Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Monday, June 23, 2014

Palestin Mengharapkan Bantuan Malaysia


Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal meminta Malaysia menggerakkan usaha politik dengan pihak antarabangsa, bagi menamatkan keganasan serta tindakan Israel di Tebing Barat dan Gaza.Perkara itu disuarakan Meshaal, dalam temubual menerusi telefon dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Meshaal juga menekankan mengenai kedudukan berpengaruh Malaysia terhadap keperluan Palestin. Memetik laman web rasmi pergerakan Hamas, Meshaal menghubungi Datuk Seri Najib bagi membincangkan perkembangan terkini di Tebing Barat dan Gaza.

Antara perkara yang diketengahkan adalah nasib tahanan Palestin yang mogok lapar sejak dua bulan lalu dan kempen oleh rejim Zionis bagi menahan Anggota Parlimen Palestin.

Tambahnya, tindakan kejam berterusan oleh Israel memperlihatkan dasar 'berat sebelah' antarabangsa terhadap nasib negaranya.

Dalam konteks sama, Meshaal turut dilaporkan menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.-Buletin TV3

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"