Jadi Geng OKC

Wednesday, April 24, 2013

Calon BN Parlimen Jempol pilihan rakyat



DATO SERI UTAMA TAN SRI MOHAMAD ISA ABDUL SAMAD

SENTIASA BERSAMA RAKYAT......

Beliau yang telah lama berkecimpung di dalam bidang politik sejak tahun 1970an. Beliau adalah seorang yang begitu prihatin dan peka terhadap perkembangan pendidikan anak-anak berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang guru pada tahun 1960 an. Perwatakan beliau yang mudah mesra dan tenang adalah di antara kelebihan yang ada pada diri beliau yang disenangi oleh semua golongan masyarakat.

Selama beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, belaiu telah berjaya membangunkan Negeri Sembilan dengan begitu dinamik termasuklah membawa pelabur asing masuk demi pembangunan Negeri Sembilan. Banyak membantu rakyat miskin tidak mengira agama dan bangsa. Membaik pulih sekolah-sekolah dan jalanraya di kampung-kampung dan felda.

Kecemerlangannya memang tidak dapat dinafikan bukan sahaja di dalam pembangunan insfrastruktur tetapi pembinaan modal insan di kalangan muda mudi di Negeri Sembilan juga menjadi keutammannya.

Walaupun di dalam jangkamasa yang singkat apabila beliau telah diberi kepercayaan untuk mendokong jawatan sebagai Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan, beliau telah meluluskan pelan struktur Kuala Lumpur dengan visi menjadikan Kuala Lumpur World Class City. Dalam pentadbiran beliau, beliau mengamalkan pentadbiran mesra rakyat. Banyak membantu dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya bumiputera agar berdaya saing mengejar kemajuan. Beliau juga banyak memantau dan meneruskan projek-projek yang terbengkalai.

Beliau sentiasa memikirkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat yang memerlukan pembelaan. ini adalah di antara bidang kerjaya yang beliau usahakan setiap masa.

BIODATA

PROFIL
Nama: Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Tempat Lahir- Sungai Udang Melaka
Tarikh Lahir : 14 November 1949
Isteri: Bibi Sharliza Mohd Khalid (Berkahwin 2011)

PENDIDIKAN
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya dan Diploma Pendidikan
( 1968)

PENGALAMAN KERJA
Guru Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban (1969)
Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) (1978-1982)
Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)

PENGALAMAN POLITIK

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan (1978)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO (hingga 2000)
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
Naib Presiden UMNO (2004)
Ahli Parlimen Jempol (2004)
ADUN Bagan Pinang (2009)

PILIHAN RAYA
 
Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi ( 1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004) serta penyandang DUN Bagan Pinang (2009 - 2013)

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Dato Seri Utama Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad yang kini diberi kepercayaan penduduk Jempol berhak diberi mandat pada PRU-13 kerana kredibilti beliau sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"