Jadi Geng OKC

Wednesday, July 23, 2014

Jawapan Isu MH17: Fakta Sahih Diputar Belitkan Pembangkang Malaysia



Patutkah MH17 Terbang Di Timur Ukraine?

Nahas syarikat penerbangan Malaysia MH17 telah menimbulkan banyak persoalaan mengenai kesesuaian pesawat itu terbang di timur Ukraine. Ramai telah menegaskan bahawa syarikat penerbangan lain telah melarang penerbangan mereka daripada beroperasi di ruang udara dimana MH17 terbang apabila nahas berlaku. Malangnya banyak komen-komen ini gagal untuk memahami kerumitan ruang udara dan peraturan operasi.

Secara umum, ruang udara di atas negara tertentu dikawal oleh negara itu sendiri. Ia adalah badan kawal selia penerbangan setiap negara seperti FAA di Amerika Syakrikat, CAA di Britain, SAA di Ukraine atau SCAA di Rusia. Organisasi kawalan trafik udara ini yang menentukan dimana, bila dan bagaimana pesawat dibenarkan untuk terbang.  Selain daripada peraturan-peraturan tempatan, juruterbang dan syarikat penerbangan dikehendaki untuk mengikuti arahan di negara-negara tersebut dimana mereka didaftarkan. Sebagai contoh, syarikat penerbangan British Airways yang terbang diatas Amerika Syarikat yang terikat dengan peraturan kedua-dua FAA dan CAA. Tambahan, setiap syarikat penerbangan boleh menetapkan kaedah-kaedah yang lebih ketat ke atas operasi mereka sendiri.

Oleh kerana itu, banyak kekeliruan telah timbul samada syarikat penerbangan tertentu dari negara-negara tertentu dilarang terbang diatas kawasan yang dipertikaikan di timur Ukraine.

Sekatan Ruang Udara

Sekatan ruang udara pada amnya ditetapkan dua sebab:-
- Untuk memastikan keselamatan pesawat dan penumpang
- Untuk memastikan keselamatan orang-orang diatas tanah.

Juaga terdapat sekatan ruang udara ketenteraan yang mungkin disebabkan latihan penerbangan atau ujian persenjataan.

Sekatan juga mungkin wujud kerana negara cuba untuk melindungi aset di dalam ruang udara yang terhad. Satu contoh yang baik ialah zon larangan penerbangan di dalam atau sekitar Washington, dimana penerbangan  dibawah 18,000 kaki biasanya dilarang tanpa kebenaran terlebih dahulu. Peraturan ini dicipta untuk mengurangkan risiko serangan udara menggunakan pesawat ke atas Amerika Syarikat seperti yang berlaku 11 September 2001. Walaupun sekatan wujud sebelum berlakunya serangan 11 September 2001, mereka telah menyemak semula peraturan ini sebagai tindakbalas daripada kejadian tersebut. Sekatan yang sama terjadi di ruang udara Disneyland di California dan di Walt Disney World di Florida.

Sekatan ini juga berlaku jika ada gangguan kepada perkhimatan penerbangan biasa. Sebagai contoh, jika radar kawalan trafik udara di lapangan terbang gagal, sesetengah penerbangan boleh dilarang.
Butir-butir khusus setiap sekatan penerbangan diterbitkan segabai nota kepada juruterbang.


Notis ini akan memberitahu lokasi, masa dan had tertentu bagi setiap kasawan ruang udara. Sebab-sebab sekatan dan akibat yang mungkin timbula daripada perlanggaran sekatan, juga ada disediakan dalam kebanyakan notis. Sebagai contoh, melanggar sekatan di ruang udara Washington boleh membawa kepada hukuman sivil dan jenayah. Jika kerajaan Amerika Syarikat menganggap bahawa pesawat ini merupakan "ancaman keselamatan yang pasti akan berlaku" tindakan yang mengakibatkan kematian boleh diambil (deadly force). Tambahan sekatan yang kekal ditunjukkan pada carta perjalanan udara.


Ramai yang telah menulis tentang FAA, CAA dan Eurocontrol telah mengeluarkan satu siri NOTAMS (Notice to Airmen) kepada juruterbang, syarikat penerbangan dan organisasi kawalan trafik mengenai risiko jika beroperasi di timur Ukraine. Beberapa artikel juga turut menyindir bahawa wilayah dimana MH17 terbang adalah dilarang untuk syarikat penerbangan AS kerana berisiko ditembak kerana berada ditengah-tengah zon konflik antara kerajaan Ukraine dan militan.

Tetapi jika diteliti daripada NOTAMs yang dikeluarkan oleh Ukraine, FAA, CAA dan Eurocontrol  notis mereka jelas tidak sama dan berbeza-beza. Dan ini adalah antara sebab yang Malaysia Airlines gunakan sebagai hujah pembelaan di atas tindakan yang diambil (menggunakan laluan tersebut).

Penggunaan laluan trafik udara dibenarkan selagi pesawat itu terbang dengan ketinggian 32,000 kaki, dan MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika ia ditembak jatuh.

Sebab-sebab untuk menutup laluan dibawah paras tersebut tidak dinyatakan dalam NOTAMs. Tetapi munasabah untuk dipercayai bahawa sekatan itu valid kerana operasi ketenteraan di kawasan tersebut dan risiko yang berbangkit kepada lalu lintas komersial.  Tambahan, ruang udara di negara jiran di atas Crimea telah disekat. Ini adalah kerana Ukraine dan Rusia cuba untuk menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara di wilayah ini dan banyak  meningkatkan risiko pelanggaran di udara. Bukan kerana risiko peluru berpandu.

Walaupun sukar untuk menentukan samada Malaysia Airlines telah menilai risiko tersebut secara mendalam kerana terbang diatas kawasan dipertikaikan di Timur Ukraine, namun tidak ada kata sepakat bahawa penerbangan komersial  di laluan trafik udara yang telah wujud sekian lama dan penerbangan diatas 32,000 kaki di wilayah itu adalah benar-benar berisiko.

Ya, beberapa pihak telah mengesyorkan langkah berjaga-jaga dalam merancang penerbangan di wilayah tersebut  dan sentiasa memeriksa sekatan ruang udara secara kerap. Tetapi pada masa kemalangan itu, tidak ada sekatan ditempat bagi mana-mana penerbangan komersil di atas 32,000 kaki di kawasan dimana MH17 terhempas.

Hanya sekarang selepas insiden yang dahsyat ini, barulah NOTAMs dikeluarkan dengan menutup semua laluan untuk penerbangan yang berpangkalan di AS. Dan, banyak syarikat penerbangan  lebih berhati-hati dan ada juga yang memilih untuk mengelak menggunakan laluan Ukraine sepenuhnya. - The Washington Post


Tulisan Hollingworth di atas hanya sekadar penerangan asas bagi saya menjawab isu pembangkang yang mainkan isu MAS dan kerajaan tidak peka kerana FAA telahpun mengeluarkan notis berjaga-jaga di laluan udara timur Ukraine. 

Poster ini telah disebarkan oleh pembangkang bukti kepada notis yang dikeluarkan FAA sekaligus menuduh MAS dan kerajaan tidak peka dan mengakibatkan nahas MH17.


Sekali lihat seakan fakta ini betul, malangnya mereka jelas menipu dan memutarbelitkan fakta tersebut kerana notis berjaga-jaga yang dikeluarkan FAA adalah notis berjaga-jaga kerna ruang udara yang terbatas.
Pihak Ukraine dan Rusia mahu mengawal ruang udara masing-masing dan ini telah mengecilkan ruang udara bagi pesawat. Seperti semua maklum, ruang udara ini adalah antara ruang udara tersibuk di dunia.
Oleh kerana banyak pesawat melalui laluan tersebut, dan kecilnya ruang udara, pihak FAA mengeluarkan notis tersebut kerana langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perlanggaran di udara, bukan kerana ianya zon konflik atau kerana peluru berpandu. Lihat print skrin ORIGINAL di bawah:- 


Bukti tambahan yang notis FAA tersebut bukan kerana 'war zone' adalah masih ada syarikat penerbangan dari AS melalui laluan tersebut.  Jika notis berkenaan mengenai 'war zone', sudah pasti tiada satu pun syarikat penerbangan dari AS akan melalui laluan tersebut sebelum ini. Lihat gambarajah dibawah:- 


Jadi, pembangkang menipu dari notis yang dikeluarkan oleh FAA. Notis itu adalah berkaitan 'traffic conflict', bukannya kerana 'war or militant or missile conflict. Tidak hairan isu ini dimainkan pembangkang  kerana jika dilihat sejarah, semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah dari fakta yang dimanipulasi. Fakta tipu.
Seperti isu 40k Bangla, pengundi hantu, SPR dan pelbagai isu lagi yang kebanyakkannya mempunyai fakta tapi malangnya fakta yang telah diputar belitkan.

Kesimpulan
Cukup-cukuplah menipu. Ini adalah isu pengganas. Kita patut bersatu menentang pengganas. Bukan kita menuding jari, akhirnya pengganas dibiarkan bebas begitu saja.

**Admin: 
Oleh: Peter Hollingworth
Pensyarah Kejuteraan Aeroangkasa, Universiti of Manchester
Penterjemah Sebastian Phiu adalah seorang Cina Mualaf.
Sumber: www.n9kini.net

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"