Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, July 30, 2014

Apakah Akta Keharmonian Nasional Setanding Akta Hasutan?




Pada 14 Jun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional Datuk Ibrahim Ali dipetik sebagai berkata Akta Hasutan 1948 masih diperlukan untuk mencegah insiden yang boleh mengancam keselamatan negara.

Sebelum itu, pada 10 Jun, Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan beberapa penambahbaikan dan mengkaji semula tiga draf rang undang-undang baharu yang dicadang menggantikan akta berkenaan.

Pengerusi Pembela Hafiz Nordin dilapor sebagai berkata perkara itu perlu dilakukan memandangkan Akta Hasutan 1948 ialah akta yang diluluskan untuk melindungi asas-asas negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoal oleh mana-mana pihak termasuk Parlimen.

UNDANG-UNDANG KEHARMONIAN NASIONAL

Kerajaan pada 30 Mei lepas mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Kebimbangan banyak pihak sekiranya rang undang-undang baharu berkenaan tidak setanding dengan Akta Hasutan 1948, seharusnya menjadi input kepada kerajaan untuk menilai kembali keputusannya.

Ramai badan bukan kerajaan (NGO) dan pengamal undang-undang, termasuk bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana ia akan mencetuskan keadaan huru-hara serta mewujudkan krisis perlembagaan yang serius.

Dr Mahathir pada 30 Jun lepas dilapor sebagai berkata undang-undang baharu itu tidak mampu untuk menghalang pelbagai bentuk hasutan yang berlaku.

Ada yang berpandangan tanpa Akta Hasutan 1948, empat perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak dengan sembrono tanpa rasa takut.

AKTA HASUTAN MASIH RELEVAN

Yang sedemikian, benarkah Akta Hasutan 1948 yang akan dimansuhkan sudah tidak lagi relevan?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata beliau melihat Akta Hasutan 1948 masih relevan dan diperlukan pada masa ini memandangkan masih ada pihak yang mempersoalkan isu-isu sensitif sesuatu kaum.

Katanya untuk membatal atau memansuhkan sesuatu undang-undang, ia perlu melihat 'darjah kerelevanan' sesuatu akta itu dengan keadaan semasa.

"Macam Akta Hasutan, masih ada lagi orang yang melakukan hasutan, sudah tentu ia masih relevan. Jika darjah kerelevanan itu menurun, orang tidak menghasut dan hidup aman damai, maka bolehlah dihapuskan.

"Pada saya Akta Hasutan masih diperlukan dan perlu dikaji semula oleh kerajaan untuk mengelakkan mereka yang menghasut ini boleh diambil tindakan ke atas mereka," katanya kepada Bernama di sini.

LAHIRKAN RAMAI GOLONGAN PELAMPAU

Benarkan ketiadaan Akta Hasutan 1948 akan melahirkan lebih ramai golongan pelampau?

Dr Mahathir berkata tanpa akta seumpamanya, pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka, dan akhirnya membuat desakan dan tuntutan supaya institusi raja dihapuskan.

Bagi Ahmad Atory, Akta Hasutan 1948 lebih kepada pelindung kepada perkara-perkara sensitif seperti hak sesuatu kaum yang cuba dibangkitkan mana-mana pihak, manakala undang-undang baharu yang cuba dilaksanakan kelak lebih bersifat mementingkan kebebasan bersuara.

"Melalui akta baharu ini, yang saya perhatikan ialah sesiapa sahaja meskipun berbeza ideologi politik bebas memberi pandangan dan mengkritik dalam apa jua isu dan tidak akan diambil tindakan.

"Soalan saya, jika seseorang itu mempromosikan ideologi komunis, apakah boleh akta baharu ini mengambil tindakan? Seperti yang kita tahu, kalau di bawah Akta Hasutan, sudah tentu pihak ini tidak terlepas," katanya.

PELENGKAP AKTA HASUTAN

Ahmad Atory berkata akta baharu - Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional - sekiranya tidak menyentuh dan menjejaskan perkara seperti hak istimewa orang Melayu, haruslah disokong dan dilihat sebagai pelengkap kepada Akta Hasutan sedia ada.

"Kalau ia tidak memberi ancaman kepada peruntukan perlembagaan, ia tidak menjadi masalah... cuma kita risau apabila ia menjejaskan hak kaum tertentu," katanya.

Wednesday, July 23, 2014

Jawapan Isu MH17: Fakta Sahih Diputar Belitkan Pembangkang Malaysia



Patutkah MH17 Terbang Di Timur Ukraine?

Nahas syarikat penerbangan Malaysia MH17 telah menimbulkan banyak persoalaan mengenai kesesuaian pesawat itu terbang di timur Ukraine. Ramai telah menegaskan bahawa syarikat penerbangan lain telah melarang penerbangan mereka daripada beroperasi di ruang udara dimana MH17 terbang apabila nahas berlaku. Malangnya banyak komen-komen ini gagal untuk memahami kerumitan ruang udara dan peraturan operasi.

Secara umum, ruang udara di atas negara tertentu dikawal oleh negara itu sendiri. Ia adalah badan kawal selia penerbangan setiap negara seperti FAA di Amerika Syakrikat, CAA di Britain, SAA di Ukraine atau SCAA di Rusia. Organisasi kawalan trafik udara ini yang menentukan dimana, bila dan bagaimana pesawat dibenarkan untuk terbang.  Selain daripada peraturan-peraturan tempatan, juruterbang dan syarikat penerbangan dikehendaki untuk mengikuti arahan di negara-negara tersebut dimana mereka didaftarkan. Sebagai contoh, syarikat penerbangan British Airways yang terbang diatas Amerika Syarikat yang terikat dengan peraturan kedua-dua FAA dan CAA. Tambahan, setiap syarikat penerbangan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang lebih ketat ke atas operasi mereka sendiri.

Oleh kerana itu, banyak kekeliruan telah timbul samada syarikat penerbangan tertentu dari negara-negara tertentu dilarang terbang diatas kawasan yang dipertikaikan di timur Ukraine.

Sekatan Ruang Udara

Sekatan ruang udara pada amnya ditetapkan dua sebab:-
- Untuk memastikan keselamatan pesawat dan penumpang
- Untuk memastikan keselamatan orang-orang diatas tanah.

Juaga terdapat sekatan ruang udara ketenteraan yang mungkin disebabkan latihan penerbangan atau ujian persenjataan.

Sekatan juga mungkin wujud kerana negara cuba untuk melindungi aset di dalam ruang udara yang terhad. Satu contoh yang baik ialah zon larangan penerbangan di dalam atau sekitar Washington, dimana penerbangan  dibawah 18,000 kaki biasanya dilarang tanpa kebenaran terlebih dahulu. Peraturan ini dicipta untuk mengurangkan risiko serangan udara menggunakan pesawat ke atas Amerika Syarikat seperti yang berlaku 11 September 2001. Walaupun sekatan wujud sebelum berlakunya serangan 11 September 2001, mereka telah menyemak semula peraturan ini sebagai tindakbalas daripada kejadian tersebut. Sekatan yang sama terjadi di ruang udara Disneyland di California dan di Walt Disney World di Florida.

Sekatan ini juga berlaku jika ada gangguan kepada perkhimatan penerbangan biasa. Sebagai contoh, jika radar kawalan trafik udara di lapangan terbang gagal, sesetengah penerbangan boleh dilarang.
Butir-butir khusus setiap sekatan penerbangan diterbitkan segabai nota kepada juruterbang.


Notis ini akan memberitahu lokasi, masa dan had tertentu bagi setiap kasawan ruang udara. Sebab-sebab sekatan dan akibat yang mungkin timbula daripada perlanggaran sekatan, juga ada disediakan dalam kebanyakan notis. Sebagai contoh, melanggar sekatan di ruang udara Washington boleh membawa kepada hukuman sivil dan jenayah. Jika kerajaan Amerika Syarikat menganggap bahawa pesawat ini merupakan "ancaman keselamatan yang pasti akan berlaku" tindakan yang mengakibatkan kematian boleh diambil (deadly force). Tambahan sekatan yang kekal ditunjukkan pada carta perjalanan udara.


Ramai yang telah menulis tentang FAA, CAA dan Eurocontrol telah mengeluarkan satu siri NOTAMS (Notice to Airmen) kepada juruterbang, syarikat penerbangan dan organisasi kawalan trafik mengenai risiko jika beroperasi di timur Ukraine. Beberapa artikel juga turut menyindir bahawa wilayah dimana MH17 terbang adalah dilarang untuk syarikat penerbangan AS kerana berisiko ditembak kerana berada ditengah-tengah zon konflik antara kerajaan Ukraine dan militan.

Tetapi jika diteliti daripada NOTAMs yang dikeluarkan oleh Ukraine, FAA, CAA dan Eurocontrol  notis mereka jelas tidak sama dan berbeza-beza. Dan ini adalah antara sebab yang Malaysia Airlines gunakan sebagai hujah pembelaan di atas tindakan yang diambil (menggunakan laluan tersebut).

Penggunaan laluan trafik udara dibenarkan selagi pesawat itu terbang dengan ketinggian 32,000 kaki, dan MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika ia ditembak jatuh.

Sebab-sebab untuk menutup laluan dibawah paras tersebut tidak dinyatakan dalam NOTAMs. Tetapi munasabah untuk dipercayai bahawa sekatan itu valid kerana operasi ketenteraan di kawasan tersebut dan risiko yang berbangkit kepada lalu lintas komersial.  Tambahan, ruang udara di negara jiran di atas Crimea telah disekat. Ini adalah kerana Ukraine dan Rusia cuba untuk menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara di wilayah ini dan banyak  meningkatkan risiko pelanggaran di udara. Bukan kerana risiko peluru berpandu.

Walaupun sukar untuk menentukan samada Malaysia Airlines telah menilai risiko tersebut secara mendalam kerana terbang diatas kawasan dipertikaikan di Timur Ukraine, namun tidak ada kata sepakat bahawa penerbangan komersial  di laluan trafik udara yang telah wujud sekian lama dan penerbangan diatas 32,000 kaki di wilayah itu adalah benar-benar berisiko.

Ya, beberapa pihak telah mengesyorkan langkah berjaga-jaga dalam merancang penerbangan di wilayah tersebut  dan sentiasa memeriksa sekatan ruang udara secara kerap. Tetapi pada masa kemalangan itu, tidak ada sekatan ditempat bagi mana-mana penerbangan komersil di atas 32,000 kaki di kawasan dimana MH17 terhempas.

Hanya sekarang selepas insiden yang dahsyat ini, barulah NOTAMs dikeluarkan dengan menutup semua laluan untuk penerbangan yang berpangkalan di AS. Dan, banyak syarikat penerbangan  lebih berhati-hati dan ada juga yang memilih untuk mengelak menggunakan laluan Ukraine sepenuhnya. - The Washington Post


Tulisan Hollingworth di atas hanya sekadar penerangan asas bagi saya menjawab isu pembangkang yang mainkan isu MAS dan kerajaan tidak peka kerana FAA telahpun mengeluarkan notis berjaga-jaga di laluan udara timur Ukraine. 

Poster ini telah disebarkan oleh pembangkang bukti kepada notis yang dikeluarkan FAA sekaligus menuduh MAS dan kerajaan tidak peka dan mengakibatkan nahas MH17.


Sekali lihat seakan fakta ini betul, malangnya mereka jelas menipu dan memutarbelitkan fakta tersebut kerana notis berjaga-jaga yang dikeluarkan FAA adalah notis berjaga-jaga kerna ruang udara yang terbatas.
Pihak Ukraine dan Rusia mahu mengawal ruang udara masing-masing dan ini telah mengecilkan ruang udara bagi pesawat. Seperti semua maklum, ruang udara ini adalah antara ruang udara tersibuk di dunia.
Oleh kerana banyak pesawat melalui laluan tersebut, dan kecilnya ruang udara, pihak FAA mengeluarkan notis tersebut kerana langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perlanggaran di udara, bukan kerana ianya zon konflik atau kerana peluru berpandu. Lihat print skrin ORIGINAL di bawah:- 


Bukti tambahan yang notis FAA tersebut bukan kerana 'war zone' adalah masih ada syarikat penerbangan dari AS melalui laluan tersebut.  Jika notis berkenaan mengenai 'war zone', sudah pasti tiada satu pun syarikat penerbangan dari AS akan melalui laluan tersebut sebelum ini. Lihat gambarajah dibawah:- 


Jadi, pembangkang menipu dari notis yang dikeluarkan oleh FAA. Notis itu adalah berkaitan 'traffic conflict', bukannya kerana 'war or militant or missile conflict. Tidak hairan isu ini dimainkan pembangkang  kerana jika dilihat sejarah, semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah dari fakta yang dimanipulasi. Fakta tipu.
Seperti isu 40k Bangla, pengundi hantu, SPR dan pelbagai isu lagi yang kebanyakkannya mempunyai fakta tapi malangnya fakta yang telah diputar belitkan.

Kesimpulan
Cukup-cukuplah menipu. Ini adalah isu pengganas. Kita patut bersatu menentang pengganas. Bukan kita menuding jari, akhirnya pengganas dibiarkan bebas begitu saja.

**Admin: 
Oleh: Peter Hollingworth
Pensyarah Kejuteraan Aeroangkasa, Universiti of Manchester
Penterjemah Sebastian Phiu adalah seorang Cina Mualaf.
Sumber: www.n9kini.net

Tuesday, July 22, 2014

Bapak Kroni Malaysia



Semakin hari semakin nampak belang si Anwar Ibrahim kutty ni.

Kalau dulu beria-ria benar dia minta Tun Mahathir letak jawatan sebab memecatnya, tetapi akhirnya dia terpenjara kerana 'kenakalannya' sendiri.

Kemudian dia desak pula Tun Abdullah letak jawatan kononnya dia dapat sokongan 30 ahli Parlimen BN yang akan lompat parti dalam drama 16 September 2008. Tu pun gagal. Sebaliknya beliau yang melompat ke kedutaan Turki cari perlindungan.

Bila dah terlalu kemaruk nak jadi PM, habis lanun-lanun Kiram diupahnya membuat onar di Sabah.

Masih tak puas hati dengan keputusan PRU 13, dia buat pulak drama black out, fitnah 30,000 undi Bangla, undi hantu dan dakwat kekal yang tak kekal untuk menekan DS Najib meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri secara free kepadanya.

Konon beliau menang undi popular yang melayakkan Pakatan Rakyat memerintah bukannya UMNO-BN dan Najib.

Kini Anwar buat hal lagi, tak dapat perintah Malaysia dia buat hal di Selangor pulak. Dari lantik diri sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, dia paksa kosongkan kerusi DUN Kajang untuk letak bininya jadi ADUN baru. Sekarang dia namakan pula bininya sebagai Menteri Besar yang baru.

Tak cukup jadikan PKR jadi harta pusaka dia, sekarang kerajaan Selangor pun hendak difaraidkan pada kaum keluarganya.

Dahlah salah di segi moral, apa yang Anwar buat di Selangor hari ini jelas menunjukkan perjuangannya dalam politik selama ini adalah untuk kepentingan peribadinya semata-mata, langsung tiada kepentingan rakyat.

Bininya si Azizah, selain berkipas ke hulu ke hilir, apa yang dia tahu pasal pentadbiran negeri, melainkan hanya menjadi boneka kepada si suaminya semata.

Mana pergi janji-janji manifesto PRK Kajang dulu, berapa banyak yang terlaksana? Kajang semakin sesak, tiada perubahan pun sejak Azizah jadi ADUN? Harga sate pun tak pernah turun, makin sikit isi dan kuah adalah.

Tapi pada tangan yang sibuk mengipas dan mengelap peluh ini jugalah yang akan diserahkan masa depan Selangor untuk dia kendalikan.

Kalau hal Rosmah sibuk Nuar anak beranak dan para macai canangkan itu dan ini. Penyudahnya, bini dia pulak yang semakin over nak dijadikan Menteri Besar wanita pertama di Selangor...PAS dah mula kata; Jijah ni boleh jadi imam solat kami kaa?

Dulu kata BN kroni dan nepotisme. Tapi sekarang siapa yang lebih kronisme dan nepotisme?

Habis anak beranak jadi ketua itu dan ini dalam parti.

Manusia macam Anwar ni mana ada soal moral dan integriti. semuanya auta dan flip-flop. Sekejap nafi, lepas tu salahkan orang lain tetapi akhirnya jawatan Menteri Besar jadi idaman.

Habis rakyat diperbodohkan. Sampai orang nak jadi ahli PKR pun malu. Lebih baik masuk DAP...kononnya lebih cool tak dak main baling-baling kerusi sampai berdarah bila nak kalah.

Nampak sangat Anwar dah terdesak...Mungkin ini kifarah yang diterima Anwar setelah begitu banyak menimbulkan huru-hara di Malaysia ini.

Friday, July 18, 2014

MH17 Ditembak Jatuh Kerana Terbang Di Kawasan Konflik – Ukraine



GRABOVO, Ukraine: Ukraine memberitahu pesawat penumpang, MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.

Bagaimanapun Ukraine menafikan telah menembak jatuh pesawat tersebut.

Petugas media agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) yang sempat ke lokasi nahas di timur Ukraine mendedahkan telah menemui 22 mayat.

Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum berkenaan.

Nahas itu mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan nahas itu merupakan tindakan pengganas serta meminta siasatan antarabangsa dijalankan terhadap insiden berkenaan.

Kerajaan negeri Donetsk pula memberitahu, kawasan tersebut telah diambil alih oleh puak pemisah pro-Rusia dan pertempuran udara antara mereka dan kerajaan telah berlaku sejak beberapa hari lalu.

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat awam itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).

Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.

Wednesday, July 16, 2014

Pecat 3 Ahli, PAS Lupa Nak Pecat S/U & Naib Yang Berzina




PAS rasa bangga dan adil bila pecat tiga ahli yang di dakwa terlibat dalam kumpulan militan tapi PAS menunjukkan kebodohan apabila si 'ikan jerung' dalam PAS sendiri bebas dari tindakan biarpun jelas terbukti pimpinan PAS terlibat dengan ZINA & KHALWAT dan DADAH.

Even diorang berjuang demi Islam, biarlah Allah yang menilai isi hati dan niat mereka. Tapi bila berzina dengan bini orang, dengan janda apakah PAS menutup mata?? PAS memang sebuah parti yang GILERRR!!


Tipu Duit Orang Ke Apa PAS Ni???



Sejak Bila Parti Pas Diiktiraf Sebagai Amil Zakat Fitrah? Tidak cukupkah dengan amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam setiap negeri sehingga memaksa sebuah parti politik melantik dirinya sebagai amil atau pengutip wang zakat fitrah? Kita boleh bersangka baik di bulan Ramadhan ini. Namun dengan 'track record' yang ditunjukkan oleh parti politik PAS ini membuatkan kita menjadi sangsi. Berapa banyak tabung dan kutipan derma yang diwujudkan sebelum ini semuanya hangus tanpa khabar berita.

Sebut sahaja Tabung Memali, Tabung Lahad Datu, Tabung Kemanusiaan Gaza dan banyak lagi tabung-tabung lain, ke manakah wang berkenaan disalurkan dan di mana laporan audit tabung berkenaan? Ditambah pula sekarang PAS hendak jadi amil wang zakat? Bagaimana PAS hendak membezakan wang zakat dengan wang derma parti yang lain supaya dapat diagihkan wang zakat berkenaan kepada asnaf-asnaf yang terlibat? Ini merupakan penipuan yang terang di siang hari, tidak begitu?

Macam-maca, tabung wujud puak PAS ni buat...ish..ish..ish..

Saturday, July 12, 2014

Penyokong Khalid Ibrahim Buat laporan Polis Terhadap Rafizi & 3 Pemimpin PKR



Satu lagi laporan polis dibuat oleh Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) hari ini terhadap kebiadapan beberapa pemimpin PKR yang didakwa menyebarkan maklumat palsu berkenaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada minggu lalu.


Antara dalang penyebaran mesej tersebut dipercayai dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari dan ADUN Seri Muda Shuhami Shafie.


Ahli Jawatankuasa PASMEB, Wan Adnan Wan Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang kurang ajar, apatah lagi turut mengheret nama istana di dalam isu pengguguran menteri besar.


"Dakwaan ini dibuat terhadap Habib Mazlan (Facebooker), Najwan Halimi (Setiusaha Politik Azmin Ali), Shamsul Iskandar Md Akin, Shuhaimi Shafiei, Abdullah Sani Abdul Hamid, Rafizi Ramli dan Amiruddin Shaari.


"Kami mempunyai bukti dari yang tersebut melalui laman sosial dan Internet, ia bukti yang sah mereka menjadi dalang terhadap komplot yang telah dirancang untuk menjatuhkan dan mengaibkan Khalid.


"Di dalam beberapa kenyataan memetik istana telah memperkenankan peletakan jawatan MB," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, petang tadi.


Menegaskan Khalid seorang berintegriti dan tidak wujud masalah kepimpinannya, Wan Adnan dalam pada itu berkata atas nama tanggungjawab PASMEB akan mengadakan jelajah ke seluruh Selangor untuk memberi penjelasan terhadap konflik jawatan nombor satu negeri itu.


"Kami sedang merangka beberapa 'road tour' untuk menangani hal ini bagi memberi maklumat dan penjelasan kepada rakyat supaya mereka faham akan kedudukan sebenar. Siapa yang menjadi dalang dan siapa yang menjadi mangsa dalangnya," ujarnya lagi.

Persidangan Umno Bahagian Bermula 8 Ogos Hingga 30 September 2014



Mesyuarat UMNO Bahagian yang dijadual bermula 8 Ogos hingga 14 September dilanjutkan tarikh persidangannya kepada 30 Setember, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jelas beliau, ini dibuat memandangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 25-29 November 2014.

Perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian kerajaan yang berdiri teguh dalam perjuangan hak rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis terhadap serangan kepada orang-orang awam.

“MT juga menyarankan supaya sembahyang hajat dilakukan di seluruh negara di peringkat bahagian-bahagian dan akan turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan tersebut apabila tiba masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, petang ini.

Tuesday, July 1, 2014

Nurul Izzah Perlukan Suruhanjaya Mencari Jam Omega Papanya



Nurul Izzah digesa agar menubuhkan badan siasatan bebas mencari jam Omega Papa dia yang hilang sejak dua tahun lepas.

Apa yang nyata, insiden kehilangan jam tersebut sebelum ini telah mendedahkan banyak kelemahan sistem kekeluargaan dalam keluarga dia sendiri.

Salah satu fokus yang perlu diberi perhatian pastinya berkenaan dakwaan berzina yang dilemparkan terhadap Papanya dengan seorang Chinadoll sebelum ini.

Rakyat khususnya mengharapkan tindakan dan khidmat serta merta dari pihak Si Nurul Izzah, tidak seperti yang telah dinafikan oleh Papanya sebelum ini.

Demi menjaga maruah serta nama baik keluarga, rakyat Malaysia menyeru agar Si Nurul Izzah tu kembali menyiasat 'Sistem Radar' Papanya sendiri sebelum nak mempertikaikan orang lain. Jangan setakat pandai bercakap je kerjanya!!!

Sedangkan jam sekecil itu pun dia tak dapat nak cari, tak payah la dia nak sibuk - sibuk suruh orang cari pesawat MH370 yang hilang tu.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"