih kaya dan berharta, atau diperalat seumpama takhta dan istana raja-raja Melayu diguna dan diperalat penjajah British di zaman penjajahan?

Atau apakah kerana Melayu berasakan semua peruntukan undang-undang, juga institusi untuk melindungi kepentingan Melayu, termasuk hak keistimewaan Melayu, tanah rizab Melayu dan seumpamanya, semuanya dikompromi setelah terlalu lama dilupai, terketepi, atau dipandang sepi oleh pemimpin Melayu sendiri yang diamanahkan dengan pangkat dan kuasa?

Awasi “selimut nafsu-nafsi”

Jika kelemahan Melayu berkelangsungan, yang wajib dipersoalkan kerana telah gagal menjalankan tugas dan menyempurnakan kewajipan ialah pemimpin dan penguasa Melayu sendiri yang selama ini gagal membawa pembaharuan bermakna.

Apakah kerana pemimpin Melayu melampau kecil jiwa, takut kepada bayang-bayang lalu tunduk kepada semua orang lain yang kelihatan lebih sofistikated, lebih tinggi darjat dan lebih berharta, lalu dianggap lebih mulia?

Saya bertanggapan antara punca kelemahan pemimpin Melayu berlaku apabila ramai lupa jati diri, hilang semangat kepahlawanan bangsa dan terhakis roh Islam serta jiwa jihad dalam hati sanubari.

Semua ini mudah hilang dan lenyap terutama apabila Melayu terlalu lama memakai “selimut” warisan penjajahan ditenun mengikut corak kapitalis Barat, mengakibatkan suburnya sikap Melayu melampau individualistik nafsu-nafsi.

Lalu keutamaannya ialah memperjuangkan kepentingan diri dan peribadi, merebut pangkat dan mengaut harta, langsung membunuh jiwa ijtimaai dan mematikan semangat mengutamakan kepentingan besar agama bangsa dan negara.

Lepas Jepun, Thai... New Zealand Pula Tak Nak Ketum Masuk Negara Mereka



Malang sungguh nasib peliwat, mungkin inilah balasan kecil dari Tuhan. Anwar dan keluarga sepatutnya bercuti di New Zealand semalam, tapi tak dapat kerana kerajaan New Zealand tidak benarkan Anwar masuk ke negara mereka kerana Ketum masih dalam kes liwat ll dan banyak kes lagi.

Kalau ketum nak masuk juga, kena dapatkan pas Visa Khas dari kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur.

Bertambah malang dan bersebablah Anwar tak dapat ke mana-mana. Biarpun dia ada tiket Zionist, itu tak bermakna semua negara setuju dengan kabel zionist yang Anwar ada.

Jika sebelum ni Jepun, Thailand tak bagi dia masuk, sekarang New Zealand pula, lepas ni tentu ramai lagi negara yang takut nak bagi Anwar ni masuk, maklumlah, nanti timbul huru-hara pula di negara mereka....aduhai ketum..

Monday, December 15, 2014

Mudahnya Umno Tertipu Dek Pembangkang



Pihak pembangkang tidak pernah sekuat kini dalam sejarah politik negara. PKR yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepada negara boleh muncul bagi menyatukan PAS dan DAP yang semestinya musuh ketara dari segi ideologi. Keretakkan mereka hanya menunggu rebah dan kini kita dapat melihat betapa gagalnya perkahwinan mu’taah mereka.

Kegagalan pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS untuk mengadakan perjumpaan sejak bulan Mei akibat pergolakkan krisis Menteri Besar Selangor dan kes liwat ketua pembangkang sememangnya telah melemahkan Pakatan Rakyat. Tetapi UMNO tidak sedar bahawa dalam pergolakkan mereka telah lahirnya idea bahawa cara terbaik untuk selindung kelemahan pembangkan adalah dengan mencipta pergolakkan dalam UMNO.

PKR ini bukan sebarang parti, lebih 70 peratus kepimpinan mereka bekas ahli UMNO. Mereka juga tahu siapa dalam UMNO boleh diguna pakai untuk melemahkan parti. Yang amat sedih adalah ahli-ahli itu sendiri telah tertipu dengan agenda mereka.

Kita dapat lihat dengan penggunaan kes 1MDB, dimana pihak pembangkang berjaya menghebohkan kes ini sehingga timbalan ketua bahagian UMNO sendiri melakukan laporan polis terhadap 1MDB, malah pihak pembangkang pun tidak pernah melakukan sedemikian.

Sedarlah bahawa kemenangan UMNO pada PRU-14 tidak terjamin dan paling menyedihkan adalah di waktu pembangkang begitu lemah dengan pelbagai masalah, UMNO tertipu dengan permainan mereka.

Sedarlah bahawa bangsa-bangsa lain melihat dengan penuh gelak ketawa dengan penikaman UMNO tersendiri.

Sedarlah diwaktu ekonomi negara tidak menentu dan sokongan pengundi baru harus dimenangi, UMNO masih berpolitik semasa sendiri. Cukuplah dengan niat jatuh-menjatuhkan pemimpin kita. Sedarlah bahawa ahli UMNO harus memahami pelan transformasi ekonomi dan politik kerajaan bagi meyakinkan rakyat bahawa Malaysia dilandasan yang betul dan boleh menangangi krisis ekonomi yang bakal melanda.

Janganlah kita tertipu dengan muslihat pembangkang dengan isu-isu seperti menyoalkan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam dan 1MDB. Satukanlah perjuangkan kami, ingatlah musuh kami sebenar di luar sana, pihak pembangkang senyum melihat UMNO menunding jari dan menikam sesama sendiri.

Sudahlah, tiada masa lagi untuk parti keramat UMNO ini berpolitik semasa sendiri dan janganlah kita tertipu dengan sandiwara pihak lawan.

Thursday, December 11, 2014

Isu RTC Bukan Boleh Tarik Undi Pun...



Salam to all,

Sepanjang minggu ini, heboh memperkatakan soal  RTC@Rural Transformation Centre. Pertikaman dalam Facebook berebut nakkan RTC tu dibina di kawasan memasing.. Isu ni timbul bila Adun Palong, YB Dato' Lilah bertanya bila lagi nak bina RTC di Jempol dan kenapa tak jadi bina...bina di Rembau pulak??

Jawapan tu sepatutnya di jawab dan di panjangkan kepada pihak kementerian..bukan menyalahkan MB dengan tuduhan kononnya MB berbohong kepada rakyat Jempol...Alaahaiiii...mana bukti MB bohong dengan rakyat Jempol?? Ke Lilah sengaja memalukan MB dalam Dewan Undangan Negeri?

Lagi satu, apakah dengan wujudnya RTC di Jempol kan menutupi segala kecacatan yang masih mengharapkan perubahan? Apakah RTC mampu memikat undi dan memperkukuhkan parti Umno sehingga mampu menawan DUN Bahau daripada DAP?

Anak melayu dahagakan RTC, tapi anak cina tak hairan pun RTC sebab kemudahan yang selama ini tidak menyusahkan mereka pun.

Hentikanlah propaganda menyalahkan orang...RTC satu perkhidmatan yang baik dari kerajaan, di mana sahaja ianya dibina, kita manfaatkan..tak pelru nak bertekak berebut suruh bina di kawasan sendiri..Adun perlu muhasabah..

Jika Adun pemimpin bijak, wujudkan satu pusat khidmat yang mempunyai pelbagai kemudahan menyerupaikan RTC melalui kerjasama kementerian dan kerajaan negeri,.


Tuesday, December 9, 2014

PANAS!!!! Bila Adun Bodoh Pengetahuan, Salahkan MB Tutup Kesalahan...

Sebelum ni OKC dedahkan tentang perangai gampang bekas ketua bahagian yang angkut bawak lari semua perabot dalam pejabat Umno Bahagian.. kini sekali lagibekas Ketua Bahagian tu meroyan bilamana melalak menuduh MB berbohong dengannya mengenai isu RTC.

Semalam sewaktu Sidang Dewan Undangan Negeri berlangsung, bekas Ketua Bahagian yang kini menjawat sebagai ADUN, beria-ia menuduh MB berbohong kerana tidak membina RTC di kawasan Jempol sebaliknya di Rembau.

Weii..taik lalat!! ko faham ke tidak? RTC dibina oleh Kementerian bukan kerajaan negeri. dan kerajaan negeri tak layak pun nak tentukan lokasi pembinaannya. Apalah bangang sangat!!

Disebabkan kebodohan kau la, maka ko diletak di ceruk kampung jadi ADUN. Itupun kau kena ingat!! Jempol bukan kawasan Palong.. Jadi yang sibuk sangat hal Jempol kenapa?? Jaga Palong tu baik-baik..Orang Palong pun dah fed up la....


Monday, December 8, 2014

Ditangkap Kerana Ajar Anak Baca Quran...


Nauzubillahiminzalik.... Apa nak jadi dengan kita umat Islam hari ini? Islam makin diperlekehkan dunia biarpun Islam adalah anutan agama nombor dua terbesar di dunia, namun kafir laknatullah langsung tidak hormat dengan Islam.

Hari ini, usaha mendidik anak-anak Islam membaca dan mendekati Al-Quran mendapat tentangan. Kerajaan Uzbekistan memang sudah gila dan memang gila. Kita fikir dan renungkanlah... hari ini di negara orang berlaku..apatah tidak mungkin di bumi Malaysia ini boleh terjadi sedemikian??? Pandanglah ke hadapan masa depan Islam ini....

Tashkent: Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak perempuan membaca kitab suci al-Quran.

Menurut laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.

Stesen televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan ‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu.

Antara yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

Pegawai Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka mendapatkan perlindungan di Turki.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di negara itu.

Penindasan itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan agama.

Pada Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.
Negara itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab. - Agensi

Wednesday, December 3, 2014

Mahasewel Pro Pakatan Belajar Pandai Kalau Tak Mampu Bayar PTPTN

Rupanya Kerajaan BN Malaysia bijak. Bijak kerana sanggup memberi pinjaman PTPTN kepada anak bangsa demi melihat mereka berjaya dalam hidup, seterusnya menjadi rakyat yang berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Dengan adanya skim pinjaman PTPTN, sedikit sebanyak meringankan beban kepala hotak mak bapak macam gua ni, untuk jadi giler fikir pasal duit bila anak dapat belajar IPT.

Mana tidaknya, bukan ratus-ratus..tapi puluhan ribu kos perlu ditanggung.

Ramai pula yang liat tak bayar hutang PTPTN. Tambahan bila mahasewel pro pembangkang kata tindakan zalim apabila pihak PTPTN blacklist nama diorang yang tak bayar hutang.

Kemudian gerembolan mahasewel tidor diatas jalan bantah dan mahukan pendidikan percuma .

Nak free senang jer bai! Belajar pandai-pandai. Capai CGPA.. tak payah nak bayar hutang.

Tapi budak budak pro pakatan bukan nak belajar..tapi kecanduan Ketum hingga tidor atas jalan dan ada yang sanggup tinggalkan pelajaran demi Ketum..

Tuesday, December 2, 2014

Meroyan Ke Masyitah? Hukum Allah Jangan Memain..



Masya Allah...Gua xtau la nak cakap pe dah dengan orang yang rasa bijak pandai ni.. Gua pun musykil gak ni..Samada kenyataan dia ni real disebut atau trick pembangkang memecah-belahkan parti keramat Umno.

Tapi kalau betul apa diungkapkan, gua mintak la sangat-sangat dia ni perbetulkan keadaan.. Kalau sebaliknya, kedepan la tuntut keadilan.. #wakonpiusbeb

Chong Wei Saman Razif Bila Tuduh Hisap Dadah



Kerana mulut macam sial, jawab la sendiri akibatnya. Itulah sebabnya jika tidak tahu hujung pangkal kisah disebalik atau perihal sesuatu itu.

Sekarang jawab la sendiri bila si cina tetap nak bantai melayu...

Kuala Lumpur: Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei mengesahkan bahawa beliau kini sedang memfailkan saman terhadap Razif Sidek yang mendakwanya menggunakan bahan terlarang sejak dari dulu lagi.
Bekas pemain badminton kebangsaan Razif Sidek sebelum ini memberitahu Kosmo pada 11 Nov lalu bahawa beberapa pegawai BAM menyedari Chong Wei telah mengambil bahan terlarang sejak dulu lagi, tetapi rahsia itu disimpan kerana Chong Wei adalah pemain badminton terkemuka dunia.
Selain itu dia juga mendakwa Chong Wei pernah mengupah seorang doktor asing untuk merawat dia.
“Peguam saya sudah menghantar surat kepadanya beberapa hari yang lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) telah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang terjadi sudah terjadi, “kata Chong Wei yang marah dengan perkara tersebut.
“Saya tidak boleh membiarkan perkara ini kerana dia memfitnah saya.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"