Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Monday, September 30, 2013

UMNO N.Sembilan Panas kembali

Pemilihan UMNO kali menyaksikan semua penyandang Ketua Bahagian UMNO Negeri Sembilan dicabar.
 
Kita dapat melihat ianya sebagai sebuah proses demokrasi yang sihat , namun diharap saingan perebutan posisi sebagai ketua bahagian tidak memecah-belahkan parti UMNO. Kekuatan UMNO merupakan asas kekuatan Barisan Nasional.

Kuala Pilah
 
Datuk Ismail Lasim ( Ketua , ADUN Senaling )
lwn
Datuk Abdul Samad Ibrahim ( ADUN Sri Menanti )
 
Rembau
 
Datuk Seri Mohamad Hasan (Ketua , ADUN Rantau , Menteri Besar Negeri Sembilan )
lwn
Datuk Rais Zainudin ( Bekas ADUN Chembong )
 
Teluk Kemang
 
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ( Ketua , Ahli Parlimen Jempol )
lwn
Mazman Mansor
lwn
Ramli Awang
 
Tampin
Datuk Shaziman Abu Mansor
lwn
Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz ( Bekas ADUN Gemencheh )
 
Seremban
Datuk Ishak Ismail ( ADUN Lenggeng )
lwn
Datuk Mohd Yusop Harmain Shah. Mohd Yusop ( S/U Kerja UMNO N.Sembilan )
lwn
Abu Ubaidah Redza ( ADUN Ampangan )
 
Jempol
Datuk Lilah Yassin ( Ketua , ADUN Palong )
lwn
Datuk Salim Mohd Sharif ( Timbalan Ketua Bahagian Umno Jempol )
 
 
 
Rasah
Datuk Hasim Rusdi ( Ketua , ADUN Labu )
lwn
Khaidir Jamal
lwn
Datuk Ishak Abdullah
 
Jelebu
Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak mempertahankan jawatan
 
Zainuddin Ismail ( Ahli Parlimen Jelebu )
lwn
Datuk Jalaludin Alias ( ADUN Klawang )

Teruskan Perjuangan...

sumber: prince of pilah

Jangan Main Tuduh Jer...Siapa Lebih Gangster??



Semasa di Tabung Haji tadi Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawasanya dia telah di tuduh sebagai seorang yg mengamalkan dasar perkauman apabila memegang portfolio Menteri Dalam Negeri oleh salah seorang Timbalan Menteri bukan melayu dlm pentakbiran Najib apabila membenarkan PDRM bertindak lebih kasar terhadap gensters India.
Kata Timbalan Menteri itu lagi perbuatan polis tembak2 tanpa bg tembakan amaran adalah sebagai isyarat melayu anti India dlm operasi Ops Cantas dan ada unsur balas dendam melayu pd India. Walaubagaimana pun bg menyangkal dakwaan Timbalan Menteri tersebut Zahid Hamidi telah mengeluarkan figure tentang apa yg sebenarnya berlaku dlm Ops Cantas oleh pihak polis. 

Jumlah bilangan genster India yg di tangkap-2400. Jumlah genster cina yg ditangkap-1200. Jumlah genster melayu yg ditangkap-3400. Melalui figure2 ini bagaimana mungkin Zahid Hamidi boleh di tuduh perkauman oleh Timbalan Menteri bukan melayu itu. Kan?

Karpal Sedar Dia Bukan LKS Untuk Terus Maintain Dalam DAP

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tidak akan berundur dari politik selagi Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan Pusat. Veteran DAP itu juga yakin dia takkan tercalon lagi pada PRU14 nanti sebab dia bukan macam Lim Kit Siang.

Tapi Karpal juga bagitau dia takkan undur diri dalam kepimpinan DAP sebab belum tercapai hasrat untuk tawan negara. Percayalah..Cita-cita Karpal mahu melihat Pakatan Pembangkang (PR) mengambil alih pentadbiran Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan, jika sekalipun dia mampu berjalan semula.


Soal dia tidak mahu berundur dari arena politik itu adalah haknya. Pokoknya, sampai bila Karpal Singh sanggup menunggu impianya itu menjadi kenyataan dengan kedaanya sekarang semakin uzur dan hanya menanti masa untuk masuk 'dalam'.

Tinggi sungguh angan-angan Karpal Singh ini mengalahkan Mat Jenin, harap dia tak mati celik atas kerusi roda kerana hajat tak kesampaian, sudah!

Thursday, September 26, 2013

Sebab Bini Peminat Tubuhkan Laman Benci Mat Yo!!

OKC tak nak lah komen panjang-panjang tentang isu ni, tapi OKC nak kita semua ingat sebagai Suami.. Buat Mohd Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo)...'Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi'. Mintaklah maaf...Itu yang terbaik Pasti segala persepsi akan berubah'. Insya'Allah... Apa yang lebih mulia adalah orang yang meminta maaf bukan orang yang memberi maaf..

Kerana Pulut, Santan Ditapis... Kerana Mulut, Pulut Pun Habis'. 
Setiap bani Adam itu berdosa, pergilah temankan si ISTERI memohon maaf...Masyarakat pasti gembira bermaaf-maafanlah dengan rendah diri...Kes mintak tutup! Usah tangguh lagi...Be Gentleman, bukan GentELman'.

Semua yang lihat video tu pasti dapat menilai dengan kritikan tersendiri..Kalau tak, takde la sampai rakyat yang berhati perut wujudkan page group macam ni...https://www.facebook.com/pages/Belia-Benci-Mat-Yo/191536027559876

Selangor Maju- Lembah Klang ‘port’ warga asing?


Sudah semakin parah, malah sudah menjadi barah! Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui rakyat negara ini apabila mereka telah mendominasi kawasan – kawasan tertentu menjadikannya perkampungan mini.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR).

Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut.

Laporan tinjauan akhbar tersebut mendedahkan warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang.

Di kawasan tersebut, mereka bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit, pasar pagi, kedai makan, serta ditadbir oleh ketua kawasan dari bangsa mereka tanpa sekatan undang-undang.

Malah lebih membimbangkan, kawasan- kawasan tersebut sudah lama diduduki oleh mereka malah ada yang sudah beranak pinak di negara ini.
Di Ampang, gerai bawah jejambat yang dipercayai diusahakan oleh warga asing menjadi tumpuan. Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan- rakan terutamanya pada hujung minggu memang tidak ubah seperti mini Jakarta.

Tinjauan juga mendapati gerai itu dijadikan pusat sehenti kerana turut mempromosi khidmat kiriman wang ke Indonesia. Di kawasan berdekatan juga kelihatan mereka bebas menjalankan perniagaan di dalam rumah kediaman.

Di Kampung Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada monopoli warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Warga Kemboja pula dilihat mendominasi Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras dan difahamkan mereka bebas membuka perniagaan untuk memudahkan masyarakat dari perkampungan mini itu membeli barang keperluan harian.

Selain berani berniaga di kawasan monopoli kelompok mereka. Mengambil contoh di Chow Kit, warga asing juga kini sudah mendominasi perniagaan, sama ada mereka adalah pekerja ataupun pemilik perniagaan sukar dibezakan.

Lambakan warga asing ini meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan soal keselamatan, menutup peluang perniagaan warga tempatan.

Persoalannya adalah dimana OPS PEMUTIHAN besar-besaran yang dikatakan akan dilakukan tidak lama dahulu ( selepas hariraya puasa )? Sebelum menjadi bertambah parah, lakukanlah segera demi keselamatan rakyat tempatan!

Tuesday, September 24, 2013

Ismail Sabri Takut Rahsia Dibongkar??? Rahsia Apa Agaknya???

Kenyataan Dato Azizan Che Omar, Calon Ketua UMNO Bahagian Bera.

1. Kalau kita berpolitik, biar kita lawan cara politik…

2. Kalau kawan (saya) hendak kejar jawatan setiausaha politik tu.. buat apa kawan nak gaduh dengan dia.

3. Dari dulu kawan banyak tegur dia sebab banyak dia buat tak betul.. Dia tak suka sebab itu dia buang kawan..

4. Sebenarnya bagi tau (cakap dengan) kengkawan, kawan dah nak berenti Setiausaha Politik dari 2011 lagi… tapi dia tak bagi (tak benarkan, minta stay), hancur UMNO Bera ni kerana dia..

5. Pecah perintah orang sini (Bera)…kalau dia kata kawan nak pecah belah orang UMNO sini, tak betul.. kawan satukan kem Mustafa dengan sebahagian orang Mail Sabri.. dia tak boleh terima, itu saja..

6. Persoalannya pasal apa dia takut sangat kawan lawan dia.. takut banyak rahsia bocor ke???

7. Kita gentlemen politik lawan politik..

p/s : hhmmmm… apakah rahsia Ismail Sabri ni kan… kalau ada yang terlepas nanti mesti best kan…., apa pun… penulis yakin Azizan Che Omar pastinya satu pilihan yang lebih baik untuk UMNO Bera dan contoh transformasi yang diperlukan parti itu.

Hadi Awang Tercirit Lagi...


Hadi Awang kata PAS tak pernah tutup pintu rundingan dengan UMNO dan bersedia untuk berunding tapi dengan syarat!!?? Apekehal pulak nak bersyarat-syarat ni??

PAS poyo dengan kononnya PAS jualah parti Islamik tapi semua tahu hanya UMNO ajelah yang konsisten dan serius dalam menegakkan syiar Islam dan mempertahankan hak-hak Islam..

Cuba kita tanya PAS balik, semasa penyatuan dan kerjasama dengan PKR & DAP ada ke buat syarat???

Inilah parti sombong yang agungkan kulit luarnya tapi haprak dan busuk isi di dalamnya..Kalau rundingan untuk hak-hak Melayu & Islam PAS mahukan syarat2..alamat sampai ke sudah ler bangsa dan agama di perlekehkan...HamPAS!!

Rakus - 3H

Ramai yang menganggap perpecahan umat ini angkara UMNO. Berapa ramai yang sedar bermula dari 3H kita semua bertelingkah. Bermula dari 3H juga anak saman ibu-bapa malah cucu mencederakan datuk nenek. Bahkan ada yang sanggup berbunuhan. Walhalk ramai juga yang menyedari perpecahan umat bukan kerana UMNO tapi pimpinan parti yang lain.

3H itu adalah 1- Harta pangkat kemegahan dunia. 2- Hasad dengki. 3- Hasut menghasut. Kita sengaja diajar diajak oleh mereka yang berilmu dan berpengaruh mempergunakan kesucian islam bagi mempengaruhi kita dengan mengajak kita memburu kemegahan dunia lalu menghasut kita supaya membenci memusuhi yang lain kononnya mereka menzalimi kita. 

Setahu OKC, rakan-rakan yang kerja sebagai pencuci jamban pun tak pernah merasakan diri dizalimi, kerana rezeki yang Allah kurniakan adalah kurniaan dari-Nya dengan bahagian masing-masing. 

Malah segala apa kelebihan dan kekurangan setiap antara kita adalah ujian dari-Nya kepada masing-masing. Jadi, kenapa mereka perlu berusaha bersusah payah berceramah dimasjid dan surau dengan MENGHASUT jemaah agar memburu HARTA dan KEMEGAHAN KEDUDUKAN DUNIA lalu mengajak jemaah supaya mengamalkan HASAD DENGKI IRI-HATI!

Ramai yang berkata pemerintah ZALIM. Seolah-olah mereka dizalimi. Tetapi mereka ada rumah besar. Kereta berderetan depan rumah, semua peralatan dalam rumah serba mewah, makan gaji dengan pemerintah, kalau pencen goyang kaki dibayar sampai mati, perubatan semua free. 

Jelaslah, 3H ini menyerang dan menghantui pimpinan yang melawan arus..Sedarkah kita, perpecahan dalam masyarakat berpunca dari ikutan dan hasutan yang dibawa oleh puak yang gilakan kuasa dan pangkat.. 

Monday, September 23, 2013

Bermulanya Episod Kejatuhan Komunis Dinasti Lim


Bermulalah episod KEJATUHAN DINASTI LIM...OKC salute blogger ni dan teruskanlah usaha menjatuhkan anak-beranak KOMUNIS tu...amin..

Salam Perkenalan: 
"Tujuan saya membuka blog ini dalam Bahasa Malaysia untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya."

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP."

Sunday, September 22, 2013

Melayu Dalam DAP Bukan Takat 50sen, Maruah Pun Hilang Dah!!

Seorang lagi ahli DAP tampil menjelaskan sememangnya tidak ada tempat untuk orang Melayu dalam parti yang dianggapnya rasis itu tetapi sebaliknya mereka terus diperkudakan untuk agenda sempit pemimpin parti berkenaan.

Menurut Aspan Alias yang menganggotai DAP sejak setahun lalu, dalam parti itu orang Melayu disogokkan dengan wang dan projek tetapi kuasa politik terus didominasi oleh kaum Cina.

“(Perjuangan Melayu) DAP tiada. Mereka setakat beri duit dan projek itu dikira politik. Kita nak cakap bukan semestinya beri duit dan projek itu semua, kita sedang bercakap soal politik. Roh santapan politik negara tiada.

(Perjuangan Melayu) bukan tiada, tetapi DAP terlupa sebab mereka hanya nak agenda mereka sendiri,” katanya ketika diwawancara oleh Antarapos.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

OKC: Tak nak citer panjang lebar..statement di atas dah cukup menyedarkan kita sebagai melayu..yg x sedar2 tu melayut..terjuntai tunggu nak jatuh jer..hihihi

Friday, September 20, 2013

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) - Mufti NS

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/1434H yang bersidang pada 30 April 2013 bersamaan 19 Jumada al-Akhirah 1434H telah bersetuju memutuskan pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi agama. 

Mesyuarat menggesa agar masyarakat Islam supaya memberi pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Keterangan/Hujah: 

Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki.

Majoriti ulama' bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan lelaki menyerupai wanita atau wanita menyerupai lelaki. Maksud menyerupai ini termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah situasi yang berlawanan dengan fitrah yang telah diciptakan oleh Allah SWT dan ikutan yang membuta tuli yang akan mengancam golongan remaja Islam di seluruh dunia.

Gejala pengkid ini telah lama menular di negara-negara barat dan perlakuan hubungan sesama jenis adalah akibat dari gejala ini yang seolah-olah menjadi fenomena biasa.

Walaupun hukum Islam jelas melarang perlakuan wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita, tetapi kebanyakkan umat Islam tidak memandang serius larang tersebut.

Isu pengkid juga berkaitrapat dengan kedudukan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas di kalangan remaja.

Wednesday, September 18, 2013

Manchester United Ucap Selamat Hari Malaysia Bikin Pencacai PR Hangin!!

Betapa bangganya OKC bila dihari penuh makna buat rakyat Malaysia dalam menyambut Kemerdekaan, Team Bolasepak Manchester United turut mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat kita..Terasa kagum dan terima kasih buat admin facebook Manchester United yang menghargai kemerdekaan kita..Two Thumb Up!! for my team Man U....terbaeekkkkk!!!

psstt: Budak-budak PR yang meroyan 24 jam tentu jeles der!!

Tuesday, September 17, 2013

Akidah Juak PAS Makin Terpesong...Macam Gampang!!


Teruk dah pembangkang ni terutama kalangan penyokong mahupun pemimpin-pemimpin PAS kerana mereka sudah tidak tahu yang mana benar atau tidaknya..Mereka semakin jauh terpesong dari landasan kebenaran dan semakin ramai kalangan yang penyokong mahupun pemimpin mereka yang lari akidahnya..

Dari Presiden, Naib Presiden, Mursidul Am PAS, AJK Pusat dan seterusnya penyokong taksub gila meroyan yang OKC nampak semakin meroyan akidahnya. Dari menyesatkan akidah umat Islam lainnya OKC rasa baik hukum gantung je eloknya mereka ni..
Ulamak kah aku ini?...

Anwar Raja Bohong Full Movie XXX

           

Dalam kito sibuk isi borang pencalonan jawatan dalam Umno ni, apokato kito hilangkan tension jap dengan tayangan amal sempena Hari Malaysia ke-50 ni...

Monday, September 16, 2013

Leina Hangat Bertudung Dah, Pak Lebai PAS Pun Dah Start 'Usya' Nak Jadikan Ostazah Macam Abby

Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredhai.

Alhamdulillah, elokla kalau macam tu, bak kata pepatah "Life Begin 40's"... Semoga clubb-club, disko, karaoke menjadi kenangan buruk buat Leina. Aku malas nak cakap apa la sebab nanti lagi payah  orang nak percaya pasal dia ni...

Cuma, jangan nanti bila dah berselungkup ni akan ada pak lebai-pak lebai PAS datang usha jadi Ostazah segera macam Abby, macam Dayangku  Intan...hehehehe

Sunday, September 15, 2013

16 Sepetember: Selamat Hari Tipu Anwar!!

16 September...Korang tentu ingat tarikh keramat ni..Tarikh dimana berbunyinya dengan lantang dan konfiden-nya mamat kaki sontot buntut oghang jantan Anwar Ibrahim..

Cer ingat lik: " Polis sokong kita, Tentera sokong kita, 30 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak janji akan lompat parti masuk PR"

"Depa suma sah nak lompat, depa suma nak saya jadi Perdana Menteri!," -Anwar Ibrahim
(Penipuan 2008 - 2012)

Mana dia belajar jadi penipu  ni??? Macam ni lah hari-hari Anwar menipu..So, to all supporters of goverment, Happy Malaysian Days!!  To Master of Ass, Happy Lying Day!! Selamat Hari Penipu!!

Saturday, September 14, 2013

PDRM Buat Jer Ops Cantas, Pergi Mampus Dengan Orang Politik Yang Menyalak!!

Seorang teman penulis berbangsa India pernah berkata kepada penulis, untuk sesiapa menafikan kewujudan gangsterisme di kalangan orang India, adalah seumpama mengatakan Mahatma Gandhi berasal dari China!!

Jadi bila ada pulak seekor dua yang mempertikaikan tindakan tegas pihak polis terhadap gangster India ini sehingga ke tahap nak membunuh polis dan Ketua Polis Negara, anggaplah semua ini cabaran dan bahaya tugas.

Bukan nak menggalakkan, tapi elok jugaklah ada statement macam itu, secara tak langsung membuktikanlah siapa sebenarnya yang ganas dan samseng. Tak payah susah-susah pergi Mahkamah pun, puak-puak ini buktikan sendiri bahawa puak dia memang samseng dan ganas.

Dalam masa yang sama, beri asas yang kukuh kenapa pihak polis perlu diperkuatkan dan dilengkapkan dengan senjata yang lebih canggih. Revolver, revolver ni orang dah tak guna dah, samseng sekarang pun guna AK47 dan M4.

Kalau polis perkauman, kenapa ada beribu-ribu lagi yang kena tangkap...

Friday, September 13, 2013

Cawangan dan Bahagian Yang Tentukan Tampuk UMNO..Peringkat Pusat Duduk Ontok-Ontok!!

Ahli di peringkat cawangan dan bahagian yang menentukan pemimpin macam mana yang akan diangkat ke dalam `pool' kepimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat. Jika mereka memilih pemimpin yang baik di bahagian, maka, pemimpin yang baik yang akan mengisi tampuk kepimpinan negeri dan pusat. 

Jika pemimpin yang bermasalah yang mereka pilih, maka, Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak mempunyai banyak pilihan bagi mengisi kepimpinan negeri dan ahli-ahli UMNO tidak mungkin mempunyai pilihan yang banyak dalam pemilihan di peringkat Pusat. Ahli UMNO dari bahagian lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tiada undi melainkan di bahagian mereka sahaja. 

Pilihan untuk mengangkat dan menyingkirkan pemimpin di peringkat bahagian adalah hak dan pilihan ahli-ahli di peringkat cawangan dan bahagian. Maka gunakanlah pilihan itu sebaik-baiknya.... - Tun Faisal

Wednesday, September 11, 2013

Pakatan Rakyat Tak Sambut Hari Merdeka / Hari Malaysia

Bahang 31 Ogos lalu masih kuat terasa..Malah akan disemarakkan lagi dengan ketibaan Sambutan Hari Malaysia  pada 16 September ini. Namun, OKC tertanya-tanyalah jugak..apa slogan Kemerdekaan Pakatan Rakyat?? PR langsung tidak menyambut hari merdeka ke?? Tidur lagi semua pemimpin utama PR?? Atau masih trauma dengan janji 16 september??

OKC rasa mungkin slogan tahun lepas 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' telah membuatkan para pimpinan PR lesu dan lunyai bila sebangsa yang di ilhamkan tak menjad, senegara yang diharapkan tak menjadi dan sejiwa yang di idamkan kucar-kacir dengan kesilapan tentera PR sendiri..

Hilang Pulak Namo Den! Dah Macam DAP UMNO ni...


Hampir 100 ahli Umno Cawangan Kampung Gadong, Labu, di sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan Bangunan Umno Bahagian Rasah, ahad lalu kerana tidak berpuas hati nama mereka digugurkan sebagai ahli tanpa sebarang sebab kukuh.

Demonstrasi berkenaan sebagai tanda protes terhadap pemimpin Umno cawangan berkenaan yang dipercayai bertindak menggugurkan nama yang merupakan penduduk tetap Kampung Gadong, sejak tahun lalu.

Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Gadong, Baharudin Abu Bakar berkata, masalah nama ahli digugurkan dikesan sejak 2009.

“Pada 2009, ahli Umno Kampung Gadong seramai 258 orang. Kemudian, pada 2010, ahli Umno datang mesyuarat di balairaya mendapati ada 50 ahli baru terdiri daripada orang luar tidak dikenali.

“Pada tahun lepas pula, ahli Umno direkodkan seramai 268. Seramai lebih 100 ahli yang terdiri penduduk kampung telah digugurkan nama kemudian dimasukkan ahli baru yang terdiri daripada India Muslim,” katanya.

Menurutnya, masalah berlarutan apabila ahli Umno tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat cawangan pada 1 September lalu.

“Apabila orang kampung datang balai raya untuk bermesyuarat, mereka memberitahu nama tiada dalam senarai dan dihalau keluar. Ahli Umno yang lain bengang dan mesyuarat terpaksa ditangguh-kan ke hari ini (semalam) di Bangunan Umno Bahagian Rasah,” katanya.

Baharudin berkata, mesyuarat yang dihadiri kira-kira 150 ahli Umno itu terpaksa ditangguhkan apabila berlaku pergaduhan

“Kami semua amat tidak puas hati dengan pemimpin cawangan yang bertindak sesuka hati membuang ahli tanpa sebab dan memasukkan ahli baru yang tidak dikenali hanya kerana mahukan jawatan.

“Kami berdemonstrasi ini sebagai tanda tidak puas hati dan mahu Majlis Tertinggi Umno dan juga Presiden Umno campur tangan dalam masalah ini agar ada jalan penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli Umno cawangan berkenaan, Rohayati Ayub, 63, berkata, dia kecewa apabila dihalau daripada menghadiri mesyuarat Umno Cawangan Kampung Gadong pada 1 September lalu.

“Saya hadir bawa kad keahlian Umno dan apabila sampai balai raya mereka mengatakan nama saya tiada dalam senarai dan tidak dibenarkan masuk.

“Saya tanya atas sebab apa nama saya digugurkan, mereka kata kena tanya pemimpin cawangan. Saya penduduk asal kampung ini dan sejak zaman muda lagi saya dah menjadi ahli Umno," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tetap Umno Cawangan Kampung Labu, Mokhtar Othman berkata, mesyuarat terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku pertikaman lidah.

“Mengikut perlembagaan Umno, mesyuarat yang berjalan dalam keadaan huru-hara sehingga berlaku pergaduhan perlu dihentikan.

“Saya mengambil keputusan untuk menangguh mesyuarat ke tarikh yang lain. Setakat ini, sudah dua kali penangguhan mesyuarat terpaksa dibuat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Mokhtar bagaimanapun mengakui terdapat beberapa nama ahli digugurkan pemimpin cawangan, namun sebab digugurkan tidak diketahui sehingga kini.

"Saya sudah maklumkan perkara ini kepada Umno Bahagian, namun masalah ini masih gagal diselesaikan,” katanya.

Tuesday, September 10, 2013

Tak Sangko Oghang Pilah Suko Koncing Merato-rato

Dalam pado kito sibuk bercakap hal-hal politik semaso, den nak solitkan sikit tontang tahap moral yang cukup tinggi kek Kolo Pilah..

Tak den sangko, oghang-oghang kek Pilah ni gomar pancut di bolakang kodai oghang!! huhuhu..Inilah alasan kukuhnya tandas awam tidak merangkumi keluasan Pekan Kuala Pilah...

**Moral: MDKP kono la buek jamban banyak-banyak kek pokan pilah tu..

Monday, September 9, 2013

Allah Maha Besar!! Tunjukkan Ada Pemimpin PAS Munafik..


Salam to all,

Den maleh nak tulis panjang-panjang beb..nanti mengaruk jer lebih.. Koghang ado mato, pandai membaco..koghang nilai lah sendiri aktiviti berfaedah sesangat kumpulan mato lobam kunyit idup ni..

Kenapalah Tuhan mentakdirkan Ostad-ostad segera PAS ni menonton benda-benda camni secara live?? Jawabnya senang jer beb, Tuhan nak tunjukkan umat NYA yang menjual agama disebalik nama sebuah pertubuhan Islam..Senang cakap, sedikit demi sedikit Allah pamerkan pertubuhan MUNAFIK dalam Islam.

Sunday, September 8, 2013

Tak Logik Betul Sangkaan Pak Montori Ni...Agak-Agak ler..

Tidak banyak aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkaitan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan berikutan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, keadaan ini jelas membuktikan bahawa pengurangan subsidi bahan api itu yang diumum kerajaan sejak Selasa lalu tidak memberi implikasi besar terhadap kos operasi peniaga.

OKC: Memanglah secara zahirnya tak nampak komplen ataupun bantahan dari rakyat sebab rakyat marhean takde kerja der nak gi tulis surat ke isi borang aduan kenaikan harga minyak ke...

Jangan lupa Tok Hassan oii, rakyat memberontak dalam diam, buruk baik kesannya jadi sempadan buat kerajaan..

Jangan nak eksyen sangat dengan laporan aduan yang kurang tu, kat laman sosial macam facebook, twitter dan yang lain-lain tu hari-hari cerita pasal minyak naik, barang naik..kadang-kadang sampai lemas bila bukak je fb cerita yang sama..So, realitinya, rakyat memang ramai merungut dan membantah kenaikan minyak petrol tu..Jangan tak percayo pulak!!

psst...Pak Montori kito ni takdo facebook ko??

Saturday, September 7, 2013

Ketua Pemuda Rasah Ghaib di Majlis Kenduri MB

Dalam sibuk-sibuk makan kenduri rumah Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan, geng OKC terjenguk-jenguk panjangnya leher mengintai-ngintai kot-kot ternampak mantan Ketua Pemuda N.Sembilan si Helmi tu.

Manalah tau, boleh jugak ngulur tangan bersalaman dengan dia tu. Untung-untung bergambar dengan Ketua Pemuda UMNO Rasah ni.. Naik teleng leher tapi memang kompom mamat ni takde..tak datang kenduri rumah Pengerusi BN nampaknya..Aduiyaiii tak pandai cover line tul si Helmi ni..datang jel ah!

Donga khabar, kengkawan lah bercerita, kata Helmi ni masa bertanding Ketua Cawangan, seri 40 - 40, tak lah hebat mano pun Helmi ni , lawan ngan pak sedaro eh yang tak ado namo dan wang ringgit pun buleh draw, macam mano nak lawan ketua pemuda UMNO Malaysia, atau EXCO Pemuda Malaysia, kalau lawan ngan Pak sedaro yang serba kekurangan pun Helmi ni tak boleh monang?

Ado yang tanyo OKC, apo yang minat sangat tulis pasal Helmi ni?.. Bukan apo...lain bona den tengok dia ni, mana ado sorang ketua pemuda UMNO negeri masa PRU tak nampak batang hidung!

Tak tahu lah kot dio buek kojo belakang tabir, tapi yang di mengkedarah semua hasil UMNO. Den masih tak puas satu je, bilo dio kempen cakap jangan Undi Pemimpin kita, kalau den salah, harap si Helmi ni jelaskan lah kek blog den ni.. Den cabar dia muncul berikan pencerahan. Ni nak posan ngan orang kek Cawangan dio, eloklah bagi pak sedaro Helmi monang, bagi lah satu undi , jadikan 41 -39 pun cukuplah.....

Friday, September 6, 2013

Pemimpin Politik Di Penang Ketua Samseng

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti beberapa individu yang didakwa pernah menganggotai kumpulan kongsi gelap dan kini dikatakan menjadi pemimpin sebuah parti politik di Pulau Pinang.Menterinya, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kementeriannya sedia mendedahkan nama mereka yang terbabit untuk pengetahuan umum serta mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang jika individu berkenaan dikesan masih bergiat aktif dalam pertubuhan kongsi gelap.

Hahaha..korang dapat teka tak sapa mamat ahli politik yang samseng tu?? Cer teka..cer teka..

Thursday, September 5, 2013

Pergh!!.. Terbongkar Sudah, Bukti Ron95 Lebih Mahal Dari Ron97

Korang yang bertokak bagai nak rak pasal Ron95 vs Ron97 mano lobih mahal. Nah! ini dio bukti toghang-toghang terpampang. Boleh tak auta pusing melilau macam-macam.. Kalau subsidi ditarik balik 20 sen semuo mongolabah. Biar den sama-sama perjelaskan dulu.

Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna.

Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut.

“Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,”

“Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter.

“Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya.

Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu.

Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia.
Wallahualam..



Sebarang komen yang korang buat adalah tidak menjadi tanggungjawab admin. Korang nak komen apapun, itu korang punya pasal dan korang akan terima risikonya..Selamat membaca

Tuesday, September 3, 2013

Bila Sedekah Subsidi Bikin Panas..

Isu hangat sejak semalam...RON95 naik RM0.20. OKC nak huraikan sedikit ragam rakyat kita bila perkara ini berlaku..Tepatlah jika kita katakan rkayat Malaysia peminta sedekah yang ulung dan popular di dunia.

Apabila Peminta Sedekah merasakan sedekah yang kita bagi tu hak mereka maka kita mesti bagi pada mereka dan kalau kita tak bagi atas apa jua alasannya, mereka akan maki hamun kita dengan pelbagai tuduhan, Peminta sedekah jenis apakah ini??

Begitu juga dengan Penerima subsidi yang terus menerus meminta 'sedekah subsidi' dan merasakan bahawa mereka mesti diberikan subsidi. Tetapi, apabila dikurangkan sedikit subsidi, mereka meracau, memaki hamun dan menabur pelbagai fitnah kerana merasakan subsidi itu hak mereka.

Patutlah Bangsa Melayu dan Umat Islam mundur, haprak dan ketinggalan dalam serba serbi, kerana memiliki mentaliti serta ideologi bangang umpama Peminta Sedekah hasil tarbiyah PR si haramjadah!

Monday, September 2, 2013

Tanpa Kita Sedar, Masalah Pendidikan Anak Melayu Makin Ketara

Setiap kali kita mendabik dada dan berikrar "UNTUK BANGSA, AGAMA dan NEGARA"; apakah kita sedar atas intisari sebenar yang terkandung didalam kalimah mulia itu? Elok jika kita renung semula keadaan terkini supaya ikral kita tadi lebeh bermakna. Oleh demikian OKC huraikan fakta fakta berikut dengan secara ringkas.

  • Perihal Bangsa. Sedarkah saudara bahawa masa depan anak anak kita terancam oleh kerana di sekat peluang mempelajari ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. 
  • Pentingnya bahasa Inggeris dalam bidang ini ialah kerana hampir lebih 90% nota rujukan, teks penyelidikan dan lain-lain adalah dalam bahasa tersebut. Ini amat penting kerana penguasaan ilmu 'Science, Teknology, Engineering dan Mathematics (STEM)' merupakan asas kepada pembangunan dan akan melonjakkan tahap keupayaan anak bangsa untuk bersaing di zaman globalisasi ini. 
  • Justeru, alangkah cerah masa hadapan anak kita jika polisi Pembelajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dikembalikan semula? 
  • Tahukah saudara keadaan amat sedih yang menimpa anak bangsa kini? Tahukah saudara pada masa ini adanya lebih kurang 70,000 graduan yang masih menggangur, dan majoritinya terdiri daripada graduan bangsa Melayu?
  • Semua ini ialah akibat kurang penguasaan bahasa 'penjajah' iaitu bahasa Inggeris. Syor anda yang masa diperuntukan untuk mempelajari bahasa Inggeris sekarang iaitu 300 ratus jam (20%) seminggu adalah mencukupi untuk menguasai bahasa tersebut, ialah seperti suatu khayalan sahaja.
  • Perihal Agama. Sudah tentu saudara lebih ariff dalam hal ini. Tetapi ada hikmahnya jika kita menghayati semula bahawa ujudnya tamadun kegemilangan Islam dahulu, ialah susulan cendekiawan cendekiawan pada masa itu rela mempelajari dan menguasai bahasa Yunani, Latin (bahasa penjajah pada masa itu) dan lain-lain. Dengan sekali gus mereka dapat menimba ilmu ilmu yang ada, dan meningkatkan kecemerlangan ilmiah yang terkandung.
  • Perihal Negara. Secara amnya, negara akan dapat maju kehadapan bukan hanya dengan menguasai ilmu ilmu tertentu, malah ia mesti dapat menghasilkan sumber manusia yang celik dan berpelajaran untuk melaksanakan kesemua inisiatif inisiatif yang dirumuskan sama ada dalam bidang ekonomi, perbankan, sains, pendidikan atau sebagainya. 
  • Tetapi tahukah saudara bahawa di dalam penilaian akademik antarabangsa TIMMS dan PISA, pencapaian negara kini jauh di bawah negara lain termasuk negara jiran. (Kami sedia menyediakan statistik dan data berkenaan jika saudara perlu). Oleh yang demikian, perlukah kita hanya berdiam sahaja?

Sunday, September 1, 2013

Yusaf Haslam Mengamuk?

Salam..

Eden taknak cakap banyak-banyak. Sekadar nak beritahu yang KL Gangster 2 soporti yang dok heboh baru-baru ini telah di upload ke internet oleh oghang yang tak bertanggungjawab. Kosian si Shamsul Yusuf, habih duit bojuta-juta untuk siapkan movie tersobut dan ado orang itu sonang-sonang mencurik hasil karya oghang.

Tengok dalam tv abah si Shamsul tu bukan mmain garang, bukan main maghah laei dio kek  oghang yang monibai karya anaknyo..Apopun, den cumo nak tabik  spring dongan statement Tok Usop Aslam yang bagi amaran kepado ponyangak lanun tu, hukuman yang berat akan dikonokan tanpa kompromi..Cayalah!!


Kolantangan beliau macam kotogasan Tok Zahid yang attack ponyangak negaro sekarang ni dalam OPS Cantas.. Jangan main amaran jo sudahlah..

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"