Jadi Geng OKC

Sunday, July 14, 2013

Melayu Perlu Sedar Pentingnya Ketuanan Melayu

Umat Islam hari ini bukanlah umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga menjadi umat yang lebih lemah. Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat 'berkerat rotan, berpatah arang'. Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana dalam memastikan antara kaca dan permata.

Apa yang lebih malang, Pilihanraya Umum yang lalu membuktikan cengkaman politik Melayu semakin rapuh berikutan perpecahan akibat perbezaan ideologi politik dan fahaman yang pelbagai tafsiran tanpa memahami erti ketuanan melayu dan saksam perpaduan yang telah dipamerkan oleh pimpinan terdahulu dalam mencapai kata sepakat membentuk sebuah negara yang majmuk dan berpelembagaan. Namun, orang melayu masih belum sedar!

Walaupun prestasi kepimpinan melayu kini begitu menggalakkan namun melalui pelbagai himpunan dan musyawarah yang diadakan apakah ianya berkahir begitu sahaja? Tanpa sedikit pun menyedarkan penggemar politik tanahair mencari jalan bagi membolehkan mereka berada dalam satu kapal yang sama?

Sebaliknya, kita terus-terusan mendengar suara sumbang dan ia termasuklah komentar-komentar dalam blog-blog yang seolah-olah tidak mahu melihat perpaduan Melayu itu menjadi kenyataan. Kesudahan usaha untuk menyatukan orang melayu masih lagi belum nampak jalan penyelesaiannya.

Suatu ketika dahulu, harapan agak terbuka bila tiga pemimpin politik iaitu Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria bercakap dalam nada yang sama untuk bersetuju bermuafakat dalam mempertahankan hak-hak Melayu dan membincangkan hala tuju orang-orang Melayu. Terbuka..cukup terbuka.

Tapi malangnya, suara-suara muda ini tidak disambut oleh pemimpin yang lebih senoir. Malahan ada sesetengah pemimpin berkenaan beranggapan sekarang bukannya masa untuk membincangkan ketuanan Melayu. Ini jelas apabila pimpinan PAS, Husam Musa dan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat membayangkan parti itu tidak berminat untuk bercakap mengenai perpaduan dan ketuanan Melayu dengan UMNO. Berikutan itu, PKR berbalik kepada pandangan mereka dengan alasan yang sama demi menjaga sekutu rapat yang tidak memahami erti ketuanan melayu yang sebenar.

Alasan Husam yang berpendapat masih banyak negeri yang dipimpin melayu dan Perdana Menteri pun orang melayu memperjelaskan kepada kita akan prinsip kemelayuan tidak ada dalam PAS. Apatah lagi kebesaran Islam yang dilaungkan mereka.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa perhimpun demi perhimpunan yang dibawa Pakatan lebih mengarah kepada perpecahan kaum melayu. Jika sebelum ini perpecahan orang Melayu hanya berkisar kepada UMNO dan PAS, tetapi kini ia sudah melibatkan satu lagi kolompok iaitu PKR.

Kini orang melayu sudah terbahagi kepada tiga puak terbesar. Namun, seandainya keangkuhan PKR tidak boleh diruntuhkan bagi menyatukan Melayu, tumpuan harus diberikan kepada UMNO dan PAS.

Mungkin ramai di dalam PAS juga mempunyai semangat yang tinggi untuk penyatuan melayu dalam memperkasa dan mempertahankan Islam tapi, ketaksuban dan keangkuhan kepada pegangan ideologi politik menjadi penghalang.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapakah perpaduan Melayu dikaitkan degan UMNO dan PAS? Sebenarnya, faktor utama dalam penyatuan melayu ialah dengan meletakkan pimpinan UMNO dan PAS di satu meja rundingan bakal membuahkan hasil yang positif.

Apabila ini berlaku pastilah laluan untuk maksud itu akan menjadi mudah. Kita sentiasa percaya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, adalah menjadi hak kepada mana-mana individu untuk menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka juga harus memikirkan kepentingan bangsa dan agama mereka!

Kalau orang Melayu terus taksub dengan pegangan politik masing-masing hingga menolak salam perpaduan Melayu kerana bimbang hilang sokongan politik daripada parti kaum lain, ianya sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.

Perpaduan Melayu bukanlah bererti kita meminggirkan kaum lain tetapi ianya adalah demi faedah seluruh rakyat Malaysia. Melayu adalah kaum majoriti, oleh itu bersatu padu sudah pasti memberi kebaikan semua pihak.

Tetapi kalau Melayu bergaduh sesama sendiri dan melakukan tindakan seperti demonstrasi jalanan semata-mata kerana taksub dengan pemimpin parti dan ideologipolitik, sudah tentulah akan menggugat kehidupan kaum lain. Justeru, perpaduan Melayu jugalah yang akan menyemarakkan lagi keamanan kaum di Malaysia ini.
Apa yang penting, semua pimpinan Melayu seperti UMNO. PAS dan PKR haruslah ikhlas. Bersedia berunding sesama sendiri demi memastikan hak serta ketuanan Melayu terus diperlihara.
Janganlah ada mana-mana pihak merasa angkuh kerana menang besar dalam PRU. Janganlah pula bila sudah diberi mandat, isu perpaduan tidak perlu diperkatakan lagi.
Ingatlah pesan dan titah Raja dan Sultan, " Masyarakat Islam akan rugi jika terus bertelagah dan berselisih faham hingga akhirnya yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu, kerana Islam menyeru kepada perpaduan dan amat menekankan aspek perdamaian,"
Semoga titah para baginda pemerintah memberi kesedaran dan dijunjung mulia kepada kita semua.
Salam Ramadhan...OKC

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"