Jadi Geng OKC

Wednesday, July 16, 2014

Tipu Duit Orang Ke Apa PAS Ni???



Sejak Bila Parti Pas Diiktiraf Sebagai Amil Zakat Fitrah? Tidak cukupkah dengan amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam setiap negeri sehingga memaksa sebuah parti politik melantik dirinya sebagai amil atau pengutip wang zakat fitrah? Kita boleh bersangka baik di bulan Ramadhan ini. Namun dengan 'track record' yang ditunjukkan oleh parti politik PAS ini membuatkan kita menjadi sangsi. Berapa banyak tabung dan kutipan derma yang diwujudkan sebelum ini semuanya hangus tanpa khabar berita.

Sebut sahaja Tabung Memali, Tabung Lahad Datu, Tabung Kemanusiaan Gaza dan banyak lagi tabung-tabung lain, ke manakah wang berkenaan disalurkan dan di mana laporan audit tabung berkenaan? Ditambah pula sekarang PAS hendak jadi amil wang zakat? Bagaimana PAS hendak membezakan wang zakat dengan wang derma parti yang lain supaya dapat diagihkan wang zakat berkenaan kepada asnaf-asnaf yang terlibat? Ini merupakan penipuan yang terang di siang hari, tidak begitu?

Macam-maca, tabung wujud puak PAS ni buat...ish..ish..ish..

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"