Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, July 26, 2013

FB Murtad?? SKMM Sila Ambil Tindakan!!


Ada facebook “Murtad” rupa-rupanya! Ianya berada di 
https://www.facebook.com/MurtadsInMalaysiaAndSingapore

Siapa yang tidak panas dan terguris membaca posting di dalam facebook ini yang menghina Islam dan penganutnya. Aku syak pemiliknya adalah rakyat Malaysia kerana beberapa postingnya di tulis dalam Bahasa Melayu. Antaranya:
Orang Islam sensitive... Hina Nabi bagaikan hina mak bapak dorang... padahal Nabi lebih disanjung tinggi dari mak bapak... Nabi kan hari hari kasi dorang makan, hantar mereka gi sekolah, jaga mereka waktu sakit.. Siapalah mereka kalau bukan tuk Nabi mereka... Patut ler kalau nak buat ranking kasih... Seseorang Muslim mesti mencintai Nabi Muhammad lebih dari mak bapak sendiri... 

Mereka yang ada anak pun sama.... kena cinta Nabi lebih dari anak sendiri... Maklum lah... kalau tak sayang Nabi... tak dapat masuk syurga... Pandai glam kan namanya....
Satu lagi posting menyebut:

Bace quran bertarannum tidak mampu menutup kepalsuan islam. Islam mencuri irama2 tarannum dari daerah2 yg ditaklukinya. Dari 7 taranum utama, 4 berasal dari lagu kafir Parsi iaitu tarannum Ajam, Jiharkah, Rasht dan Nahawand. Bahkan Rasht dan Nahawand ialah nama bandar di Iran. Manakala irama taranum Sikah dicuri oleh Islam dari irama geraja Koptik Mesir. Islam muka tak malu.
Banyak lagilah yang sekali lagi membuktikan penyalahgunaan hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat dalam Negara kita. Sekali lagi aku suka tegaskan bahawa kebebasan bersuara bukannya mutlak perlu ada batas dan sempadannya, jika tidak inilah malapetakanya.

Diharapkan pihak SKMM akan segera menyaisat dan mengambil tindakan.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"