Jadi Geng OKC

Friday, May 10, 2013

BN N.Sembilan Teruskan Dasar Sasari Kejayaan




Pilihan Raya Umum ke 13 telahpun melabuhkan tirainya dengan kemenangan yang memihak kepada Parti Barisan Nasional, seterusnya melayakkan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan di Malaysia ini.

Arakian, dengan kewibawaan itu jua menjadikan inspirasi baru buat kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan dalam memperkukuhkan jentera penggerak bagi memastikan setiap janji yang merangkumi manifestonya dapat diterjemahkan melalui usaha dan gerak kerja yang stabil selaras dengan matlamat kerajaan menjadikan N.Sembilan sebuah negeri yang maju dan berdestinasi.

Justeru,  Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan pastinya melancarkan sisipan Akujanji 'Satu Kejayaan Satu Penghargaan Janji Ditepati' yang mengandungi 45 janji yang akan dilaksanakan sebaik mungkin setelah rakyat memberi mandat sekali lagi untuk BN mentadbir negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Akujanji yang telah dilancarkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di negeri ini memberi kesimpulan penuh usaha kerajaan mendahulukan dan
mensejahterakan rakyat. Dalam hal ini, kerajaan BN N.Sembilan juga berjanji untuk mencapai sifar miskin tegar, menambah bilangan rumah mampu milik untuk rakyat, menyediakan lebih banyak projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), menyebar luas perkhidmatan Wifi percuma, menambah baik kemudahan jalan raya dan menyiapkan pembinaan Hospital Rembau yang serba moden.

Mengimbau kejayaan demi kejayaan yang dicapai N.Sembilan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini turut menampakkan kejituan pimpinan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Hj. Mohamad Hj. Hasan dalam memacu N.Sembilan sebagai sebuah negeri yang berdaya saing dan berpotensi tinggi dalam pelbagai insdustri.

Seperti contoh, dibawah kepimpinan beliau, wujudnya satu dasar yang berjaya menginjak taraf hidup rakyat di negeri ini dalam menyasarkan matlamat wawasan 2020, merupakan satu anjakan hebat buat rakyat seterusnya bersa lebih yakin dengan kewibawaan Menteri Besar dalam memartabatkan bangsa, agama dan kesaksamaan di negeri pepatih ini.

Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) yang dibuat sebelum ini telah mengubah persepsi masyarakat akan pentingnya transformasi dalam kehidupan. Pelbagai pelan kerajaan N.Sembilan telah dijalankan turut membuktikan keampuhan Barisan Nasional dalam mentadbir-urus sesebuah negeri.
Melalui DJKS juga, kerajaan N.Sembilan telah berjaya membasmi kemiskinan, mengurangkan pengangguran, menambah-baik infrastruktur dan kemudahan awam serta menaik taraf pusat-pusat ilmu sejajar dengan kehendak dasar itu sendiri.
Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang dilaksanakan kerajaan Negeri Sembilan bagi menangani isu miskin tegar banyak memberi tumpuan kepada seluruh warga tanpa mengira bangsa mahupun agama.
YAB Dato’ Seri Mohamad Hasan turut berkata bagi dasar jaringan fasa kedua yang akan dijalankan selepas ini turut menumpukan perhatian dalam membasmi kemiskinan tegar di kalangan Orang Asli sekaligus membuka ruang sosio-ekonomi mereka.


Kejayaan kerajaan negeri dalam perlaksanaan dasar ini sejak 2006 memberi impak positif kepada banyak pihak. Di Negeri Sembilan kini terdapat lebih 5,000 isi rumah kaum Orang Asli di mana perancangan seterusnya ialah untuk memberi 2.4 hektar tanah bagi setiap ketua isi rumah bagi membolehkan perlaksanaan ladang seperti mana yang dilakukan oleh Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abd Razak dahulu kepada masyarakat Felda.

Bagi meneruskan kejayaan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial pula, BN negeri berjanji untuk menyelesaikan pewartaan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan dan berusaha untuk mempertingkat taraf ekonomi Orang Asli.

Sementara itu, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial Fasa II yang akan dilaksanakan turut menumpukan kepada sektor tanah perladangan yang akan diusahakan secara komersial oleh agensi yang dilantik kerajaan dan setiap peserta akan mendapat dividen tahunan atau pembayaran tiga bulan sekali.
DKJS juga turut merangkumi jaringan pelajaran dan ilmu di negeri ini menerusi Dasar Lembah Ilmu dalam memartabatkan anak-anak N.Sembilan yang bakal menjunjung kedaulatan dan kesejahteraan negara di masa hadapan. Justeru, untuk memastikan Dasar Lembah Ilmu yang diperkenalkan kerajaan negeri sebelum ini terus berjaya, Barisan Nasional N.Sembilan telah menggariskan aku janji untuk memberi insentif kepada anak negeri yang mendapat kelulusan kelas pertama di institusi pengajian tinggi.

Insentif galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) dan menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh turut akan dilaksana di bawah dasar itu.

Turut digariskan dalam Akujanji itu adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan warga bandar dengan mengisytiharkan Seremban sebagai sebuah bandar raya, menaik taraf beberapa majlis daerah kepada majlis perbandaran dan menambah bilangan parkir bagi keselesaan warga Seremban.
Tumpuan juga turut diberikan terhadap memperkukuh syiar Islam dan keharmonian antara agama serta memperkasa skim rondaan sukarela dan kepolisan rakyat.

BN negeri juga berjanji menguruskan perkhidmatan dengan cekap dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah serta menarik lebih banyak pelaburan untuk mewujudkan peluang pekerjaan.
Justeru, setelah mandat yang diberi melalui sistem demokrasi yang telus dan adil, bakal direalisasikan oleh kerajaan N.Sembilan khususnya bagi menempa kejayaan dan kemajuan demi kesejahteraan rakyat N.Sembilan.
Bersamalah kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memberikan kerjasama yang jitu dalam mengukuhkan perpaduan dan kesejahteraan selaras dengan reaksi untuk mencapai wawasan sebuah negara maju dan disegani.


No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"