Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Thursday, July 11, 2013

Lengkaplah Sudah Alasan Kejatuhan Anwar Bakal Tiba...


Anwar Ibrahim berada dalam keadaan dilema untuk menyatakan pendirian yang telus dan ikhlas dalam insiden kudeta di Mesir oleh tentera terhadap Presiden Mohammed Morsi. Ketika kumpulan Islamik, Ikhwan Muslimin, berjaya menumbangkan rejim Presiden Mubarak lebih setahun yang lalu, Anwar menganggapnya sebagai satu kejayaan besar siri revolusi ‘Arab Spring’ yang didokong kuat oleh kuasa rakyat.

Sebelum Mesir,‘Arab Spring’ juga berjaya menurunkan rejim-rejim Arab yang dianggap bersifat diktator di Tunisia dan juga Libya.Kejayaan ini telah mencetuskan ilham di dalam minda Anwar untuk membawa bukan sahaja semangat ‘Arab Spring’ tetapi juga kaedah yang sama untuk diapplikasi di Malaysia.Malah dalam temuramah dengan media asing dan pada siri ceramah semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,Ketua Pembangkang itu menekankan berkali-kali tentang pentingnya rakyat bersama-sama pakatan pembangkang untuk menggerakkan ‘Malaysian Spring’ bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Rasional yang digunakan oleh Anwar untuk menyeru rakyat menjatuhkan kerajaan BN adalah atas alasan korupsi dan penyelewengan kuasa yang berleluasa.

Malangnya Anwar tidak pula menyebut mengenai pelbagai dakwaan rasuah serta salahguna kuasa semasa beliau berada di dalam kerajaan selama 16 tahun.Tidak pula dijelaskan bagaimanakah ahli keluarga terdekat,saudara mara da sahabat handai yang rapat denga Anwar menjadi begitu kaya raya dan kemewahan melimpah ruah sepanjang beliau berkhidmat di bawah kerajaan BN. 

Malah terkini apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN,Liang Teck Meng membangkitkan isu 20 akaun luar negara berjumlah USD66 juta yang didakwa kepunyaan Anwar,beliau diancam dengan tindakan saman.Rakyat melihat dua sikap berbeza yang diamalkan oleh Anwar,satu yang memberi kepentingan kepada agenda politiknya untuk menjadi Perdana Menteri dan satu lagi sikap agresif yang ditonjolkan apabila tembelang dan temberangnya didedahkan.Begitu juga dalam isu rampasan kuasa di Mesir di mana pada satu pihak Anwar begitu kuat menyokong rakyat Mesir yang meletakkan Morsi di atas tampuk kuasa malah teruja untuk mengimport ide ‘Arab Spring’ ke Malaysia. 

Pada masa yang sama Anwar juga mengkritik keras rakyat Mesir yang sama yang kini menurunkan pula Morsi dari kerusi presiden di atas kegagalan beliau untuk mengurus 1001 macam masalah kritikal yang mendepani negara Arab di utara benua Afrika itu.

Paling ketara ialah masalah ekonomi yang meruncing di tambah pula dengan kadar pengangguran yang tinggi di kalangan golongan muda dan belia.Masalah Morsi dikompaunkan lagi dengan sikap golongan Ikhwan Muslimin yang tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang dilandaskan kepada permuafatan nasional yang melibatkan semua ‘stakeholders’ termasuk golongan yang pernah mendokong rejim Mubarak.

Dengan menjadikan pentadbiran Morsi eksklusif kepada golongan Ikhwan Muslimin ia meminggirkan sebahagian besar golongan penting lain yang juga mahu memainkan peranan yang bermakna di bawah pentadbiran baru.Dalam kenyataannya sejurus berita Morsi digulingkan,Anwar berkata,“Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar.” 

Dalam hal ini Anwar menampakkan sifat hipokritnya yang amat jelas mempertahankan pentadbiran Morsi yang dipilih secara demokratik. Bagaimana standard penilaian yang sama tidak diapplikasikan kepada negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan untuk menghasut rakyat menumbangkang kerajaan BN yang telah sah dipilih rakyat.Melalui amalan demokrasilah BN telah dipilih semula untuk menerajui kerajaan pada PRU13 lalu tetapi Anwar tidak dapat menerima kekalahan pihak pembangkang.

Anwar mungkin berfikir bahawa beliau adalah calon paling layak untuk menjadi Perdana Menteri tetapi rakyat pula mempunyai pandangan lain yang harus dihormati. Sebenarnya bukan Anwar menentang BN tetapi hakikatnya beliau melawan kuasa rakyat yang telah meletakkan BN kembali ke tampuk kekuasaan.Anwar menganjurkan siri perhimpunan haram Blackout 505 dalam percubaannya mempergunakan rakyat sekali lagi untuk memenuhi impian peribadinya.Akhirnya beliau kecundang dek perbuatan penyokong pembangkang sendiri yang menyedari mereka telah ditipu oleh Sang Pembohong Agung.

Anwar menipu pemimpin-pemimpin pembangkang, penyokong pembangkang,rakyat Malaysia, Jusuf Kalla,pembiaya-pembiaya asing,pelabur-pelabur antarabangsa malah keluarganya sendiri. Kini beliau tersepit dan terperangkap dalam permainan politik yang natijahnya tidak membawa apa-apa hasil bagi dirinya tetapi hanya berjaya membawa negara ke jurang kemusnahan.

Korang dah baca? Korang renung-renungkanlah di bulan Ramadhan nie...

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"