Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Tuesday, November 8, 2011

Akibat Kantoi Bard Macam Mana Nak Cover Line Lagi ??

 
Ini masalahnya bila dah kantoi.Bagaimana caranya nak cover line.Sesiapa yang ada idea tolong segera pass kat kawan kita Chegu Bard@ Badrul Hisham Shaharin, PKR yang juga mengepalai Solidariti Anak Muda Malaysia .

Bukan apa kesian tengok dia tengah mengelupur nak kambus lobang yang digalinya tentang isu dakwa anak Perdana Menteri belanja RM 200,000 masa Persidangan Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di Perth Australia.

Ada kawan-kawan dalam PKR sendiri yang telefon gelak berguling-guling bercerita tentang gelagat Chegu Bard.

Kata depa kalau nak cipta nama dan bodek bos pun akai mesti panjang dan tak kasi malu diri sendiri secara terlampau gitu.

Ini semua gara-gara dia terperangkap setelah tanpa usul periksa menjadi pelopor war-warkan berita di sebuah akhbar Australia,The West Australian yang melaporkan kononya anak gadis PM membeli belah sakan masa ikut ke sidang CHOGM.

Kini akhbar itu sendiri sudah membuat penjelasan laporan itu tidak betul dan anak PM tidak ada di Perth masa sidang berkenaan.

Jadi mana Chegu Bard nak sorok muka?

Kalau jadi burung ostrich senang boleh gali lubang sumbat kepala masuk.

Sebaliknya Chegu Bard pilih untuk mati tegak berdiri.

Dia tak mengaku kalah dan kini korner pula cetuskan dakwaan kononya episod laporan akhbar The West Australian dirancang sebagai satu trategi media PM.
“Kecualilah ia memang menjadi strategi permainan perang saraf baru di mana (Najib) rancang media (supaya) lapor salah dan kemudian media tersebut minta maaf dengan harapan memadam sekali isu besar,” tulis Chegu Bard dalam blognya seperti dilapor Keadilan daily (pertikan laporan itu dibawah).

Ini memang sudah masuk class maharaja lawak mega.

Kita pun faham sangat mana mungkin Chegu Bard mahu kelihatan dirinya terbarai ataupun mengaku kantoi.

Bukankah dia juga kini kan sibuk mempromosi buku pasal dakwaan cincin isteri Perdana Menteri bernilai RM24 juga.

Ini pun kisah kantoi juga tapi dia tetap terus nak terjun dengan labu-labunya.

Menipu ke ..membohong ke..fitnah ke..janji kasi hemtam PM dan isteri.

Ini caranya untuk dia mencipta nama.

Ikut cakap kawan-kawan dalam PKR, Chegu Bard kini terpaksa kerja extra keras setelah tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada Shamsul Iskandar Md Akin tidak lama dulu.

Jangan lupa dia adalah antara yang paling vokal mendakwa ada kong kali kong dalam pemilihan PKR yang riuh dengan peristiwa baling kerusi dan bergaduh dulu.

Cakap berdegar-degar…lepas gempak sana sini….anihnya terus senyap dah tak bunyi apa langsung.

Kawan-kawan dalam PKR tahu sangat dia frust menongging kalah.

Kata mereka malah sudah tersebar cerita mengatakan dia sudah main dengan idea nak keluar PKR kerana fedup.

Namun al-kisahnya dia terpaksa tekan brek setelah pusing kiri pusing kanan dikatakan tersedar campak ke dalam parti lain pasti dirinya tak laku sekupangpun…maka dia termonggeng dan terus cuba menyusur akar balik dalam parti.

“Kalau ye pun…agak-agaklah…jangan kasi malu company macam Chegu Bard,”kata kawan tadi yang jenuh dok tahan gelak bila cakap tentang gelagat dia.

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"