Jadi Geng OKC

Thursday, July 11, 2013

Husam mahu PAS kalah di Kuala Besut??


Satu ungkapan yang sememangnya bagi setengah orang memang tidak masuk akal. Namun hakikatnya itulah perkara yang sedang bermain di kepala beberapa orang Pas yang amat sayangkan kepimpinan ulamak.

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut oleh Dr. Hatta Ramli menimbulkan persoalan kepada penyokong Pas Terengganu. Siapa
Husam Musa di mata penyokong Pas Terengganu? Penyokong Pas Terengganu dipercayai amat sayangkan Ayak Chik, sedangkan umum mengetahui bahawa Husam Musa adalah salah seorang individu dalam “team Anwarinas”.

“Team Anwarinas” adalah team yang cuba mengliberalkan Pas sebagaimana Pas sekarang. Atau kenyataan yang lebih kasar sedikit ialah “team Anwarinas” adalah team dari kumpulan yang pro Anwar Ibrahim yang cuba untuk meng sekularkan  Pas.

Berbalik kepada tajuk Husam mahu PAS kalah di Kuala Besut pula ialah:

Kenapa Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut? Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut adalah kerana jika Pas menang maka kedudukan kerusi di Terengganu akan jadi 16:16. Sekiranya kerusi kedudukan sedemikian berkemungkinan Sultan Terengganu akan mengarahkan kerajaan perpaduan ditubuhkan antara BN dan PAS. 

Sumber daripada istana menyatakan Tuanku tidak akan mengarahkan PRN diadakan. Keadaan sebeginilah yang membimbangkan Husam. Ini adalah kerana sekiranya berlaku kerajaan perpaduan antara BN dan PAS di Terengganu maka kedudukan Pas di dalam pakatan akan retak dan mungkin akan terus berpecah.

Umum mengetahui kejayaan besar pakatan di mana-mana pilihanraya adalah bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan jentera Pas.

Sebab kedua mengapa Husam mahu Pas kalah di Kuala Besut ialah sekiranya Pas kalah maka populariti Ayah Chik akan terus merudum di dalam Pas. Kerana hari ini Pas Kelantan cuba mendominasi Pas Pusat kerana pas Kelantan sudah lebih 20 tahun mempertakan kerajaan Pas di Kelantan.

Perlantikan Husam sebagai pengarah adalah satu usaha untuk mencemarkan imej Pas Terengganu sekaligus menamatkan karier politik Ayah Chik.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"