Jadi Geng OKC

Thursday, July 18, 2013

Fitnah Pembangkang Umpama Campak Mata Kail Di Lombong - MBN9

KUALA BESUT, 18 Julai – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menyelar sikap pembangkang yang tetap menaburkan fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) ketika berkempen biarpun di dalam bulan suci Ramadan.
Menurut beliau, Pas sebagai sebuah parti Islam, sepatutnya lebih faham tentang kesucian Ramadan dan sepatutnya kepimpinan Pas tidak menabur fitnah dengan mengatakan sesuatu yang tidak benar dalam kempen mereka terhadap calon BN.
“Mereka kempen kepada rakyat dengan mendakwa, calon BN adalah orang luar dan bukannya anak tempatan di sini. Ini tidak betul. Calon BN, Tengku Zaihan sememangnya anak tempatan dan bukannya orang luar. Bukankah itu satu fitnah?
“Memang dia tidak menetap di sini sepanjang masa kerana dia belajar di luar. Maklumlah anak muda sekarang, merantau ke luar menuntut ilmu. Bukan macam dulu.  Jadi kadang-kadang pembangkang ini pun sesuka hati main cakap aja, macam orang mengail.
“Kalau orang  mengail, dia pakai campak aja mata kail di lombong. Tapi ada juga ikan yang termakan kail itu,” sindir beliau ketika ditemubual oleh UMNO-Online di sini hari ini.
Justeru itu, beliau meminta agar penduduk khususnya pengundi di DUN Kuala Besut agar tidak mempedulikan dakwaan atau tohmahan yang dilemparkan oleh kepimpinan Pas kerana perkara tersebut tidak benar.
“Saya yakin dan percaya, bahawa calon yang dipilih oleh BN untuk mewakili penduduk di DUN Kuala Besut ini boleh dikatakan lengkap dari sudut ilmu dan keperibadiannya. Berlatar belakangkan keluarga yang baik, mempunyai latar pendidikan yang cemerlang dan juga mewakili orang muda.
“Jadi boleh dikatakan calon ini mempunyai pakej yang lengkap, jadi tidak ada sebab untuk pengundi di Kuala Besut untuk menolak calon BN bagi mewakili aspirasi dan kehendak penduduk di sini,” ujarnya lagi.
Ini amat berbeza dengan calon parti pembangkang yang menurut beliau, telah membuat kenyataan baru-baru ini yang mahu mengupah orang lain untuk menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat seolah-olah beliau terpaksa untuk bertanding.
“Ini bukan kita buat-buat cerita, tetap dia sendiri membuat pengakuan ini di dalam sebuah klip video yang tersebar di internet. Calon Pas minta izin kepada pengundi, sekiranya dia menang, dia akan mengupah orang lain untuk berkhidmat kerana dia tidak mampu untuk tumpukan perhatian terhadap penduduk di sini kerana sibuk menguruskan perniagaannya.
“Kalau nak dibandingkan antara calon BN dan calon pembangkang, saya tak nampak la sekiranya rakyat di sini tidak dapat menilai calon mana yang lebih baik.
“Calon yang seolah-olah tak nak bertanding, dengan keegoannya berkata dia tak dapat tumpukan perhatian untuk berkhidmat kepada penduduk di sini dan akan upah orang lain, dengan calon yang sememangnya anak tempatan dan bersedia untuk berkhidmat dengan sepenuh hati untuk penduduk kampungnya sendiri,” ujarnya.
Lantaran itu, beliau berharap agar para pengundi di Kuala Besut dapat menilainya dengan penuh matang dan rasional demi untuk masa depan penduduk di sini.
“Saya yakin, penduduk dan pengundi di DUN Kuala Besut ini bijak untuk  menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca,”akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"