Jadi Geng OKC

Tuesday, February 24, 2015

Sekor Baghal PAS Akan Sertai Sepahtu Dalam MLM 2015??




Mujurlah musim Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 sudah pun melabuhkan tirainya baru baru ini.....

Fenomena hiburan segmen komedi telah mendominasikan industri hiburan tanahair semenjak MLM diadakan bermula beberapa tahun yang lalu.

MLM 2014 sepanjang tempoh bersiaran yang memakan masa hampir 12 minggu membuatkan pengikut pengikut setianya melekat dihadapan set telivisyen setiap Jumaat dari jam 10.00 malam dan rancangan berbentuk hiburan ini menyumbangkan keakraban dalam famili kerana diminati oleh setiap peringkat usia....

Sebut sahaja MLM sudah pasti nama nama seperti Sepahtu, Nabil, SYJ, Bocey, Shiro sentiasa dibibir para penonton setia rancangan ini. Pada tahun ini gelaran Juara MLM menjadi milik kumpulan dari Sabah iaitu ZERO.

Sewaktu peringkat Final MLM 2014 ramai yang menyaksikan saingan sengit diantara Sepahtu selaku juara bertahan dengan ZERO kumpulan tiga beradik dari negeri dibawah bayu.

Jelas terbukti keupayaan Sepahtu yang terdiri dari Jepp dan Shuib tidak menyengat kerana mereka lebih "menjadi" jika beraksi tiga orang. Pada musim yang lepas Sepahtu membawa Rahim R2 untuk menggantikan Mamat Sepah dan mereka berjaya menjadi Juara.

Pada musim kali ini Rahim R2 membuat keputusan meninggalkan Sepahtu untuk menyertai kumpulan baru JALOR bersama Joey dan Along.

Sebenarnya pada peringkat awal MLM 2014 dari minggu pertama sehingga minggu ke tiga, Sepahtu tampil sebagai peserta kumpulan yang dianggotai oleh 3 orang : Jepp, Shuib dan Ilya Senario seorang bertaraf Otai dalam industri hiburan komedi sejak awal tahun 90an.

Namun begitu disebabkan masalah kesihatan, Ilya terpaksa mengundurkan diri maka perjuangan Sepahtu hanya diteruskan oleh Jepp dan Shuib. Sehubungan dengan itu, pemerhati industri dunia hiburan akur dengan hakikat Sepahtu hanya ada "UMPHH" jika beraksi 3 orang....

Semalam persada politik tanahair telah menyaksikan seorang Ahli Politik dari PAS berjaya membuat lawak yang cukup hebat...! Punchline komedi yang dipersembahkan siang tadi berjaya mendapat 5 Bintang...!!

Malah kehebatan Ahli Politik PAS itu berlawak dan berjenaka siang tadi telah berjaya juga mendapat anugerah Man Of The Match.

Sejajar dengan mengisi kekosongan kumpulan Sepahtu, adalah satu solusi yang sangat baik jika Ahli Politik dari parti PAS ini menyertai Jepp dan Shuib. Kehebatan Ahli Politik dari PAS yang kaya dengan pelbagai Punchline yang lucu sudah pasti dapat melengkapi rencah komedi bersama Jepp dan Shuib.

Monday, February 23, 2015

PAS Kena Halau Dari Pakatan Oleh DAPigs


PAS dilihat bukan lagi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac depan, kata anggota parlimen DAP.

Gobind Singh berkata, ini kerana, ia bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu.

“PAS tidak patut memberi amaran kepada DAP untuk tidak mencampuri urusan Kelantan,” kata Gobind yang juga pemimpin DAP Selangor.

“PAS harus ingat bahawa selagi ia memilih kekal dalam Pakatan, DAP bukan sahaja mempunyai hak tetapi terikat dengan tanggungjawab untuk memastikan PAS tidak bertindak menjejaskan kerangka dasar bersama Pakatan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Gobind berkata PAS harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat kepimpinan tertinggi sebelum ini.

Jika pindaan itu diteruskan, katanya, pemimpin PAS harus berani mengakui bahawa mereka memaksa parti itu menjauhi Pakatan, sekali gus menyebabkan kewibawaannya memperkukuh Pakatan dipersoal.

Wednesday, February 11, 2015

Siapa Ketua Umum PKR Yang Baru??



Selesailah siri perbicaraan Anwar Ibrahim dgn rekod penangguhan perbicaraan 115 kali dlm jangka masa melebihi 5 tahun. Kalau kerusi mahkamah tersebut boleh bercakap pasti dia pun minta anwar ibrahim bertaubat dan jangan lagi datang ke situ.

Saya pasti selepas ini Azmin Ali akan mencabar Wan Azizah dalam untuk kerusi terpenting PKR kerana ianya bukan lagi parti untuk anwar menjadi perdana menteri.

Seperkara lagi, saya harap tiada lagi perdana menteri yang akan poyo poyonya membebaskan Anwar dari penjara. Kesian kat Anwar nak kena berceramah sana sini lagi. Kalau dibebaskan lagi Anwar pun tepuk dahi tak percaya dengan kerajaan BN. Hormatilah mahkamah. Tak perlulah juga mana-mana menteri yg sibuk-sibuk nak apply passport untuk Anwar…

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"