Jadi Geng OKC

Saturday, August 3, 2013

35 Soalan Hangat Dari Bekas Aktivis PAS

FAKTA 1- KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam, kemudiannya PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Melayu/Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) siapa nak tolong jawab?

FAKTA 2 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, 12 Mei 1999. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 3 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. Kemudiannya, PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12...Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 4 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) kemudiannya, PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12...Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 5 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.Kemudiannya, dalam PRU12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang...Siapa nak tolong jawab?  

FAKTA 6 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”. Kemudiannya, Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carlsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 7 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE. “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi” kemudiannya, Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’... Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 8 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. Kemudiannya, bila Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 9 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…” Kemudiannya, bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”... Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 10 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga diorang kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. Kemudiannya bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 11 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”. Kemudiannya PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 12 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”. Kemudiannya, PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 13 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. Kemudiannya, PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak). Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 14 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”. Kemudiannya, PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 15 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain. Kemudiannya, Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis didalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 16 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah. Kemudian, PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahun, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid? Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 17 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit NegaraKEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana? Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 18 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata:: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”. Kemudiannya PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 19 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya” Kemudiannya, PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz.  Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 20 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”. Kemudiannya, PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 21 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaysia. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). Kemudian, PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kenapa boleh pulak? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

FAKTA 22 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pada mulanya PAS kata: Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46, PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. Kemudian, PAS kutuk diorang semua dan kata yang macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerjasama itu gagal? Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 23 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
PAS juga pernah kata: "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, 4 Ogos 2001. Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 24 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka. Siapa nak tolong sahihkan?

FAKTA 25 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, 28 April 1999..... MasyaAllah! Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 26 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik MaT, 24 Januari 1999.

FAKTA 27 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963. (PR tu kafir ler, hurm..PAS pun dah jatuh kafir rupanya) Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 28 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, 29 April 1999. (Fullamak!! Ini bukan ke ciri-ciri ulamak PAS?) Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 29 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, 26 November 1994.

FAKTA 30 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat,, 19 November 1992

FAKTA 31 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS. Ulamak ke macam ni??

FAKTA 32 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. 

Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.

FAKTA 33 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam.

Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru?

FAKTA 34 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan.

Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’ Sekarang ni bersepah, dia pun pakai sticker yang ada gambar dia. Tok Guru apa camni? Siapa nak tolong jawab?

FAKTA 35 - KENAPA SAYA TOLAK PAS
Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini…
Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS. Tok Gurun camni?
   
BEKAS AKTIVIS PEMBANGKANG (1998-2008).

SEKIAN TERIMA KASIH DAN SALAM ATAS PERSAUDARAAN ISLAM”

2 comments:

Tengku Ridhuan said...

Syukurlah kalo aktivis ni dah sedar..PAS dah xde apa lagi, hanya tunggu disisihkan jer oleh kroni sendiri..

Amir Sani D'Kosas said...

Wa tunggu jer kalo ader pulak macai PAS yang nk tolong jawab soalan2 ni..ade ker??

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"