Jadi Geng OKC

Monday, May 23, 2016

UMNO Perlu Ingat 'Pesan Orang Lama'



Masihkah kau ingat wahai ahli UMNO?
Apakah sudah tak relevan atau memang dah tak boleh pakai lagi pesanan 'otai2' UMNO terdahulu?

Jom laa..wahai Pemuda,Puteri semua kita refresh semula pesanan atuk2 dalam UMNO yang masih ada mahupun yan telah meninggalkan kita..

TUN ABD RAZAK:-

Inilah saya fikir khidmat bakti yang masih ada pada kita, iaitu KEJUJURAN AHLI-AHLI SEKALIAN mendukung cita-cita murni UMNO; KEJUJURAN PIMPINAN UMNO MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. 

Inilah sebabnya saya menggariskan khidmat KEJUJURAN kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pimpinan UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa PARTI MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, YANG BERSIH, YANG BERDEDIKASI kepada parti dan rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh itu amatlah mustahak kita mendapat PEMIMPIN YANG JUJUR, DEDIKASI dan BERSIH PERIBADINYA yang mendapat keyakinan ahli-ahli UMNO dan lebih penting sekali KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN seluruh rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Saya pernah katakan dulu dan saya suka mengulangi iaitu kekuatan sesebuah parti politik seperti UMNO ini bergantung kepada KEKUATAN dan INTEGRITI SETIAP AHLINYA. Selagi ahli-ahli UMNO patuh kepada perjuangan parti dan sentiasa menjaga serta mengawasi perjuangan parti dan TIDAK MENYELEWENG, sudah tentulah UMNO akan terus kuat dan teguh." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

Camne plak dgn pesanan Tun M?
To be continue laaa.. Saje nk share.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"