Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Sunday, August 3, 2014

Lepas 10hb Ogos ni..PAS Akan Buktikan Mereka PArti Pak Turut Atau Tidak



Semua orang tahu, pada 10 Ogos ini PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekaligus menyatakan pendirian mereka terhadap pelbagai desakan banyak pihak untuk melihat Khalid Ibrahim di 'remove' dari kerusi Menteri Besar.

Kalaulah keputusan Mesyuarat PAS pada 10 Ogos nanti bersetuju dengan pelucutan Khalid, memang sahlah, PAS adalah parti yang dianggap DAP dan PKR, kalau disuruh duduk, maka duduk, kalau disuruh berdiri maka berdiri, kalau disuruh berlari maka berlari, ertinya parti itu hanya parti pak turut; demi mencapai agenda DAP dan PAS.

Adalah malang bagi sebuah parti yang mengaku berlandaskan agama, sudah tentu parti yang berkiblatkan kepada kaum melayu; hanya menjadi pak turut kepada parti-parti yang berlandaskan kepada hawa nafsu.

Juga malang bagi parti yang terkanan dalam Pakatan, namun para pemimpinnya bagaikan tidak berkutik berdepan dengan Anwar dan Kit Siang; seolah-olah parti itu berkiblatkan pemimpin lain, bukannya pemimpinnya sendiri.

Mungkinkah Parti PAS akan mengekalkan gelaran Parti Pak Turut pada DAP dan PKR? Langkah Kajang pada awalnya ditentang oleh PAS, namun akhirnya akur. Perlucutan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim, bukan calang-calang lagi pemimpin PAS yang menentangnya- Presiden dan Mursidul Am parti itu; apa kah akhirnya PAS akan akur?

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"