Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Wednesday, March 27, 2013

Sekadar Berpesan

Aku tak pandai berpolitik tapi aku nak gak share something yg aku rasa yang aku agak yang aku fikir.....it's all about ANWAR IBRAHIM

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu. Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

Adalah tidak mustahil gambar ini disebarkan oleh kumpulan Anwar sendiri bagi mengalih isu dan menagih simpati. Malah tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi akan muncul individu yang menyerupai Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliaulah lelaki dalam gambar dan video tersebut. Anwar bukanlah begitu bodoh. Tidak mustahil dalam tempoh setahun yang lalu beliau telah membayar seseorang untuk membuat pembedahan plastik membentuk semula wajah seiras dengan beliau.

Malahan dengan membesarkan isu ini, mungkinkah Anwar mencipta jalan dan skrip untuk mengadakan sumpah laknat selepas Parlimen dibubarkan. Sumpah laknat tidak akan menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Malahan menurut para ulama ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum nampak jelas kesannya. Jika Anwar memilih untuk bersumpah selepas Parlimen dibubarkan ia sekadar untuk mengelirukan rakyat.

Kita perlu ingat Anwar telah diminta bersumpah sejak beberapa tahun lalu tapi beliau enggan melakukan. Jika beliau melakukan selepas pembubaran Parlimen itu bermakna beliau berbuat untuk kepentingan politik bukannya untuk kebenaran.

Pilihan raya adalah soal memilih parti yang mampu membentuk kerajaan yang baik dan stabil untuk masa depan rakyat dan negara ini. Barisan Nasional telah terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik. Daripada sebuah negara yang miskin, bekas tanah jajahan beberapa penjajah, dihurungi ancaman komunis, pergaduhan antara kaum dan ekstremis agama, Barisan Nasional menukar lanskap perpecaham kaum, mundur, buta huruf kepada masyarakat yang bersatu, ekonomi yang membangun dengan pantas dan menghampiri zon sifar buta huruf.

Daripada sebuah negeri terbaik, tersusun dan ditadbir secara cekap sebelum 2008, kini negeri termaju Selangor berada dalam keadaan membimbangkan dan merudum dengan cepat. Jalan berlubang merata-rata, sistem pengurusan sampah kembali seperti awal 90-an, pasir di lombong sesuka hati tanpa kawalan, setinggan sedang menampakkan diri kembali, rumah kos rendah langsung tidak dibina, krisis air dan elektrik menunggu masa untuk berlaku.

Rakyat juga sudah melihat dan mengetahui kepincangan dan kedhaifan manifesto Pakatan. Tahun lalu Pakatan melancarkan “Buku Jingga” yang kononnya manifesto mereka untuk memerintah negara. Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

Sebaliknya Barisan Nasional telah berjaya menguruskan masalah kos sara hidup yang tinggi secara berhemah dan berhemat. BN memperkenalkan sistem petrol dua jenis yang membantu mengurangkan subsidi bahan api kerajaan tetapi tidak begitu membebankan rakyat. BN juga telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang secara khusus bertujuan membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah.

Justeru BN tidak memerlukan skandal seks Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat mengenai kemampuan dan keupayaan meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini. Barisan Nasional hanya memerlukan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini. Apa yang BN perlukan ialah kesatuan dalaman dan rekod pentadbiran yang cemerlang untuk meyakinkan majoriti rakyat parti mana yang lebih layak memerintah.

Mengenai individu bernama Anwar bin Ibrahim, biarkanlah ia menyelesaikan isu peribadinya. Jika beliau bersumpah laknat pun menjelang PRU ke 13 ini ia tidak membuktikan apa-apa kerana sifat sumpah laknat itu sendiri bukanlah dalam bentuk pembalasan serta-merta. Jika ada individu yang muka seirasnyapun ia tidak membuktikan bahawa beliau tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral yang didakwa. Jika kita yakin beliau tidak terbabit pun ia bukan alasan untuk meberi undi kepada Pakatan sewenang-wenangnya.

Saya suka menurunkan semula pandangan bekas mentornya Dr. Sidek Baba, (yang lebih kurang berbunyi) “saya tidak boleh menyatakan Anwar terbabit atau tidak dengan kejadian liwat dan zina seperti yang didakwa. Namun pembabitan beliau dengan pluralisme dan liberalisme Islam; hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh Yahudi terkemuka; tingkah laku beliau kebelakangan ini, meyakinkan saya untuk tidak lagi bersama perjuangan politik beliau.”

Kepada mereka yang mahu memilih parti terbaik menjadi kerajaan baca dan nilailah pandangan semua pihak. Kepada mereka yang mengundi Pakatan kerana Anwar bin Ibrahim nilailah pandangan Dr. Sidek Baba, guru, mentor dan penyokong yang membuang segala-gala keagungan material dunia untuk bersama Anwar suatu ketika dahulu.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"