Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, June 28, 2013

Nurul Izzah Tuntut ‘SPR Baru’ Kendalikan PRK Kuala Besut

Entah apa gilanya, Nurul Izzah yang hanya menang tipis di Lembah Pantai dan sedang berhadapan dengan petisyen memandangkan kemenangannya pada saat-saat akhir, kelihatan terlalu ‘meragukan’, anak perempuan Anwar Ibrahim itu kembali melalak tentang ‘penipuan SPR’ yang dia dan gerombolan termasuklah bapanya sendiri, gagal buktikan.
Seluruh angkatan Pakatan Rakyat, termasuklah di kalangan pecacai mereka sendiri, sekadar berani menyatakan bahawa ada penipuan yang berlaku tetapi mereka tidak dapat membuktikannya. Mereka menyebarkan pandangan mereka itu secara meluas dan tanpa mempedulikan rasional daripada tuduhan yang mereka lemparkan.
Namun memandangkan mereka tidak punya harga diri dan tidak langsung berasa malu, tuduhan tersebut terus dibesar-besarkan tanpa perlu disokong oleh mana-mana hujah atau bukti yang lebih meyakinkan.
Pilihanraya Kecil Kuala Besut nampaknya merupakan pilihanraya kecil pertama pasca PRU13. Dengan kedudukan kerusi yang agak seimbang antara Barisan Nasional dan PAS di Terengganu, kerusi DUN Kuala Besut akan menjadi pertarungan yang lebih sengit dan penuh dengan drama.
Nurul Izzah Anwar Ibrahim sudah pun memulakan drama pertama. Dia yang memang terkenal sebagai drama-queen, mengambil kesempatan untuk memperlekehkan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah menguruskan kesemua pilihanraya di Malaysia dan memberikan peluang kepadanya untuk bergelar Ahli Parlimen semenjak dari tahun 2008 lagi.
Malah Suruhanjaya Pilihanraya yang sama jugalah yang telah menguruskan kerjaya bapanya selaku Ahli Parlimen semenjak tahun 1982 sehingga kini menerusi pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Sepanjang kemenangan Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen, tidak pernah pula kedengaran SPR menipu!
Pada PRU13, Pakatan Rakyat cuba mempopularkan isu 40,000 rakyat Bangladesh yang kononnya telah didatangkan ke Malaysia menerusi pesawat-pesawat khas sebagai pengundi untuk Barisan Nasional. Begitu juga dengan isu blackout selain isu dakwat kekal. Beberapa isu lain termasuklah isu pengundi hantu, turut ditimbulkan.
Untuk menunjukkan kononnya memang wujud pengundi hantu, samseng-samseng Pakatan Rakyat yang terdiri daripada mereka yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik dan fasih, keluar awal dan memantau, sebelum ‘menangkap’, menghalang dan menghalau sesiapa sahaja yang mereka fikirkan sebagai pengundi hantu dari Asia Selatan walaupun hakikatnya pada pagi 5 Mei 2013, yang lebih ramai adalah mereka yang bermata sepet, tidak boleh berbahasa Melayu dan menimbulkan kesangsian berhubung jumlah anak yang terdapat dalam keluarga mereka berbanding jumlah yang keluar mengundi.
Apa yang mereka lakukan gagal sama sekali. Sebaliknya rakyat Malaysia melihat mereka sebagai golongan terdesak untuk merampas kuasa politik daripada Melayu-Bumiputera memandangkan isu sebenar yang ditimbulkan iaitu pengundi hantu lebih menjurus ke arah jumlah menakjubkan chinabeng yang keluar mengundi pada pagi 5 Mei 2013.
Barangkali menyedari jumlah chinabeng menjadi persoalan dan pertanyaan, justeru sebelum adanya desakan agar pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan, isu blackout ditimbulkan. Kononnya, banyak pusat pengundi bergelap kerana tiba-tiba sahaja bekalan elektrik diputuskan, disokong dengan video buatan sendiri serta gambar-gambar yang kemudiannya mereka sendiri terpaksa mengakuinya bahawa ia telah dirakamkan dan dilakonkan lebih awal.
Akhirnya yang dipertikaikan sehinggalah ke dalam Dewan Rakyat hanyalah DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL. Pun begitu, pertikaian tersebut tidak pula disokong oleh bukti dan penemuan bahawa wujudnya pengundi lebih dari sekali akibat penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal.
Apakah yang dimaksudkan oleh Nurul Izzah sebagai ‘SPR BARU’? Adakah ‘SPR BARU’ yang dimaksudkannya itu merupakan Suruhanjaya Pilihanraya yang berpihak kepada Pakatan Rakyat?
Tentu anda sudah terbaca dan mengetahui tentang sembang besar Pakatan Rakyat bahawa sekiranya SPR berlaku adil, maka kemenangan Pakatan Rakyat bukan hanya 89 kerusi Parlimen, bahkan lebih daripada itu?
Adakah hanya dengan kemenangan Pakatan Rakyat walau apa cara sekalipun, baru dinamakan sebagai pilihanraya yang adil?
Anda sendiri boleh menjawabnya!

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"