Jadi Geng OKC

Monday, December 8, 2014

Ditangkap Kerana Ajar Anak Baca Quran...


Nauzubillahiminzalik.... Apa nak jadi dengan kita umat Islam hari ini? Islam makin diperlekehkan dunia biarpun Islam adalah anutan agama nombor dua terbesar di dunia, namun kafir laknatullah langsung tidak hormat dengan Islam.

Hari ini, usaha mendidik anak-anak Islam membaca dan mendekati Al-Quran mendapat tentangan. Kerajaan Uzbekistan memang sudah gila dan memang gila. Kita fikir dan renungkanlah... hari ini di negara orang berlaku..apatah tidak mungkin di bumi Malaysia ini boleh terjadi sedemikian??? Pandanglah ke hadapan masa depan Islam ini....

Tashkent: Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak perempuan membaca kitab suci al-Quran.

Menurut laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.

Stesen televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan ‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu.

Antara yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

Pegawai Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka mendapatkan perlindungan di Turki.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di negara itu.

Penindasan itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan agama.

Pada Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.
Negara itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab. - Agensi

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"