Jadi Geng OKC

Sunday, April 28, 2013

Aishah kaki kencing..Orang Jempol Baca ni...

Aishah kaki kencing...

Siapa bapa Armad Azhari Abdullah?
Armand dan Ahzad (DNA omputih)
Sah Aishah kaki kelentong! Aishah kata dia jumpa Menteri DS Shahrizat Jalil pada tahun 2005 selepas membuat konsert, kononnya dia nak mengadu masalah tuntutan hak anak. Pada hal urusan tuntutan hak sudah selesai pada 30 November 2001 di mahkamah syariah Kajang (rujuk petikan akhbar di atas).
So apa kes dia buka cerita nak mengadu pada Shahrizat pada 2005? Apa kes mengaitkan dengan minta lembu, minta RM 150 juta dan minta condo.... bangang sungguh Si Aishah munapek ni.
Kisah tuntutan hak penjagaan anak sepatutnya adalah kerja peguam dan mahkamah syariah bukan jumpa menteri.
Menurut apa yang dilaporkan di media, Aishah (47) mempunyai dua anak yang lahir pada tahun 1994 dan tahun 2000.  Anak pertama Armand Azhari Abdullah  (18) dan kedua Ahzat Ahlami Mohamad (12).
Laporan media juga menyebut, Aishah dan bekas suaminya Muhammad (61) telah berkahwin pada 1 April 2009 adalah warga New Zealand yang telah menuntut penjagaan dua anaknya (patutlah anak pertama bin Abdullah).
Aishah berusia 29 tahun dan sudah mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun ketika berkahwin dengan Mohammad, lelaki New Zealand.
Masa kes tuntutan anak difailkan di mahkamah syariah Kajang, anak pertamanya berusia 7 tahun dan anak kedua 4 bulan. Kahwin setahun dan bercerai, poorah...cit!!
So, dalam ucapan kelentong tersebut Aishah berkata anak dia diberi dadah pada usia 5 tahun oleh bekas suaminya. Ini bermakna insiden hisap dadah berlaku pada tahun 2005  sewaktu anak kedua berusia 5 tahun dan abangnya 11 tahun juga merokok.  Jadi, suami yang hisap dadah ini, adakah suami yang kedua atau si Muhamad lelaki New Zealand?
30 April 2010 Aishah berkahwin lagi di Thailand dengan Faizal Sazali Zulkifli tetapi bercerai setahun kemudian. Kenal seminggu dalam facebook dan terus kawin lari. Apa hukumnya?...hanya Ustaz Azhar Idrus yang boleh bagi hukum atau jawapannya.
Bab kedua dalam ceramah beliau ialah kisah dia buat persembahan di Morib. Sudah tentu persembahan pentas di buat di Pantai Morib yang landskapnya cukup cantik. Mungkin itulah yang Aishah kena kelentong. Mungkin pemimpin Pkr kata projek landskap adalah projek mereka dan si bongok Aisah pun percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.
Rakyat nak pinjam RM5000 pun susah? Awatlah hang bingai, pergi lah ke Lembaga Amanah Ikhtiar atau Tekun, RM10 ribu pun boleh bagi jika kena syaratnya.
Sudahlah Ecah ooi...hang  pi mengaji di New Zealand ambil biasiswa siapa? Orang suruh pergi mengaji dan bawa balik ijazah tetapi dia pergi bawa balik anak dan bawa balik fan club. Sebagai penutup, TM nak tanya berapa orang lelaki yang pernah menjadi suaminya dan apa status anak pertama?



Bercakap ikut sedap mulut, akhirnya terbuka pekung di dada. Apa motif sebenar masuk Pas? Nak dapat tiket masuk syurga free agaknya...

sumber: PanehMiang

Wednesday, April 24, 2013

Calon BN Parlimen Jempol pilihan rakyat



DATO SERI UTAMA TAN SRI MOHAMAD ISA ABDUL SAMAD

SENTIASA BERSAMA RAKYAT......

Beliau yang telah lama berkecimpung di dalam bidang politik sejak tahun 1970an. Beliau adalah seorang yang begitu prihatin dan peka terhadap perkembangan pendidikan anak-anak berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru pada tahun 1960 an. Perwatakan beliau yang mudah mesra dan tenang adalah di antara kelebihan yang ada pada diri beliau yang disenangi oleh semua golongan masyarakat.

Selama beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, belaiu telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dengan begitu dinamik termasuklah membawa pelabur asing masuk demi pembangunan Negeri Sembilan. Banyak membantu rakyat miskin tidak mengira agama dan bangsa. Membaik pulih sekolah-sekolah dan jalanraya di kampung-kampung dan felda.

Kecemerlangannya memang tidak dapat dinafikan bukan sahaja di dalam pembangunan insfrastruktur tetapi pembinaan modal insan di kalangan muda mudi di Negeri Sembilan juga menjadi keutammannya.

Walaupun di dalam jangkamasa yang singkat apabila beliau telah diberi kepercayaan untuk mendokong jawatan sebagai Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, beliau telah meluluskan pelan struktur Kuala Lumpur dengan visi menjadikan Kuala Lumpur World Class City. Dalam pentadbiran beliau, beliau mengamalkan pentadbiran mesra rakyat. Banyak membantu dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya bumiputera agar berdaya saing mengejar kemajuan. Beliau juga banyak memantau dan meneruskan projek-projek yang terbengkalai.

Beliau sentiasa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat yang memerlukan pembelaan. ini adalah di antara bidang kerjaya yang beliau usahakan setiap masa.

BIODATA

PROFIL
Nama: Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Tempat Lahir- Sungai Udang Melaka
Tarikh Lahir : 14 November 1949
Isteri: Bibi Sharliza Mohd Khalid (Berkahwin 2011)

PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan
( 1968)

PENGALAMAN KERJA
Guru Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban (1969)
Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) (1978-1982)
Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)

PENGALAMAN POLITIK

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1978)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (hingga 2000)
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
Naib Presiden UMNO (2004)
Ahli Parlimen Jempol (2004)
ADUN Bagan Pinang (2009)

PILIHAN RAYA
 
Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi ( 1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004) serta penyandang DUN Bagan Pinang (2009 - 2013)

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad yang kini diberi kepercayaan penduduk Jempol berhak diberi mandat pada PRU-13 kerana kredibilti beliau sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

Saturday, April 13, 2013

Hilang Jempol..NS di tawan????


Tiada yang mustahil dalam dunia politik...

Parlimen Jempol

Menurut perkhabaran yang didengar dari Jempol, Timbalan Ketua Bahagian Umno Jempol iaitu Haji Mohd Salim Mohd Sharif (gambar kiri) dikatakan telah 'memberi isyarat' kepada Ahli Parlimen Jempol, Dato Lilah Yasin bahawa beliau ingin bertanding sebagai calon parlimen kali ini. Mengikut sumber, Haji Salim dikatakan menjadi penaja kewangan kepada Lilah Yasin semasa PRU 2008 lalu. Isyarat yang disampaikan itu dikisahkan sangat keras sehingga berlaku perselisihan antara Lilah dan timbalan ketuanya itu.

Lebih menarik, Ketua Penerangan Perkasa-Ruslan Kassim juga dikatakan berminat untuk bertanding di Jempol. Namun setakat ini belum ada pengesahan muktahir daripada perkhabaran ini. Walaupun kawasan gugusan Felda meliputi 60 peratus Parlimen Jempol, namun gerakan politik PR yang rancak bertumpu di kawasan-kawasan Felda begitu mengugat keberadaan Umno. Sudah pasti masyarakat Cina dan India lebih 60 peratus akan memihak kepada PR sebagaimana yang berlaku di dun Bahau dan Jeram Padang. 

P127 Jempol
Pengaruh MCA di Bahau telah ditolak oleh majoriti masyarakat Cina dan keadaan itu akan menjatuhkan perolehan undi Umno di peringkat parlimen. Begitu juga di Jeram Padang, rata-rata sekitar 63 peratus pemilih India telah menolak MIC, namun undi daripada pemilih felda yang menyelamatkan calon MIC pada PRU 2008 lalu. Dua dun ini dijangka menjadi penyumbang besar undi kepada calon PR pada pilihanraya umum akan datang. Malah pihak Keadilan sendiri berkeyakinan tinggi memenangi Jeram Padang. Situasi tersebut bakal mengugat kelesaan Umno untuk menang dengan majoriti besar peringkat parlimen selepas ini.

Umno akan bergantung sepenuhnya pada undi-undi dari kawasan Felda di Serting dan Palong. Kawasan-kawasan Felda ini telah memberi undi yang besar kepada kemenangan Umno di peringkat parlimen sekitar 68-73 peratus. Atas faktor inilah pihak BN bersungguh-sungguh 'mencantas' gerakan-gerakan politik PR yang dijalankan di kedua-dua kawasan secara pantas. Kehadiran kerap beberapa pimpinan utama PR hadir ke program-program seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Mat Sabu yang dianggap sebagai 'gergasi PR' agak mengusarkan Umno sehinggakan MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan terpaksa turun padang untuk membuat 'sentuhan semula' kepada kawasan-kawasan yang dijelajahi oleh para 'gergasi PR' itu.

Justeru, biar siapa saja yang dicalonkan bagi menjadi wakil kepada suara rakyat Jempol ini, kata sepakat harus dibulatkan dengan jitu agar tidak kecundang dari kelompok yang mengamalkan nepotisme, sekularisme yang bakal menghancurkan negar khususnya kita anak-anak Jempol..Beringatlah sewaspadanya....

Friday, April 12, 2013

KANTOI SUDAH....POMPUAN MAIN DENGAN MUSTAPHA ALI DIKENAL PASTI

 

Tentu ramai yang nak tahu siapa wanita yang bersama dengan lelaki mirip wajah setiausaha agung Pas tu? Wanita tu kalau tak salah orang thai yang fasih berbahasa melayu. Bukan Islam, tak pasti sama ada dia pelacur atau tidak, mungkin perempuan simpanan lelaki tu di Thai kot.


Pada yang tak tahu cerita sebenar, semalam tersebar video seks lelaki yang mukanya mirip Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali. Mc taktau betul atau tidak, tapi pembaca boleh nilaikan sendiri video tu kat Paling Mc tak boleh tahan apabila lelaki terbabit membayar wanita tersebut dengan wang dalam sampul. Apakah itu wang derma jihad yang selalu parti bulan kutip di setiap ceramah?

Kah kah kah.. derma jihad untuk bayar 'pemuas nafsu seks'? kah kah kah.. yeahh.. ini cara Pas berjuang! Semalam juga tertangkapnya penyebar video seks ni, kalau nak tau siapa yang sebar, boleh baca kat .
Apa yang pasti, dalangnya bukan UMNO, tetapi orang PKR yang sakit hati dengan Pas. Tentunya ini pasal calon!! he he..





Video Skandal Seks Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS



Ringkasan Kes.


Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.



Siasatan:

1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.

(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.

(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.

(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.



Legend of the Golden Mask

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"