Jadi Geng OKC

Saturday, November 30, 2013

Nik Aziz Tuduh Selama Jadi MB Takde Peluang Jumpa PM..

Kata Nik Aziz, pertemuan rasmi sebegitu adalah sesuatu yang tidak dijangkakan sama sekali kerana dakwanya sepanjang lebih 20 tahun beliau menjadi MB menerajui Kelantan tidak pernah ada perjumpaan sedemikian rupa diaturkan untuk membolehkannya menemui PM.

“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya Menteri Besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (Perdana Menteri) buka pintu,” itu keluhannya seolah-olah membayangkan inilah pertama kalinya PM meluangkan masa bertemu MB Kelantan.

Bagi penyokong PAS yang masih muda belia atau dari jenis totok hijau berkarat tentu sahaja merasakan betapa terpinggirnya Kelantan sewaktu Nik Aziz menjadi MB sehingga langsung tidak dipedulikan dan sengaja dipinggirkan oleh PM sejak dari zaman Tun Dr Mahathir, Pak Lah hinggalah ke zaman pemerintahan Datuk Seri Najib.
Berdasarkan beberapa imbasan di atas, tuduhan Nik Aziz kononnya hanya selepas 23 tahun barulah MB Kelantan dapat berjumpa PM jelas sekali adalah satu fitnah yang mungkin disnegajakan atau barangkali juga disebabkan masalah nyanyuk yang dialami Nik Aziz, itu pasal sakan meroyan tak ketahuan.

Kalau pun Nik Aziz cemburu melihat sambutan rasmi yang diterima Mat Yakob lebih mendapat publisiti meluas di media cetak dan elektronik, ia bukan alasan kukuh untuk menafikan hakikat bahawa sepanjang 23 tahun pemerintahan Nik Aziz sebagai MB Kelantan sudah acap kali berlaku pertemuan rasmi atau tidak diantaranya dengan PM.


Hakikatnya Nik Aziz dan Kelantan tidak pun terpinggir sebaliknya sering dibantu termasuklah ketika bekas MB Kelantan itu datang menemui meminta bantuan Tun Dr Mahathir sewaktu negeri itu dibebani isu air dengan syarikat Thames Water sekitar tahun 1990-an dulu.



1 comment:

Anonymous said...

Dalam warna -warni politik kenyataan yang "meragukan" boleh menyebabkan kesan kepada pengikut dan juga pihak pembangkang. Tentunya sejarah boleh menunjukkan kebenarannya.....walahualam.

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"