Jadi Geng OKC

Monday, April 11, 2011

RENUNGAN : PAS DIPERBODOH-BODOHKAN DI SARAWAK

Penulis: ANON00

PAS bertanding di lima kerusi DUN di Sarawak iaitu Beting Maro, Sebuyau, Muara Tuang, Tanjung Datu dan Saadong Jaya. PAS berkeyakinan penuh mampu membuat kejutan besar di Sarawak dengan memecah kekosongan selama mereka bertanding di bumi Rentap Sungai Skrang ini. Keyakinan PAS semakin kukuh menerusi kempen agresif Anwar Ibrahim dan DAP di seluruh Sarawak.

Keyakinan PAS begitu menggunung di Beting Maro yang pernah ditandingi pada 2006 dahulu. Agak menarik apabila Beting Maro dikatakan bakal dikuasai oleh PAS pada pilihanraya kali ini memandangkan sambutan kepada PAS lebih hebat dan menyeluruh.

Persoalannya, benarkah seperti yang didakwa sedangkan daripada apa yang dilihat di Muara Tuang serta laporan-laporan yang diterima dari Saadong Jaya, Tanjung Datu, Sebuyau dan terutama sekali di Muara Tuang, PAS sedang berhadapan dengan masalah yang bukan kecil saiznya.

Penolakan penduduk terhadap tukang-tukang kempen PAS di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas begitu ketara. Di Muara Tuang sendiri, meskipun cubaan untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap calon dari Barisan Nasional yang merupakan adik kepada Ketua Menteri Sarawak, serta provokasi yang tidak pernah berlaku di kawasan tersebut, begitu jelas menunjukkan PAS sekadar membodohkan diri mereka dengan bertanding di Sarawak.

Alasan berdakwah dan untuk menunjukkan kepada masyarakat Sarawak bahawa Islam itu wujud dan diperjuangkan oleh PAS adalah alasan yang sangat dangkal selain alasan yang menghina rakyat Sarawak yang beragama Islam.

Islam hidup subur di bumi Sarawak meskipun lebih separuh daripada penduduk Sarawak yang berbilang etnik merupakan penganut Khatolik. Pendakwahan yang dijalankan oleh orang persendirian, agensi negeri tertentu selain JAKIM, menyaksikan lebih ramai rakyat Sarawak yang memeluk agama Islam berbanding usaha yang kononnya dakwah oleh PAS.

Layanan yang diterima oleh PAS daripada PKR dan DAP di Sarawak juga sangat menyedihkan. Atau lebih tepat lagi bolehlah dikatakan, PAS sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan itu di Sarawak. PAS dihantar bertanding di lima kawasan hanya untuk merintis jalan agar sokongan kepada PKR dan DAP semakin bertambah. DAn selepas kedua-dua parti tersebut memperolehi kekuatan, PAS sudah pasti akan ditendang keluar dan tidak lagi dibenarkan bertanding.

Paling ketara ialah apabila PAS dibenarkan bertanding di kawasan-kawasan yang sememangnya kawasan bunuh diri untuk PAS seperti di Tanjung Datu dan Saadong Jaya. Sehingga setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan PAS diterima di kedua-dua kawasan tersebut. Ceramah dan kempen yang dijalankan oleh PAS di kedua-dua kawasan tersebut, lebih banyak dihadiri oleh petugas berbanding rakyat dan pengundi tempatan. Lebih malang lagi apabila para petugas PAS turut dihalau dan tidak dbenarkan berkempen di kedua-dua kawasan itu.

Walaupun para tukang kempen PAS cuba merungut dan melahirkan kemarahan kerana kegagalan PAS untuk masuk ke kawasan berkenaan bagi berkempen, ternyata ia adalah satu tindakan tidak cukup matang. Sebabnya, PAS tidak boleh menjadikan budaya politik di Semenanjung sama seperti di Sarawak.

Perhatikan sahajalah bagaimana mesin-mesin propaganda Pakatan Rakyat langsung tidak memberikan ruang kepada PAS untuk mempromosikan kehadiran dan penglibatan mereka dalam politik Sarawak. Sebaliknya mesin-mesin propaganda Pakatan Rakyat lebih tertumpu kepada Anwar Ibrahim dan kejayaan DAP menguasai kerusi-kerusi bandar yang bermajoritikan Cina.

Biarpun pada masa yang sama, PAS cuba menumpang glamour PKR, Anwar Ibrahim dan DAP, ternyata usaha yang dilakukan oleh PAS itu langsung tidak diendahkan oleh sekutunya.

Sebabnya mudah, PKR, Anwar Ibrahim dan DAP tidak peduli langsung dengan PAS kerana peluang untuk PAS menang di Sarawak hampir tiada. Untuk apa PKR, Anwar dan DAP perlu menatang PAS sekiranya PAS hanyalah sebuah parti bodoh yang boleh diperbodoh-bodohkan di Sarawak?

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"