Jadi Geng OKC

Monday, March 16, 2015

Buat Program Agama Pun Juak PAS Kata Membazir??


Nak di maki kang..Orang Islam..Tapi kalo dibiarkan rosak Islam dimata kafir lahanat yan lapar melihat kehancuran Islam..
Ni la payahnya kalo berkiblatkan Bulan dan Roket..

Beri Laluan Siasatan Audit 1MDB - MBNS


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta mana-mana pihak atau individu supaya berhenti memfitnah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Cukuplah tu…serahkan kepada Ketua Audit Negara menjalankan tugasnya dan selepas itu serahkan laporan yang diperolehi kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk diteliti sebelum diumumkan.

Kita beri pada pihak yang benar-benar mempunyai kelayakan dan kewibawaan. Biar PAC yang umumkan keputusan laporan audit itu ‘tanpa rasa takut atau pilih kasih’,” katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tohmahan yang didakwa dibuat oleh pihak tertentu mengenai 1MDB walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit secara bebas akaun 1MDB.

Mohamad ditemui selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Linggi dekat sini yang dijayakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya jika terbukti ada salah laku, biar undang-undang yang menentukan.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kecanggihan teknologi dan kemudahan internet haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai terutamanya golongan belia.

“Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Oleh itu, jangan jadikan internet sebagai medium untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat, berunsur fitnah, memburukkan imej seseorang dan mengganggu-gugat keselamatan orang awam dan juga negara,” katanya.

Katanya penyebaran berita palsu juga boleh mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat, boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

“Justeru, kita perlulah sensitif dan menghormati orang lain,” katanya.

PI1M Linggi merupakan pusat yang pertama dibangunkan di daerah Port Dickson. Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 PI1M beroperasi di Negeri Sembilan. -Bernama

Kita tunggulah siasatan , kalau bab KETUM sampai nak masuk 7 tahun boleh tunggu ! 

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"