Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Saturday, June 29, 2013

Karpal, Tak Payahlah Nak 'Cover' Anwar!

Apa halnya pulak Jusuf perlu mintak maaf dengan al-juburi itu? Biarpun Jusuf orang luar tapi demi bangsa serumpun, beliau bertindak dengan betul untuk kesejahteraan rakyat di Negara ini.

Pendedahan Jusuf Kalla kini membuatkan ramai pimpinan Pakatan Haram Rakyat itu panas buntut. Antaranya pemimpin OKU, Karpal Singh yang berpendapat kenyataan dan pembongkaran jahat Anwar boleh menjatuhkan dan membahayakan kedudukan Pakatan.

Eden tau, Karpal bertindak demikian kerana bimbang pendedahan ini akan merugikan dan memmbantutkan segala usaha jahat beliau dan rakan dalam menguasai tampuk pemerintahan Negara.

Sudah-sudahlah, yang benar tetap benar. Yang jahat tetap mendapat balasan setimpalnya. Antara Rasis, Islam olok-olok dan impian Perdana Menteri pastinya karam bersama nakhoda Pakatan yang kian tenggelam dek manusia yang menjadi rakan sekutu Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

"Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya.


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"