Jadi Geng OKC

Tuesday, October 29, 2013

Confirm Sekutu PAS Mengelabah Nasharudin Mat Isa Join Najib


KETIKA PAS SIBUK MENDABIK DADA KONONNYA PERJUANGKAN ISLAM, NAJIB ABDUL RAZAK UTUS NASHARUDDIN MAT ISA KETUAI PASUKAN JIHAD TENTANG COMANGO DI GENEVA!!!

PAS akan mengangguk dan akan mencari-cari dalil untuk membenarkan tuntutan COMANGO di PBB. Walaupun tidak menyatakannya secara berterus-terang, PAS berada di belakang tuntutan agar elemen-elemen berkenaan dibenarkan di Malaysia.

Berbeza pula dengan Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia yang menyedari bahayanya tuntutan tersebut sekiranya dipaksa pakai di negara ini oleh PBB. Tidak sahaja kerosakan generasi muda akan berlaku, bahkan Islam akan diinjak-injak dengan penuh kehinaan oleh golongan berkenaan yang semakin ramai dan membiak subur di Malaysia.

Justeru, satu pasukan JIHAD telah dihantar ke Geneva untuk menyanggah tuntutan tersebut di mana salah seorang ahlinya adalah NASHARUDDIN MAT ISA, bekas Timbalan Presiden PAS yang amat dibenci oleh golongan Anwarinas dan DAPigs.

Nasharuddin Mat Isa atau Ustaz Nasha mengetuai pasukan tersebut untuk memastikan PBB tidak menurunkan UPR ke atas Malaysia yang akan memberi pelbagai kesan jangka panjang terutama sekali dalam hal yang membabitkan perdagangan dan ekonomi.

Dikhabarkan bahawa pasukan tersebut pada mulanya telah gagal dalam Pusingan Pertama apabila panel enggan mendengar atau bertemu dengan mereka. Bagaimanapun pada Pusingan Kedua, ada khabar positif walaupun pada masa yang sama, PKR menerusi pemimpin-pemimpin mereka yang berlagak keIslaman seperti Nurul Izzah sedang meracuni pemikiran umat Islam agar menyokong tuntutan COMANGO.

Semoga pasukan JIHAD yang diketuai oleh Ustaz Nasha memperolehi kemenangan di Geneva. Malaysia perlu dipertahankan daripada dimasuki nilai-nilai yang telah meruntuhkan ketamadunan dan nilai-nilai kemanusiaan.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"