Jadi Geng OKC

Monday, December 15, 2014

Mudahnya Umno Tertipu Dek Pembangkang



Pihak pembangkang tidak pernah sekuat kini dalam sejarah politik negara. PKR yang tidak pernah menyumbang apa-apa kepada negara boleh muncul bagi menyatukan PAS dan DAP yang semestinya musuh ketara dari segi ideologi. Keretakkan mereka hanya menunggu rebah dan kini kita dapat melihat betapa gagalnya perkahwinan mu’taah mereka.

Kegagalan pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS untuk mengadakan perjumpaan sejak bulan Mei akibat pergolakkan krisis Menteri Besar Selangor dan kes liwat ketua pembangkang sememangnya telah melemahkan Pakatan Rakyat. Tetapi UMNO tidak sedar bahawa dalam pergolakkan mereka telah lahirnya idea bahawa cara terbaik untuk selindung kelemahan pembangkan adalah dengan mencipta pergolakkan dalam UMNO.

PKR ini bukan sebarang parti, lebih 70 peratus kepimpinan mereka bekas ahli UMNO. Mereka juga tahu siapa dalam UMNO boleh diguna pakai untuk melemahkan parti. Yang amat sedih adalah ahli-ahli itu sendiri telah tertipu dengan agenda mereka.

Kita dapat lihat dengan penggunaan kes 1MDB, dimana pihak pembangkang berjaya menghebohkan kes ini sehingga timbalan ketua bahagian UMNO sendiri melakukan laporan polis terhadap 1MDB, malah pihak pembangkang pun tidak pernah melakukan sedemikian.

Sedarlah bahawa kemenangan UMNO pada PRU-14 tidak terjamin dan paling menyedihkan adalah di waktu pembangkang begitu lemah dengan pelbagai masalah, UMNO tertipu dengan permainan mereka.

Sedarlah bahawa bangsa-bangsa lain melihat dengan penuh gelak ketawa dengan penikaman UMNO tersendiri.

Sedarlah diwaktu ekonomi negara tidak menentu dan sokongan pengundi baru harus dimenangi, UMNO masih berpolitik semasa sendiri. Cukuplah dengan niat jatuh-menjatuhkan pemimpin kita. Sedarlah bahawa ahli UMNO harus memahami pelan transformasi ekonomi dan politik kerajaan bagi meyakinkan rakyat bahawa Malaysia dilandasan yang betul dan boleh menangangi krisis ekonomi yang bakal melanda.

Janganlah kita tertipu dengan muslihat pembangkang dengan isu-isu seperti menyoalkan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam dan 1MDB. Satukanlah perjuangkan kami, ingatlah musuh kami sebenar di luar sana, pihak pembangkang senyum melihat UMNO menunding jari dan menikam sesama sendiri.

Sudahlah, tiada masa lagi untuk parti keramat UMNO ini berpolitik semasa sendiri dan janganlah kita tertipu dengan sandiwara pihak lawan.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"