Jadi Geng OKC

Wednesday, October 9, 2013

Politik Sharizat Di Ambang Jahanam?

Politik Sharizat tiba-tiba di ambang jahanam. Ibarat tersungkur di pintu syurga. Kita harus redho dan pasrah terhadap apa yang berlaku dan secara tiba-tiba nama Raihan Sulaiman Palestin begitu bersinar dan begitu berahi untuk ganti Sharizat. Hebat. Aku pun secara ikhlas bagitau kat korang aku sendiri baru kenal dengan orang yang namanya Raihan dan sudah lama sangat tahu tentang orang yang bernama Sulaiman Palestin. 

Anak pada orang yang ada nama dalam Umno. Aku menyokong penuh Transformasi dalam Umno. Cuma bila 'bini' aku tanya aku siapa Sulaiman Palestine ni, maka aku pun mula lah bercerita. Aku dah tahu lama hubungan Anwar dan Sulaiman Palestine cuma agak pelik kenapa semuanya harus jadi 'time' sekarang ni?.

Kita tak boleh lupa propaganda Anwar yang dia kata Najib dok tergedik gedik call dia nak tubuh kerajaan campuran. Dan kita pun tidak lupa bagaimana pada setiap masa Anwar sedang mencari ruang dan peluang untuk menyusup masuk balik dalam Umno.

Kesetiaan Raihan Sulaiman Palestine dalam Umno tidak pernah aku ragui. Cuma kita berasa cukup was-was. Kenapa harus sekarang? Cuba kita fikir. Pru13 yang lalu, dengan Anwar masih belum dapat menjadi PM. Bermacam helah Anwar dah bubuh jarum pada ahli dan orang Umno namun jarumnya tetap jadi tumpul seterusnya patah dari mengena sasaran. 

Dia guna pulak pengaruh Jusuf Kalla untuk bagi tekanan pada Presiden Umno namun gagal juga malahan dia pula di label PENIPU. Malahan cubaan dia nak bawa keputusan PRU13 ke tribunal PBB juga merupakan satu usaha hangat-hangat taik biawak kerana orang-orangnya sudah kecewa dan kecil hati dengan kelakuannya tersengih sana tersengih sini.

Sementara balaci-balaci nya berguling bergantang dengan polis di luar Parlimen semasa hari dia mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang. Setelah dia tahu yang orang cina pun dah tahu bahawasanya dia telah menipu kaum Tiong Hua dengan janji palsunya maka dia cuba mencari kaedah altenatif lain. 

Dia tahu dengan serangan maha hebat dari PRU11 sampai PRU13 Umno bukan hanya tidak tumbang atau lemah malah bertambah kuat. Jadi dengan apa yang telah berlaku dia dah nampak memang tiada jalan lain untuk menjadi PM melainkan harus melalui parti keramat orang melayu iaitu UMNO. 

Sebab itulah kita mendengar propaganda tentang kononnya orang-orang Umno bawahan minta pada Majlis Kerja Tertinggi UMNO supaya maafkan Anwar. Ingat lagi ungkapan Anwar dalam isu abu Chin Peng 'Let The Be Gone Be Gone'??. 

Penuh dengan maksud tersirat. Nak masuk Umno ni balik tiada cara lain melainkan harus dapat Lampu Hijau dari MKT. How? Tanam orang-orang dia sebagai mana dia tanam orang-orang dia dalam majlis tertinggi Pas sampai Pas berpecah belah antara kepimpinan ulamak dan fahaman Anwarinas!. 

Back to this issue. Kita tahu dalam persedian perebutan jawatan Ketua Wanita Umno mulanya ada satu calon iaitu Dato' Azalina dan Dato' Sharizat sendiri untuk mempertahankan jawatan. Tiba-tiba Dato Aza tarik diri. Dalam pada tu muncul satu nama baru yang muda yang membawa nama bapanya untuk masuk gelanggang bertanding menentang Sharizat. 

Sharizat di ketahui amat di sayangi segenap lapisan dalam organisasi wanita umno walaupun terpalit buruk namanya akibat isu lembu NFC. Namun rata-rata mengatakan Sharizat bakal melalui laluan sukar bila Raihan masuk gelanggang tapi masih boleh mampu mempertahankan jawatan kerana sharizat mempunyai cara tersendiri untuk menyentuh perasaan wanita-wanita ini nanti pada masa pemilihan. 

Tiba-tiba, kem PR heboh yang SPRM dah sita berpuluh-puluh biji kereta mewah milik PA Sharizat yang mana berada bawah kementeriannya dulu. Akibatnya nama baik yang masih tinggal padanya habis lunyai sama sekali. 

Pendedahan dari kem pembangkang ini adalah milik 100% kepunyaan jentera media siber PKR yang menyembah 'direct' pada Anwar Ibrahim. Dalam erti kata lain mereka buat kerja under ground untuk Raihan dan pastikan Sharizat di rejam dalam lumpur dan jangan bagi lagi dia bernafas dalam politik. 

Kononnya dia careless dalam menjaga kepentingan orang miskin di bawah kementeriannya sehingga pegawainya makan hak mereka sewenang wenangnya. 

Soalan aku:-
Kenapa sekarang? Kenapa isu ni tak keluar masa PRU13 sudah? Kenapa harus tunggu masa pemilihan wanita umno dan yang paling bestnya ialah kenapa jentera media siber PKR pula berhempas pulas buat kerja bagi mati Sharizat demi memberi laluan mudah untuk Raihan Sulaiman Palestine?? 

Harus di ingat jawatan Ketua Wanita mempunyai Merit dalam MKT Umno. Siapa dia hubungan Raihan Sulaiman Palestine dengan Anwar Ibrahim? Jangan sampai ulaq ayaq ulaq ayaq Anwar terlepas masuk pula ke MKT dan minta pulak MKT ampunkan Anwar dan bagi Lampu Hijau untuk dia jadi ahli Umno balik.

Aku tak tuduh Raihan Sulaiman Palestine ni Bakal Agen Anwar dalam MKT nanti. Ye lah...kata org tua-tua...gaduh-gaduh politik kot mana pun hubungan darah kena jaga. So...Raihan kena buktikan yang dia bukan membawa MISI NAK USAHA BAWAK ANWAR MASUK UMNO BALIK MELALUI JAWATAN KETUA WANITA YANG MANA AKAN JADI AUTOMATIK VICE PRESIDEN UMNO, satu jawatan paling kanan dalam hiraki Umno. 

Lebih elok kalau dia bersumpah nafikan usaha ni. Walau apa pun yang bakal berlaku aku tabik dengan peranan media siber PKR yang buat kerja untuk Raihan atas 'arahan' SEPUPU RAIHAN iaitu Anwar Ibrahim. 

Tak pasal-pasal Sharizat bagai BERNAFAS DALAM LUMPUR....hebat perancangan Anwar....dia pandai guna orang-orang yang ada dalam Umno demi kepentingan masa depan politiknya......patut lah dia pi luar negara buat BOTOX kat muka dia....rupa rupanya dia dah dapat semangat baru untuk menyelamatkan karier politiknya dalam Malaysia... 

RAIHAN SULAIMAN PALESTINE MERUPAKAN JAMBATAN ANTARA DIA DAN UMNO.....wahai para perwakilan sekelian..hati hatilah.....ini sekadar lontaran peringatan. Actually search klip ni kawan aku yang cari. Dia yang tanya apa hubungan Raihan dan Anwar. Maka ini yang terbit......

-mamluk qalawun

2 comments:

Unknown said...

Berapa shahrizat bagi kamu nak buruk2kan Raihan tu.

Anonymous said...

Kenapa buat kenyataan seperti ini tanpa di tunjangi dengan fakta dan bukti yang kukuh..cuma setakat aku rasa dsbnya?

Patutlah Melayu Susah nak Maju.. Blogger2 Melayu memang Melayu habiiiiis

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"