Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Monday, June 25, 2018

Apasal Sanggup Lompat Parti??

Kenapa sanggup lompat?? Alasan Dan tanggapan, saya melihat perkara ini adalah suatu gejala yang tidak sihat. Kenapa alasan 'demi kebaikan rakyat' digunakan utk menghalalkan tindakan lompat parti?

Jika anda ikhlas mahu Berkhidmat kepada masyarakat setempat, tidak salah pun menjadi adun/mp pembangkang. Malahan langsung tidak salah pun jika tidak menjadi adun atau MP.

Sebagai rakyat biasa pun Anda masih boleh menumpahkan jaksa bakti. Justeru, Kenapa Anda Masuk bertanding, menang dan kemudiannya beralih arah? Mungkin Anda menyatakan keputusan ini dilakukan dgn berat hati Setelah memikirkan segala sudut.  Sudut mana yg anda fikirkan? Adakah anda fikir Anda akan menang jika bertanding seiringan tanpa Bantuan Dan sokongan jentera parti yg berkempen Bagi pihak Anda?

Adakah anda fikir Anda akan menang jika bertanding menggunakan lambang selain Dari lambang parti yg Anda tandingi tersebut? Dan Adakah anda fikir Dari mana sumber kewangan yg dilaburkan bermula dari proses pernamaan calon hingga ke hari Pengundian ( termasuk wang deposit calon, kos memasang poster2 Dan banner2, kos mengadakan ceramah, kos utk berkempen dari rumah je rumah dan lain2 )? Guna duit andakah semua Itu? Ada Anda fikir semua Itu?

Mengambil contoh yg paling dekat, Adun Tambun Tulang, Dato Ismail Kasim yg menyatakan hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan sejak tahun 2008. Bagi saya alasan yg digunakan adalah amat dangkal. Selama 10 tahun hilang keyakinan, Dan Selama Itu masih kekal dlm Umno/BN bukan sahaja sebagai ahli,  Tetapi juga sebagai AJK parti samada di peringkat negeri atau pun kebangsaan, Malah sebagai adun BN. Tetapi tiba2 sekarang Baru nak keluar parti. Kenapa Baru sekarang Setelah BN tidak lagi memegang Putrajaya? Kenapa tidak keluar pada tahun 2008? Fikir fikir sendiri lah.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"