Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, January 3, 2017

Naik Hantu Bila Orang Kampung Tak Sokong!



Selepas menginjak lebih dari 90 tahun, nampaknya daya pemikiran warga emas itu telah jauh merosot. Malah mungkin layak dikatakan dari kebolehannya berfikir menggunakan otak di kepala, daya pemikirannya seolah kini bagai berfikir dengan menggunakan ‘kepala lutut’.

Dia menulis di laman blog, mempertahan kenyataannya yang mengatakan BR1M itu merupakan satu bentuk rasuah. Dia menggunakan alasan dengan menyalahkan orang kampung yang memilih Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memberikan wang kepada rakyat, sebaliknya dia tidak memberikan apa-apa.

Nampaknya dia seolah-olah tersinggung dengan perbandingan orang-orang kampung yang dia katakan itu. Mungkin malu untuk zahirkan ‘kesipuannya’ di depan orang ramai, maka dia menuduh kebajikan kerajaan itu sebagai rasuah.

Hendak katakan dia ‘katak di bawah tempurung’, rasanya dia sudah puas naik jet mengelilingi dunia ketika lebih dua dekad menjadi Perdana Menteri dulu. Tapi mungkin benar juga kata orang yang mendakwa warga emas itu kini mengalami penyakit ‘alzheimer’.

Jika dia teropong ke negara-negara luar di dunia, khususnya di negara-negara maju dan berpendapatan tinggi, mereka sudah lama melaksanakan bantuan ‘BR1M’ kepada rakyat di negara mereka. Cuma di sana mereka tidaklah menggunakan nama ‘BR1M’.

Kebanyakkan negara luar menggunakan nama elaun sara hidup. Antara golongan yang menerima elaun sara hidup adalah mereka yang berpendapatan rendah, penganggur, suri rumah sepenuh masa, pelajar, gelandangan, ibu tunggal dan ramai lagi.

Bezanya, di negara-negara tersebut mereka mengenakan kadar cukai yang amat tinggi dan difahamkan ada yang kehilangan hampir separuh wang gaji untuk membayar cukai setiap bulan. Cukai yang dipungut kerajaan itulah yang disalurkan kembali kepada rakyat mereka.

Penulis yakin, sekiranya kerajaan Malaysia mengenakan cukai yang tinggi seperti di negara luar itu, mungkin ada di kalangan rakyat di negara ini yang akan ‘bunuh diri’ atau setidak-tidaknya ‘gila sebentar’. Kena bayar 6% pun sudah kecoh bagai kebulur tidak mampu beli beras, bukan?

Berbalik pada hujahnya ‘Najib beri wang, dia tak beri wang pada rakyat’ yang dianggap ‘rasuah’ itu, sukalah penulis menjelaskan bahawa pemberian wang itu merupakan sebahagian dari dasar kebajikan kerajaan yang diberikan kepada rakyat.

Untuk pengetahuan dia, penulis melihat Najib bukanlah seorang Perdana Menteri yang suka memberikan projek kepada kroni-kroni, sanak-saudara mahupun mengkayakan anak-anak beliau. Penulis yakin, Najib tidak mengamalkan tabiat ‘purba kala’ peninggalannya itu.

Sebaliknya, Najib lebih cenderung kepada membahagikan kekayaan negara secara holistik dan kepada rakyat yang layak sahaja. Rakyat yang namanya tersenarai sebagai antara 10 yang terkaya di negara ini tidak layak menerima BR1M.

Lagipun, BR1M diberikan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang meningkat. Walau tidak menghapuskan beban, sekurang-kurangnya ia meringankan beban. Tidak pernah pula kita dengar mereka yang menerima BR1M itu diwajibkan memberi undi pada BN.

Orang kampung yang dia maksudkan itu mungkin cuba menyampaikan rasa terima kasih mereka kepada Najib dengan bahasa kampung. Maksudnya, orang kampung itu cuba menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Najib dengan terus menyokong BN dan menolak ‘bunga raya’.

Mungkin kerana ‘bunga raya’ selama berkuasa dulu tidak pernah memikirkan cara untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup 1980’an yang meningkat ketara pada tahun 1990’an dan awal millenium dulu. Jadi, janganlah terasa hati jika orang kampung enggan menyokong.

Sekiranya kiasan cara bahasa kampung begitu pun gagal difahami oleh seorang ‘pemikir ulung’, maka mungkin boleh dikatakan daya pemikirannya sudah tidak ‘ulung’ lagi. Jadi, usahkan berkecil hati jika majoriti rakyat jadi lebih bijak dan tidak mampu dia perbodohkan lagi dengan serangan ‘sinikal’nya. Cara itu sudah tidak ‘jalan’, harap dia maklum…
-MyKmu

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"