Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, July 5, 2013

DAP SELAMANYA SURVIVAL DALAM POLITIK MELALUI SENTIMEN PERKAUMAN & RASIS !!

DAP sememang daripada dulu lagi suka memainkan sentimen politik  yang boleh mencetuskan semangat perkauman antara kaum, demikian kata Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharum berhubung isu menutup bazar Ramadan berdasarkan kenyataan salah seorang kepimpinan DAP baru-baru ini.
Menurut beliau, DAP memang tidak pernah serik untuk memainkan isu-isu perkauman sebegini kerana terlampau mengikut nafsu kiasu politik mereka tanpa mempedulikan akibatnya pada hari yang mendatang.
“Sebagai contoh hari ini kita lihat isu Jonker Walk yang cuba dijadikan isu perkauman oleh pihak pembangkang, khususnya DAP,  di mana isu Jonker Walk itu sebenarnya tidak ada kena mengena pun dengan agama, bangsa  dan sebagainya.
“Bagi saya, kerajaan Melaka mungkin ada alasan dan asasnya dalam isu Jonker Walk ini. Hari ini, kita tahu bahawa Melaka mempunyai ketua Menteri yang baru. Mungkin ada pembaharuan dari pelbagai sudut atau dasar kerajaan negeri dan mungkin juga ada perancangan kerajaan Melaka mengenai kawasan tersebut.” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, keputusan kerajaan negeri itu sepatutnya dihormati kerana apa jua keputusan kerajaan adalah untuk kebaikan rakyat di negeri itu. Jika ada pihak yang tidak puas hati, mereka boleh berjumpa dengan kerajaan negeri untuk meminta penjelasan.
“Malah, wakil DAP sendiri boleh pergi berjumpa dengan wakil kerajaan negeri tanpa ada halangan. Jadi mengapa pembangkang dan DAP mahu mempolitikkan isu ini sehingga menjadi isu perkauman yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat di negara ini.
“Tambahan pula, isu ini berlarut sehingga mengheret umat Islam apabila salah seorang kepimpinan DAP membuat cadangan untuk menutup pasar Ramadhan kerana menimbulkan kesesakan, yang dianggap sebagai tindak balas terhadap isu penutupan Jonker Walk itu.
“Kenyataan seperti ini saya rasa boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam apatah lagi kini umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta agar kepimpinan DAP menjadi lebih matang dalam melihat dan menilai sesuatu isu yang berlaku dan jangan mempolitikkan isu untuk dijadikan alasan untuk menimbulkan sentimen perkauman.
“Jadi saya kira hari ini DAP perlu berhenti mempolitikkan isu ini dan juga lain-lain isu yang akan datang dengan  memutar belitkan kenyataan sehingga ia menjadi satu polemik  isu perkauman di antara kaum.
“DAP juga perlu berhenti membuat kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan sebagainya kerana akan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat dan ia tidak baik untuk pertumbuhan dan perkembangan negara,” akhiri beliau. 

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"