Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, November 15, 2013

Alahai Tun, Standard Ler...'Wawasan 2020' Relevan Lagi...

Alamak Tun, standard ler setiap PM akan ada slogan dan visi masing-masing dalam membawa Malaysia maju dipersada dunia. Dan memang lazim la kalau satu-satu slogan dan ayat tu boleh dijadikan modal untuk terus dihati rakayt..Tun pun macam tu jugak dulu kan??

InsyaAllah Tun, rasanya anak-anak didik Tun dalam kabinet mahupan dalam parti masih utuh memegang prinsip dan janji utnuk menggerakkan negara tercinta ini kepada sebuah negara maju yang dikenali seluruh pelusk dunia..Insya Allah, Tun tak payahlah nak risau dengan matlamat peninggalan 'Wawasan 2020' Tun tu..Insya Allah Tun, tahu ler Tok Najib dengan tenteranya nak realisasikan matlamat Tun tu..jangan isau ek!!

Tak baik tau pandang sisih 'Islam Hadhari ke, NKRA ke, Transformasi ke..ala, Malaysia Muhibah Tun tu pun apa citer sekarang??? So, standard ler tu Tun, Insya Allah, pastinya orang-orang yang di amanahkan akan memacu negara dan memartabatkan agama Islam kita ni TUN..Insya Allah...

Nak cari yang buruk itu mudah. Kadang-kadang kita buat tidak kena, orang suruh kita berhenti. Pada OKC, penerusan itu perlu berlaku kerana ia ada kaitan. Perkara yang kita buat sebelum ini tidak boleh dilupakan.


“Saya tidak tahu apa dah jadi selepas zaman saya,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika program sepetang bersamanya di pekarangan Muzium Padi di sini, hari ini.

Ini kerana pada kebiasaannya seorang pemimpin akan buat sesuatu atau agenda yang baru supaya terus diingati rakyat.

Sebagai contoh, beliau menjadikan Wawasan 2020 sebagai matlamat tetapi sudah tidak digunakan lagi pemimpin baru dalam memajukan negara ini selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri.

“Kita buat Wawasan 2020. Kalau dia buat juga Wawasan 2020 sudah pasti orang tidak akan mengingatinya. Sebab itu dia buat yang lain untuk rakyat mengingatinya.

“Kemudian muncul Islam Hadhari. Selepas pemimpin berkenaan tidak memegang jawatan lagi, muncul pula National Key Result Areas (NKRA), transformasi dan sebagainya. Siapa yang terlibat dalam perkara ini, sudah pasti si pulan dan si pulan,” katanya sambil senyum sinis, menurut sumber Sinar Harian.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"