Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Saturday, April 13, 2013

Hilang Jempol..NS di tawan????


Tiada yang mustahil dalam dunia politik...

Parlimen Jempol

Menurut perkhabaran yang didengar dari Jempol, Timbalan Ketua Bahagian Umno Jempol iaitu Haji Mohd Salim Mohd Sharif (gambar kiri) dikatakan telah 'memberi isyarat' kepada Ahli Parlimen Jempol, Dato Lilah Yasin bahawa beliau ingin bertanding sebagai calon parlimen kali ini. Mengikut sumber, Haji Salim dikatakan menjadi penaja kewangan kepada Lilah Yasin semasa PRU 2008 lalu. Isyarat yang disampaikan itu dikisahkan sangat keras sehingga berlaku perselisihan antara Lilah dan timbalan ketuanya itu.

Lebih menarik, Ketua Penerangan Perkasa-Ruslan Kassim juga dikatakan berminat untuk bertanding di Jempol. Namun setakat ini belum ada pengesahan muktahir daripada perkhabaran ini. Walaupun kawasan gugusan Felda meliputi 60 peratus Parlimen Jempol, namun gerakan politik PR yang rancak bertumpu di kawasan-kawasan Felda begitu mengugat keberadaan Umno. Sudah pasti masyarakat Cina dan India lebih 60 peratus akan memihak kepada PR sebagaimana yang berlaku di dun Bahau dan Jeram Padang. 

P127 Jempol
Pengaruh MCA di Bahau telah ditolak oleh majoriti masyarakat Cina dan keadaan itu akan menjatuhkan perolehan undi Umno di peringkat parlimen. Begitu juga di Jeram Padang, rata-rata sekitar 63 peratus pemilih India telah menolak MIC, namun undi daripada pemilih felda yang menyelamatkan calon MIC pada PRU 2008 lalu. Dua dun ini dijangka menjadi penyumbang besar undi kepada calon PR pada pilihanraya umum akan datang. Malah pihak Keadilan sendiri berkeyakinan tinggi memenangi Jeram Padang. Situasi tersebut bakal mengugat kelesaan Umno untuk menang dengan majoriti besar peringkat parlimen selepas ini.

Umno akan bergantung sepenuhnya pada undi-undi dari kawasan Felda di Serting dan Palong. Kawasan-kawasan Felda ini telah memberi undi yang besar kepada kemenangan Umno di peringkat parlimen sekitar 68-73 peratus. Atas faktor inilah pihak BN bersungguh-sungguh 'mencantas' gerakan-gerakan politik PR yang dijalankan di kedua-dua kawasan secara pantas. Kehadiran kerap beberapa pimpinan utama PR hadir ke program-program seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Mat Sabu yang dianggap sebagai 'gergasi PR' agak mengusarkan Umno sehinggakan MB Negeri Sembilan Mohamad Hasan terpaksa turun padang untuk membuat 'sentuhan semula' kepada kawasan-kawasan yang dijelajahi oleh para 'gergasi PR' itu.

Justeru, biar siapa saja yang dicalonkan bagi menjadi wakil kepada suara rakyat Jempol ini, kata sepakat harus dibulatkan dengan jitu agar tidak kecundang dari kelompok yang mengamalkan nepotisme, sekularisme yang bakal menghancurkan negar khususnya kita anak-anak Jempol..Beringatlah sewaspadanya....

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"