Jadi Geng OKC

Friday, August 8, 2014

ADUN PKR Ijok, Idris Ahmad Menteri Besar Baru Selangor?



Pasti ramai yang terkejut dengan perkhabaran yang sedang bertiup kencang dalam iklim politik Selangor yang tidak menentu sejak sebulan yang lalu.

Dr Idris Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ijok,Kuala Selangor disebut-sebut sebagai calon sesuai mengantikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail jika PAS terus bertekad dengan pendirian tidak mahu wanita menggepalai urustadbir di Selangor.

Sumber dalaman PKR memaklumkan bahawa, Dr Idris yang juga difahamkan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dicalonkan sebagai ganti jika keputusan PAS pada 10 Ogos nanti berkeras tidak mahu menukar Khalid melainkan PKR mencalonkan lelaki sebagai penganti.

Turut dimaklumkan,PAS turut menuntut jawatan Exco kanan dan lebih banyak dari sekarang sebagai balasan persetujuan menukar Khalid Di Selangor.

Khalid sebelum ini diasak hebat dari dalam PKR sendiri melalui setiausaha agungnya,Saifuddin Nasution yang mendedahkan salahlaku Khalid Ibrahim sepanjang menjadi Menteri Besar serta beberapa dokumen dan dalil bagi menyokong usaha dan tindakan mengapa Khalid wajar mengosongkan kerusi Menteri Besar.

Khalid juga telah diberi surat tunjuk sebab oleh lembaga displin PKR dan beliau sudah[un menjawabnya lewat petang semalam. Terbaru krisis politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pendirian itu dinyatakan empat hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai rancangan sekutu mereka itu untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"