Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, July 23, 2013

Apa Kata Kalau Mukhriz dan Khairy Tanding Naib Presiden Umno??

PRESIDEN UMNO
Sehingga ke saat ini, DS Najib dijangka akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Saya tidak hendak menulis panjang hal ini kerana saya sudah mengulasnya sebelum ini iaitu UMNO akan mengalami malapetaka besar jika jawatan Presiden UMNO dipertandingkan. Di sinihttp://merdeka-online.com/home/malapetaka-tanding-presiden-khairy-jamaludin-kuala-besut/ 

Nampaknya ada yang memiliki pandangan lain melalui komentar di dalam blog inihttp://www.al-azharrisiddiq.com/2013/07/malapetaka-tanding-presiden-khairy.html.

Oleh kerana itulah, saya melihat kedua-dua mantan Presiden iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyarankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. 

Saya yakin DS Anwar turut memberi fokus dalam pemilihan UMNO kali ini, kerana sebarang keputusan luar jangka turut memberi kesan kepada masa depannya dalam politik Malaysia. Saya melihat politik DS Anwar pun semakin 'lembut', satu 'clue' kepada kepimpinan UMNO yang lain dan Pakatan Rakyat.  Soal Pakatan Rakyat berkubur itu soal kedua.

Apabila Tun Dr. Mahathir dikeluarkan dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj, kemudian dibawa masuk semula oleh Tun Abd. Razak malahan diberi gambaran Tun Dr. Mahathir terbang sebagai "spiderman" yang menyelamatkan UMNO dan orang Melayu!

Selepas 40 tahun peristiwa itu, siapakah pula yang akan memegang watak Tun Razak dan watak Tun Dr. Mahathir sekarang ini?.

Saya masih yakin, sebagaimana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lain, DS Najib juga mahu menjadi Perdana Menteri yang paling baik kepada agamanya, bangsa dan negaranya. Semua itu sejarah yang akan menghukumnya.

TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Manakala, setakat ini, TS Muhyidin Yassin yang sedang memberi fokus di Kuala Besut masih belum bercakap secara jelas tentang kedudukannya sama ada kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO atau mempunyai hajat yang lain. 

Hanya terdapat pandangan mantan seorang ketua pengarang akhbar perdana bahawa,Muhyiddin pula dikatakan tidak berminat mencabar DS Najib kerana sudah penat dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua Perdana Menteri. (TSAKJ).

Apabila ketiga-tiga Naib Presiden menyatakan kesediaan mempertahankan jawatan Naib Presiden mereka, bermakna desas-desus salah seorang Naib Presiden untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak akan berlaku, sekurang-kurangnya hari ini. 

Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO ini, bacaan saya agak lain sedikit, saya fikir seseorang yang amat berminat masih berada di dalam kotak gear 1, dan sedang berhenti rehat di kotak N. Saya melihat, bila-bila masa dia boleh bermula di kotak gear D3 dan D, nasib baiklah kenderaannya dwi-fungsi yakni auto dan manual.

TS Muhyidin Yassin telah menunjukkan jati dirinya dan jati diri politiknya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Kehebatannya tidak ubah seperti allahyarham Tun Dr. Ismail. Perkara ini amat mengkagumkan.

NAIB PRESIDEN UMNO
Manakala, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussien dan DS Shafie Apdal menyatakan keinginan mereka mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam hal ini, saya fikir beberapa nama lain patut mencuba nasib mereka supaya UMNO itu dilihat demokratik sedikit. Saya melihat beberapa nama yang patut menawarkan diri mereka seperti Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan DSP Musa Aman.

Ahli-ahli UMNO mesti memikirkan 5 dan 10 tahun akan datang jika mahu memilih pemimpin UMNO kerana kepimpinan dalam UMNO akan mengemudi kepimpinan negara. Lainlah kalau UMNO ketandusan pemimpin, barangkali rakyat akan berpindah kepada parti lain.

Sebelum ini, Kemenangan Datuk Mukhriz dan seterusnya mengambil semula negeri Kedah dengan kemenangan bergaya merupakan kekuatan dalaman, kekuatan sejarah dan kekuatan masa depan. Beliau patut mencuba jawatan Naib Presiden UMNO. UMNO tidak akan pecah jika hanya berlaku pertandingan di peringkat Naib Presiden UMNO!

DSP Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah yang berjaya memenangi 100% (kecuali satu penggal 99%), kejayaan UMNO dalam Pilihanraya Negeri sejak beliau berkuasa di Sabah pada tahun 2002. Tidak ada satu calon UMNO yang tewas semasa beliau menjadi Pengerusi UMNO negeri Sabah kecuali seorang sahaja pada PRU11.

Dari sudut pentadbiran pula, beliau berjaya "mengkayakan' semula negeri Sabah dengan simpanan melebihi RM3Billion aset tunai negeri Sabah (2010), dan memenangi Pengurusan Kewangan Negeri Terbaik seluruh Malaysia mengalahkan Selangor (2012). 

Saya fikir, untuk kebaikan UMNO, bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO dengan jumlah calon yang ramai tidak akan merugikan UMNO. Dahulu, apabila TS Syed Hamid Albar tewas, beliau tetapi dilantik sebagai Menteri Penuh.

Sejarah politik Pak Lah ketika lama berada di dalam Naib Presiden patut menjadi contoh kepada sesiapa yang berhajat besar.


KETUA PEMUDA UMNO
YB Khairy Jamaludin menyatakan sikap terbukanya dengan merelakan sesiapa sahaja yang hendak melawannya, namun Timbalannya YB Datuk Razali Ibrahim mengambil sikap 'sporting' dengan turut memecah kebisuan dengan tidak bertanding jawapan Ketua Pemuda UMNO. Saya melihat tindakan YB Datuk Razali Ibrahim itu tepat, sesuai dan tidak merugikan dirinya.

Saya melihat belum tampak sesiapa di kalangan Pemuda UMNO yang boleh menyaingi kekuatan YB Khairy dari sudut kepimpinan, politik dan khususnya kewangan. Sebab itulah YB Khairy mampu "demand' untuk mendapatkan jawatan di peringkat Kabinet dengan kata-kata "bersedia membantu Perdana Menteri" selepas kemenangan besarnya dalam PRU13. Dan ternyata hajat beliau tercapai dengan kedudukannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Saya melihat Pemuda UMNO agak ketandusan kepimpinan yang berkaliber selain daripada YB Khairy, YAB Datuk Mukhriz, YB Datuk Razali Ibrahim, YB Datuk Abd. Rahman Dahlan dan YB Datuk Reezal Naina. Kesemua mereka berjaya di bawah Pemuda UMNO.

Saya berfikir, kenapa YB Khairy tidak hendak bertanding di peringkat Naib Presiden? Masa dan keadaan sedang memihak kepadanya sekarang!

Mungkinkah Kemenangan Calon Muda di Besut salah satu orangnya? Maka, seluruh pengundi di Kuala Besut, menangkanlah Calon BN anda itu!

KETUA WANITA UMNO
Di pihak Wanita UMNO, Datuk Azalina sudah menyatakan secara terbuka untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Wanita. Dalam hal ini Datuk Shahrizat Abd. Jalil mengambil sikap agak berat, namun tidak menghalang sesiapa sahaja untuk melawannya.

Beberapa isu yang melanda Datuk Shahrizat sebelum ini memberi ruang kepada ahli-ahli Wanita untuk berfikir dengan lebih mendalam. Satu perkara yang orang tidak akan lupa ialah, semasa Datuk Azalina menjawat Ketua Puteri UMNO, pergerakan Puteri sangat terkedepan dalam membantu kekuatan UMNO.

KETUA PUTERI UMNO
Baru-baru ini pula, Ketua Puteri YB Datuk Rosnah Shirlin mengambil keputusan tidak bertanding atas faktor umur. Maknanya, jawatan tersebut sangat terbuka sekarang.

Amatlah bagus kepada parti UMNO jika di peringkat Puteri akan ramai bertanding untuk menunjukkan semangat Puteri, kekuatan Puteri dan melahirkan pemimpin pelapis. Bagi saya, tidak mengapa jika 10 orang bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO, jika ada yang mahu menawarkan diri.

Ketika kita sedang lena diulit mimpi masa depan, DAP sudah bersedia untuk memerintah Sarawak. Baca lanjut di sini http://www.malaysiakini.com/news/236365

Apa pun yang sedang berlegar, kemenangan BN di Kuala Besut amat teruja ditunggu oleh semua pihak!

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"