Jadi Geng OKC

Thursday, December 11, 2014

Isu RTC Bukan Boleh Tarik Undi Pun...



Salam to all,

Sepanjang minggu ini, heboh memperkatakan soal  RTC@Rural Transformation Centre. Pertikaman dalam Facebook berebut nakkan RTC tu dibina di kawasan memasing.. Isu ni timbul bila Adun Palong, YB Dato' Lilah bertanya bila lagi nak bina RTC di Jempol dan kenapa tak jadi bina...bina di Rembau pulak??

Jawapan tu sepatutnya di jawab dan di panjangkan kepada pihak kementerian..bukan menyalahkan MB dengan tuduhan kononnya MB berbohong kepada rakyat Jempol...Alaahaiiii...mana bukti MB bohong dengan rakyat Jempol?? Ke Lilah sengaja memalukan MB dalam Dewan Undangan Negeri?

Lagi satu, apakah dengan wujudnya RTC di Jempol kan menutupi segala kecacatan yang masih mengharapkan perubahan? Apakah RTC mampu memikat undi dan memperkukuhkan parti Umno sehingga mampu menawan DUN Bahau daripada DAP?

Anak melayu dahagakan RTC, tapi anak cina tak hairan pun RTC sebab kemudahan yang selama ini tidak menyusahkan mereka pun.

Hentikanlah propaganda menyalahkan orang...RTC satu perkhidmatan yang baik dari kerajaan, di mana sahaja ianya dibina, kita manfaatkan..tak pelru nak bertekak berebut suruh bina di kawasan sendiri..Adun perlu muhasabah..

Jika Adun pemimpin bijak, wujudkan satu pusat khidmat yang mempunyai pelbagai kemudahan menyerupaikan RTC melalui kerjasama kementerian dan kerajaan negeri,.


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"