Jadi Geng OKC

Wednesday, December 15, 2010

Isu Wikileaks Peluang Anwar Untuk Membelit

Agensi Perisikan Singapura mengesahkan bahawa Anwar memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pandai betul Si Anwar ni dapat menjalankan tugasnya sebagai tukang belit dan dalam masa yang sama menghadapi perbicaraan di mahkamah. Malam kelmarin di mana berlangsungnya Ceramah pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai isu yang melanda dirinya yang telah di dedahkan oleh Wikileaks bahawa Anwar Ibrahim melakukan Seks Luar Tabii ke atas Saiful Bukhari.

Tetapi tunggu punya tunggu, cerita Wikileaks Anwar tak juga keluar, apa yang diucapkan oleh si juburi ni semua beransurkan fitnah dan hasutan yang mengaitkan UMNO. Anwar Ibrahim telah berjaya menipu hadirin yang hadir.

Memang ramai yang memenuhi lokasi ceramah tersebut dan ramai juga yang menyumpah seranah bila mana tersedar diri di kelentong buat ribuan kalinya setelah terpesona dengan promosi ceramah yang bertajuk sedemikian. Maklumlah, sesuatu isu yang sedang hangat diperkatakan, makanya tentulah ramai yang datang untuk mendengar penafian atau pengakuan Anwar Ibrahim yang kononnya beliau akan menjelaskan Isu Wikileaks ini.

Begitulah akibatnya apabila terlalu taksub dengan propaganda sehingga tertipu begitu mudah dengan omongan al-Juburi. Sesungguhnya Anwar sememangnya mahu mengelak dari menyentuh isu Wikileaks ataupun salahlaku tabi'i beliau kerana ianya akan menjerat leher Anwar sendiri untuk di lihat sebagai 'Mentor Peliwat'.

Namun, di sebalik kekecewaan hadirin yang hadir, terselit senyuman dari insan-insan yang menolak kepimpinan Anwar apabila memandang kepada barisan 'banner & bunting' yang menyambut kehadiran si peliwat.

Syabas kepada 'si pembuat' banner-banner tersebut kerana sekali lagi membuatkan Anwar merasa kubur politiknya sudah siap di gali, tinggal untuk di kebumikan sahaja lagi. Syabas sekali lagi buat bloggers Wangsa Maju kerana menyambut Anwar dengan semeriah rupa..

Paiseh Mizie - N9




HASAN ALI ISYTIHAR BOIKOT PROGRAM PAKATAN !!

Sejak akhir-akhir ini, saya memang banyak mengkaji tentang penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama sahabat-sahabat blogger yang lain. Banyak juga info-info baru yang dapat dikenalpasti. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya, di mana Exco Selangor yang mewakili PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali? Sudah lama tidak nampak beliau dalam mana-mana program yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan.

Ianya bermula apabila saya ditugaskan membuat liputan pada PRK DUN Galas. Sepanjang 13 hari berada di sana, tidak nampak langsung kelibat Hasan Ali. Apabila saya bertanya jentera PAS Selangor di Galas, beliau diam membisu lalu menjawab, "Ala, YB. Khalid Samad kan ada". Semua sedia maklum Khalid Samad merupakan musuh politik Hasan Ali di dalam PAS.

Ianya disusuli dengan Perhimpunan 'Selamatkan Air Selangor' yang berlangsung Ahad lepas. Tiada juga kelibat Hasan Ali. Beliau sepatutnya orang penting dalam isu ini kerana beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)?

Tapi bukan sahaja tiada pada perhimpunan tersebut, malah tiada langsung sebarang komen dari beliau mengenai masalah SYABAS seperti yang didakwa Kerajaan Negeri. Saya mendapat maklumat bahawa Dr. Hasan Ali tidak bersependapat dengan usaha penyerahan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Masyarakat Gombak juga banyak mengeluh dengan khidmat yang diberikan oleh Hasan Ali yang juga merupakan ADUN Gombak Setia. Banyak aduan yang dibuat tidak mendapat sebarang maklum balas dari Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, semalam beberapa penduduk kawasan Batu 12, Gombak dilaporkan telah berulang kali membawa isu ancaman tanah runtuh di kawasan tersebut kepada Hasan Ali.

Beliau memberi jaminan akan mengemukakan masalah itu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas. Dengar kata Kerajaan Negeri sengaja melengah-lengahkan laporan permasalahan masyarakat di DUN Gombak Setia sebagai usaha menyingkirkan Hasan Ali dari bertanding pada PRU 13.

YB Hasan Ali memang sudah mengalah nampaknya. Tindakan beliau seolah-olah memboikot Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau dikatakan semakin dipinggirkan bukan sahaja dari Kerajaan Negeri, malah PAS Selangor sendiri bersikap seolah-olah meminggirkan beliau.

Manakala dari pihak PKR dan DAP Selangor pula lebih senang berhubung dengan Khalid Samad mewakili PAS Selangor yang dikatakan lebih liberal. Sementara Hasan Ali lebih selesa menghadiri program-program seperti tahlil bersama rakan-rakan beliau dari UMNO Gombak.

Hasan Ali sebelum ini dikatakan seorang pemimpin PAS dari puak Pro Ulama' di dalam PAS yang menyokong usaha ke arah Kerajaan Perpaduan UMNO - PAS dan pernah menyuarakan beberapa isu yang menggoncang kerjasama Pakatan seperti isu arak dan SELCAT.

Beliau juga merupakan punca utama desakan diadakan Perhimpunan Khas PAS di Taman Melewar bagi menentu hala tuju PAS bersama Pakatan. Nik Aziz merupakan antara individu yang berang dengan Hasan Ali.

YB. Hasan Ali, bersabarlah. Tapi saya hendak bertanya, adakah berbaloi perjuanganmu bersama Pakatan membina sebuah Negara Islam di Selangor?

Sunday, December 5, 2010

Keluarlah dari kerangka pemikiran sempit

Sama ada dipersetujui atau tidak, kemelut politik dalam negara pada masa kini agak meruncing dan membimbangkan orang awam seperti penulis. Setidak-tidaknya itulah pandangan orang awam seperti saya.

Betapa tidaknya, kemelut perebutan jawatan dalam UMNO menjadi-jadi, sebuah parti Melayu yang mengakui mewakili masyarakat Melayu Muslim. Apakah ertinya disebalik perebutan itu? Maknanya seolah-olah tidak ada lagi mereka yang benar-benar tertonjol dan berkredibiliti untuk mewarisi kepimpinan. Semuanya merasakan mereka lebih afdhal daripada orang lain.

Dalam pandangan Islam, orang tidak boleh berebut-rebut untuk menjadi pemimpin. Samalah halnya orang tidak boleh berebut untuk menjadi imam sembahyang. Imam dalam sembahyang samalah dengan pemimpin di luar sembahyang. Tidak ada dualisme.

Jika perebutan sebegitu sengit, ertinya sudah tidak ada kepercayaan di antara satu sama lain. Masing-masing merasakan mereka sama rata berada atas padang yang sama rata. Lebih merisaukan lagi jika ada yang merasuah untuk memimpin.

Ajaran Islam mengajar kita yang muda menghormati yang tua, yang tua pula menyayangi yang muda. Kalau “fatwa” ini dipakai, orang muda malu untuk merebut daripada orang tua, dan yang tua pula sedia menyerahkan kepada yang muda tetapi yang lebih berwibawa. Inilah padahnya bila politik kita sudah begitu taksub kepada demokrasi liberal. Semangat syura yang dianjur oleh Islam sudah hilang.

Di luar UMNO pula, Pakatan Rakyat menjadi pembangkang yang taksub akan meruntuhkan kredibeliti UMNO tanpa mengira siapa yang naik. Tidak bolehkah satu kompromi, atas alasan menjaga bangsa, agama dan negara dalam gelodak ekonomi dunia yang merudum hari ini, mereka duduk berbincang secara tenang mencari jalan penyelesaian. Politik barat yang bersifat “sanggup membunuh dan dibunuh” satu sikap politik adu domba yang menakutkan. Masing-masing berpegang “Kalah jadi abu dan menang jadi arang”.

Semua pihak seharusnya melihat asas iman sebagai teras politik. Ia membawa makna kasih sayang dan juga toleransi yang cukup tinggi. Kadangkala kita membaca ayat itu dan hadis ini, tetapi apabila sampai kepada terjemahan praktis dalam kehidupan, semua pihak membelakangkan ajaran al-Quran dan Sunnah nabi. Saya cukup risau dengan keadaan politik yang ada; politik membunuh karekter dan membunuh secara fizikal melalui beberapa cara. Akhirnya tidak ada lagi pemimpin yang bersih. Semuanya sudah kotor.

Kita kadangkala seperti hilang rasa malu dan hormat sesama kita. Malah masing-masing sudah hilang malu dan hormat kepada diri sendiri, apalagi kepada pihak lawan. Nabi bersabda; “Jika sudah hilang malu, buatlah apa sahaja yang kamu mahu”! Ingatlah kembali kepada ajaran agama secara sebenar, sebelum nasi menjadi bubur. Allah menjanjikan jika satu kaum itu gagal membawa keadilan dan kesaksamaan, Allah boleh menggantikan kaum lain pula. Inilah yang berlaku dalam sejarah. Pelajarilah cerita kaum Thamud dan kaum `Ad, malah kaum Fira`un, ia bukan sekadar cerita penglipor lara atau cerita seribu satu malam, tetapi kesah benar yang perlu dijadikan iktibar.

http://mindamuslim.com/

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"