Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, June 19, 2013

Orang Umno Cakap, Kegagalan Najib Punca Undi Cina Merosot?


Ada kalanya saya sendiri pun tak faham apa lagi yang Umno salah ? PRU dah lepas dah. Tapi suara-suara menyalahkan parti dan kepimpinan UMNO masih lagi kedengaran. Orang tu salah orang ini, orang ini salahkan orang itu. Apa yang hairannya, yang bercakap tu orang UMNO sendiri.

Umno berjaya mendapat sokongan melayu, Umno berjaya menambah kerusi dan menang 73 % kerusi parlimen yang dipertandingkan, tiada satu negeri pun yang hilang, berjaya ambil balik Kedah dan Perak. Jadi dimana lagi kegagalan Umno ? 

MCA, Gerakan dan SUPP yang kalah teruk-seteruknya tidak pula bunyi mulut menyalahkan Najib. Sebaliknya Umno sebagai parti yang menang besar dan selesa pula yang sibuk bunyi mulut salahkan presiden mereka sendiri. Pelik kan ???

Masalah utama dalam PRU 13, bukan masalah calon, bukan masalah sabotaj, dan bukan kesilapan Najib. Faktor utama kerana cina nak rampas hak melayu hasil dari dorongan PKR dan PAS. Itu yang utama. Faktor-faktor lain hanyalah faktor sampingan yang boleh diatasi.

PKR dan PAS janji mereka nak bagi apa keistimewaan yang melayu dapat kepada cina. Manakala Umno yang diterajui Najib dan Muhyiddin tidak boleh bagi. Jadi cina terpaksalah pergi sebelah sana. Jika kita jadi cina pun saya yakin kita akan pergi sebelah sana. Kalau Najib boleh bagi kesamarataan seperti mana yang dijanjikan PKR dan PAS, confirm BN akan menang 2/3 tempohari. Itu jam semua akan puji Najib bagus. Tapi apa maknanya kalau menang sorak kampung tergadai ? 

Sebab itu saya tidak berapa kecewa dengan keputusan PRU 13. Sebab saya dah tahu ianya bukan sesuatu mudah. Dapat menang pun dah cukup bersyukur. Dalam dunia hari ini sudah hampir tiada parti politik yang boleh bertahan 60 tahun seperti BN.  

Saya tidak nafikan selama ini PM banyak memberi bantuan kepada cina dalam usaha untuk mendapatkan sokongan mereka. Tetapi bantuan yang diberikan tidak mengorbankan dasar-dasar utama yang menjadi teras perjuangan Umno selama ini. Umno bukannya seperti Pas yang sanggup korbankan dasar parti sendiri, menubuhkan negara islam dan menggugurkan perjuangan hudud semata-mata hendak dapatkan undi cina. Alhamdullilah....walaupun kita bukan parti islam tetapi iman kita masih kuat dan kita teguh dengan pendirian. 

Cuma selepas ini kita nak minta Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin lebih utamakan kaum bumiputra   dan kaum india kerana mereka yang menjadi tiang seri BN dalam PRU 13. Cina sudah tak mahu BN , maka keutamaan kepada mereka harus diletak di tempat ke sembilan atau ke sepuluh. Sebelum ini kita dah bagi, kita dah tolong dan kita dah usaha. Tapi oleh kerana mereka tolak juga maka mereka tidak perlu diutamakan. 

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"