Jadi Geng OKC

Tuesday, December 31, 2013

WOW!! Di Selangor "Terlajak Laris!!"



Pakatan mahu membetulkan Kerajaan BN tetapi mereka sendiri ada kalanya menjadi tidak ketahuan dan menembak di kaki mereka sendiri. Ia ibarat membunuh diri sendiri. Jadi BN kalau cerdik tak payah susah-susah hendak cari modal politiklah. Di depan mata mereka dah terbentang modal yang sangat besar.

Ya kita terima hakikat yang kenaikan gaji memang perlu. Misalnya elaun timbalan speaker sebelum ini hanya RM3,327 sahaja - terlalu rendah untuk seorang timbalan speaker. Tetapi kalau naik sehingga ke tahap gaban, daripada orang kasihan akan jatuh jadi menyampah dan meluat.

Apatah lagi apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sombongnya berkata, kalau mana-mana ahli dewan yang tak mahu gaji baru itu, mereka boleh sedekah kepada badan amal atau kebajikan.

Wow! Inilah yang dinamakan “terlajak melampau”.

Di Selangor, kerajaan negeri dan menteri besarnya pun bukan sekadar biasa-biasa sahaja. Mereka meluluskan kenaikan gaji dan elaun dengan kadar yang sangat luar biasa iaitu sehingga 373%.

Dengan kenaikan gaji baru ini, gaji menteri besar Selangor kini (RM29,250) lebih tinggi daripada gaji perdana menteri Malaysia (RM22,826.65). Beliau menerima kenaikan sehingga 106.4%.

Manakala gaji speaker dewan undangan negeri Selangor (RM22,500) pula kini lebih tinggi daripada gaji timbalan perdana menteri Malaysia (RM18,168.15). Kenaikan gaji speaker kini naik 268%.

Gaji exco kerajaan negeri Selangor (RM20,250) pula lebih tinggi daripada gaji menteri kabinet kerajaan persekutuan (RM14,097.20). Mereka menerima kenaikan sehingga 231%. Dan elaun ahli dewan undangan negeri Selangor (RM11,250) jauh lebih tinggi daripada elaun ahli parlimen (RM6,508.59). Naik 87%.

Yang paling tidak masuk akal ialah apakah pertimbangan yang digunapakai oleh kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan elaun speaker dari RM6,109 sehingga RM22,500 sebulan. Malah yang menerima habuan paling besar ialah gaji timbalan speaker yang naik dari RM3,327 sebulan sehingga kepada RM15,750 sebulan iaitu kenaikan sehingga 373%.

Kenaikan yang sebegitu melampau tidak masuk akal sama sekali dan tidak dapat dijustifikasikan dengan sebarang logik jika dibandingkan dengan berapa kalikah dewan undangan negeri bersidang dalam setahun.

Ia semacam seolah mahu memberi habuan kepada kawan-kawan sesama YB. Lagi pun pilihan raya dah selesai.

Malangnya yang tidak selesai ialah orang akan terus bercakap dan terus bercakap sebarang isu yang dekat di hati mereka.

Akhir kalam, OKC selitkan sedikit contoh emel dari seorang hamba Allah:  “Jika inilah caranya Kerajaan Negeri Selangor mengendalikan isu kenaikan gaji mereka dengan begitu angkuh dan sombong sekali, percayalah mereka hanya memulakan langkah pertama ke arah kejatuhan sebuah kerajaan yang sebelum ini diagung-agungkan sebagai peneraju “politik baru” di Malaysia".  Entahlah....

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"