Jadi Geng OKC

Thursday, July 18, 2013

Fatwa Sesat : PAS Itulah Islam, Hakikat : Islam diturunkan oleh Allah SWT


PAS adalah sebuah parti ajaran sesat.Umat Islam di negara kita yang berfikiran waras seharusnya telah sedar akan hakikat ini.  Dalam masa beberapa tahun yang lepas telah banyak bukti yang dapat dikumpulkan untuk kita tahu betapa sesatnya agenda dan pembawaan PAS yang bermotifkan politik. Mereka sanggup mempergunakan Islam demi mencapai matlamat mereka yang cukup rakus ke Putra Jaya.

Tambahan pula Pondok Minda, yang merupakan gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan telah mengulangi bahawa Pas adalah sebuah parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib ditolak. Ini telah disahkan oleh Penasihat Pondok Minda yang juga pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tok Guru Abdullah Sa’amah.


Kesombongan, ketakburan dan keangkuhan Nik Aziz dengan fatwa-fatwanya yang syirik dan menyesatkan telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang sesat. Kenyataan Nik Aziz yang menyesatkan apabila beliau telah mendakwa bahawa Pas itulah Islam sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW.

Keputusan bahawa PAS itu sesat berdasarkan kepada hasil rumusan setelah merujuk kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam. Tambahan pula perbuatan PAS mengkafirkan UMNO dan penentang Pas, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme merupakan kesalahan cukup besar mereka.

PAS bukan sahaja sesat malahan mereka juga sebuah parti yang berhaluan melampau. Apabila kebenaran telah dibongkar maka rakyat mula sedar akan kesesatan mereka maka mereka telah bertindak ekstrem dengan istiharkan menghalalkan darah para ustaz yang mendedahkan kesesatan mereka.

Beberapa orang ustaz termasuk  Ustaz Rujhan Abdul Rahman menjadi sasaran puak pelampau PAS ini. Ini adalah kerana mereka ini mendedahkan kesesatan ungkapan “PAS itu Islam, Islam itu PAS” sedangkan Islam adalah milik Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk umat Islam. Manakala PAS hanya merupakan parti politik yang mempergunakan Islam.

Oleh itu Ustaz Rujihan bersama Ustaz Saidi Hussain sentiasa memakai jaket kalis peluru bagi menjamin keselamatan mereka. Tambahan pula Ustaz Rujihan juga telah di halau dari rumah yang beliau telah sewa dari penyokong PAS selama 13 tahun.

Bukan itu sahaja yang PAS lakukan. Mereka tergamak mengugut Ustaz Rujihan dengan menghantar bungkusan berisi pisau cukur dan gambar lidah yang di potong.

Dalam salah satu klip video juga ada memaparkan bahawa Nik Aziz telah berkata bahawa PAS sanggup bekerjasama walaupun dengan syaitan untuk menentang UMNO.

Tambahan pula anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh juga berkata bahawa “Allah yang menyuruh mereka merampas Putrajaya dari Barisan Nasional.”Sesungguhnya PAS telah terlalu sesat dari jalan kebenaran. Rakyat harus dan wajib sedar akan hakikat ini.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"