Jadi Geng OKC

Monday, May 23, 2016

Komeng Dedah PAS Sebenarnya Sekutu Umno?



DAP Nga Komeng kata PAS adalah sekutu sulit Umno-BN? Sebabnya PAS degil nak jugak bertanding di PRK K.Kangsar & Sg. Besar.

PAS pulak bagitau DAP jangan nak biadap tunjuk ajar PAS yang dulu beranak dari puak2 komunis ni.

Sape sangka, pertikaian inilah bakal menjadikan impian BN untuk menang.

Tapi jangan tak tahu, PKR juga bijak merancang. Biar la bertimbun isu skandal dan macam2.. PKR yakin mereka mampu bertahan dan merampas kembali kawasan.

Bila bab berebut tempat ni, PAS la hero nya sebab jangan tak tahu saat2 cenggini l

UMNO Perlu Ingat 'Pesan Orang Lama'



Masihkah kau ingat wahai ahli UMNO?
Apakah sudah tak relevan atau memang dah tak boleh pakai lagi pesanan 'otai2' UMNO terdahulu?

Jom laa..wahai Pemuda,Puteri semua kita refresh semula pesanan atuk2 dalam UMNO yang masih ada mahupun yan telah meninggalkan kita..

TUN ABD RAZAK:-

Inilah saya fikir khidmat bakti yang masih ada pada kita, iaitu KEJUJURAN AHLI-AHLI SEKALIAN mendukung cita-cita murni UMNO; KEJUJURAN PIMPINAN UMNO MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB. 

Inilah sebabnya saya menggariskan khidmat KEJUJURAN kerana selagi kita jujur dan ikhlas terhadap parti dan rakyat, sudah tentu Allah akan memberkati segala usaha kita itu." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Pimpinan UMNO hari ini menyedari benar-benar bahawa PARTI MEMERLUKAN PEMIMPIN YANG JUJUR, YANG BERSIH, YANG BERDEDIKASI kepada parti dan rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Oleh itu amatlah mustahak kita mendapat PEMIMPIN YANG JUJUR, DEDIKASI dan BERSIH PERIBADINYA yang mendapat keyakinan ahli-ahli UMNO dan lebih penting sekali KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN seluruh rakyat." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

"Saya pernah katakan dulu dan saya suka mengulangi iaitu kekuatan sesebuah parti politik seperti UMNO ini bergantung kepada KEKUATAN dan INTEGRITI SETIAP AHLINYA. Selagi ahli-ahli UMNO patuh kepada perjuangan parti dan sentiasa menjaga serta mengawasi perjuangan parti dan TIDAK MENYELEWENG, sudah tentulah UMNO akan terus kuat dan teguh." - 21 Jun 1975 (Hotel Hilton, Kuala Lumpur).

Camne plak dgn pesanan Tun M?
To be continue laaa.. Saje nk share.

Tuesday, May 17, 2016

Abang Kastam kena sound pak guard bila tunjuk pistol depan tetamu hotel!!



Salam Dunia..

Lama tul Jejaka tak menaip.. Busy dengan rutin harian. Namun, la ni Jejaka nak share skit la pengalaman Jejaka gi bercuti baru-baru ni. Lokasi dalam negara jer.. Mana la mampu kita nak gi oversea kalo gaji tak setaraf orang2 menteri..

Berbalik pada kesahnya.. Jejaka bercuti la di sebuah kawasan peranginan negara yg cukup popular.. Bila sampai dekat hotel..macam biasa kerja check in bermula.. Dalam masa yg sama ada ler sekeluarga singh turut check in kat hotel tu.. Tetiba si anak singh tu cakap kat ayah dia ada orang bawak pistol masuk hotel.

Jejaka pun tercari-cari la jugak malaun mana yg bengong bawak senjata masuk resort ni.. Laaaa.. Rupa-rupanya mamat beruniform dari Kastam DiRaja Malaysia..

Jejaka difahamkan diorg ada meeting day kat resort tu.. Okaylah, tapi persoalannya ape kejadahnya ko nak bawak dan pamerkan pistol ko tu depan budak2 yang ramai kat lobby resort?? Ketua Jabatan yg ada pun buat tak tahu..

Nak jadikan cerita, ada la satu uncle cina tu yg perasan situasi yg sedang berlaku..terus pergi mengadu kepada pihak security..

Jejaka tabik springgg toink toink toink kat pakcik guard tu yg selamba sound ketua penolong pengarah Kastam.. ( aku x sure KP bahagian mana..).
"Encik, peraturan hotel x bleh bawak senjata.. Kalo bwk pun mintak tolong sorok2 kan skit.. Ade guest kami yg mula rasa x selesa" kata pakcik guard tu..

Moralnya kat sini, kalo ye pun ada kuasa pegang senjata, ikut logik akal la bro.. Tak payah la nk poyo tunjuk pistol depan orang ramai.. Polis yg escort menteri tu pun tau nk cover pistolnya.. Sekali aku bagi pistol aku sumbat mulut ko baru ko tau!!

Nyembang....

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"