Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, October 21, 2014

Surat Terbuka Buat Anwar: Bersaralah Dan Bertaubatlah



Berikut ialah surat terbuka daripada Koordinator Pusat LENSA, Ekhsan Bukharee:

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Sama ada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri.

Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?

Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalan raya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA.

Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara.


Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini.

Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang.

Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.

*Ekhsan Bukharee adalah Koordinator Pusat LENSA


OKC : Tersebar kat Whatsapp..

Saturday, October 18, 2014

Orang Dah Benci Kat Anwar...Bertaubat Nasuha laa..

Panass. Dimaki Dan Dicaci Di FB, Anwar Ibrahim Terkejut Besar Dengan Reaksi Negatif Follower Apabila Diajak Berdemonstrasi Untuk Dirinya. Ini Tandanya Majority Rakyat Sudah Bencikannya.

Dengan lebih 1000 lebih komen yang tersiar dengan 99% menghentam Anwar Ibrahim atau admin yang menjaga Facebooknya, ternyata ajakan Anwar Ibrahim agar rakyat menyertainya untuk berdemonstrasi dan menggulingkan kerajaan sepertimana cubaan yang dilakukan pada 1998, bagaikan mempalitkan tahi ke muka sendiri.

Ini adalah hampir kesemua pembuat komen menyatakan bahawa demonstrasi yang mahu dianjurkan oleh Anwar Ibrahim itu adalah kerja orang gila, mementingkan diri dan terlalu mengagungkan diri sendiri.

Ramai yang mengambil contoh tindakan kejam yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ke atas Khalid Ibrahim. Menurut mereka, ketika tindakan tersebut dilakukan, Anwar Ibrahim langsung tidak mempedulikan suara rakyat dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku tetapi apabila tiba gilirannya, Anwar Ibrahim meminta rakyat bersama-samanya.

Kebanyakan pecacai Anwar Ibrahim yang ramai di Facebook juga nampaknya tidak berani untuk memberikan sokongan dalam posting terbabit, sebaliknya mereka menjadi pemerhati dan membuat posting di laman sendiri untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Berbeza dengan keadaan sebelumnya.

Anda boleh membaca kesemua komen satu persatu di FB Anwar Ibrahim, link dibawah..

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/a.10151324968561840.1073741825.16194831839/10152806843336840/?






PENGHASUT TEGAR

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"