Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Saturday, March 22, 2014

Rahsia Pembinaan Jambatan Bunian Di Highway Port Dickson





Korang pernah dengar tak pasal Jambatan Bunian yang dibina di Lebuhraya menuju ke Port Dickson?? Bukan nak percaya cerita tahyul..tapi ini buktinya..

Dikatakan jambatan ini di bina untuk laluan bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas lebuhraya..bunyi macam kelakar..dan aku pun tergelak, dan yang paling cepat buat korang percaya bila dikaitkan kononnya pembinaan jambatan tersebut atas nasihat ulamak yang arif tentang hantu-hantu ni...tapi...

Kalau di lihat gambar pun memang kita akan tertanya-tanya..kemana jambatan itu menghala sebab yang dibina hanyalah jambatan dan dihujung jambatan itu adalah hutan..musykil dan misteri..

Aku pun mula mengkaji dan berbual dengan kawan aku..akhirnya semua sudah terjawab..

Jambatan yang dibina itu bukanlah untuk bunian ya tuan-tuan dan puan-puan...jangan mudah terpengaruh dengan filem atau cerita merepek.. cik-cik dan tuan-tuan bunian yang ada tu tak perlu pun jambatan untuk melintas..dah nama pun bunian..

Sebelum aku bercerita lebih lanjut biarlah aku gelak dulu..KAH!...KAH!...KAH!!!!!

Inilah yang berlaku apabila masyarakat kita tidak berkembang mindanya..asyik nak percaya benda yang mengarut. Tak kanlah kerajaan kita nak buang duit rakyat semata-mata nak bina jambatan untuk kaum bunian yang sememangnya tak pernah mengundi..dan semestinya nak kemana-mana hanya perlu ghaib (meresap kata orang Kedah)...Aduhai..

*goli pusat den!

Jambatan itu sebenarnya adalah jambatan untuk haiwan melintas la mak cik... negara-negara luar dah lama ada. Kita di Malaysia ni aje yang baru ada, itupun tidaklah lengkap seperti yang negara luar buat. Buat sekadar buat aje.. Jomlah tengok jambatan haiwan luar negara..

*pic credit to : onwer of this pictures..sorry i dont know their names.


Animal Bridge, Montana USA



Green Bridge, Boeblingen Germany



Green Bridge, Grevesmuhlen, Germany


Ecoduct De Woeste Hoeve, Netherlands 




Ecoduct in France


Ecoduct The Borkeld, Netherlands



Wildlife Overpass, Keechelus Lake, Washington USA


Wildlife Overpass, Banff National Park, Alberta, Canada


Overpass for Crabs, Christmas Island National Park, Australia

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"