Jadi Geng OKC

Friday, April 29, 2011

ALLAH MAHA BESAR, BERTAUBATLAH ANWAR.

APA yang menimpa Anwar Ibrahim seharusnya diambil iktibar oleh sesiapa sahaja terutama sekali kalangan pemimpin-pemimpin politik Negara terutama sekali daripada pembangkang yang terlalu ghairah menabur fitnah,mencerca dan mengaibkan orang lain.

Nasib malang yang berlaku terhadap Anwar bolehlah kita sifatkan sebagai satu pembalasan Allah terhadap keceluparan,kesombongan serta kebiadapannya melemparkan fitnah tanpa memikirkan pahala dan dosa terutama sekali apabila beliau tidak segan silu melemparkan serta merekayasakan fitnah terhadap musuh-musuh politiknya terutama sekali Perdana Menteri Malaysia,Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Selama ini Anwar yang dilihat begitu bangga menggunakan segala kelebihan pidato yang dimiliknya untuk menjadikan setiap pentas ceramah dan juga sidang akhbar sebagai medan untuk beliau mencaci keperibadian serta memburukkan Najib Razak dengan fitnah-fitnah hingga sanggup dan tergamak mengaitkan PM Najib dan isteri terbabit dengan pembunuhan wanita Monggolia ,Alatantunya.

PM Najib dua kali melakukan sumpah mubahalah menafikan penglibatannya dan Anwar tidak sekalipun sanggup berada di mana-mana masjid untuk melafazkan sumpah sedemikan bagi membuktikan bahawa beliau tidak terlibat meliwat Saiful dan beliau bukan lelaki dalam video seks yang melanggan pelacur Cina dimana video tersebut sedang hebat dipertontonkan di laman-laman youtube ketika ini.Anwar hanya mengelakkan dirinya dengan berselindung disebalik perkataan konspirasi yang beliau reka sendiri.


Bertaubatlah!
Tindak tanduk tercela Anwar yang disifatkan oleh penyokong-penyokongnya dan juga kepimpinan tertinggi PAS sebagai pemimpin masa depan yang mempunyai moral,kredibiliti dan intergriti yang tinggi untuk merwarisi kepimpinan Negara semakin hari semakin terbongkar dan akhirnya Allah meununjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia wajah atau tembelang sebenarnya Anwar bahawa beliau adalah bukan pejuang rakyat yang bermoral tinggi.

Penghujahan peguamnya Karpal Singh dalam kes liwat membuktikan bahawa benar Anwar telah meliwat Saiful dan peguam tersebut hanya cuba menjadikan kes tersebut berlaku secara rela,suka sama suka antara Anwar dengan Saiful .Bila berdepan dengan kes video seksnya, Anwar cuba memperalatkan penyokong-penyokongnya termasuklah Hadi Awang dan Nik Aziz.Terbukti ribuan doa yang diaminkan dengan dipimpin oleh Nik Aziz Allah telah menunjukan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim benar-benar insan yang banyak menipu dan mengelirukan masyraka.Solat Hajat yang beliu mungkin anggap boleh menyelamatkannya menjadi senjata yang makan tuan.

Moralnya,jangan sesekali mempermainkan agama dan juga memperbodohkan Allah s.w.t.Allah Maha Adil,Maha mengetahui.Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Rancangan Anwar, Anwar tahu tapi rancangan Allah Anwar tidak tahu.Jangan sesiapa cuba mahu menjadi Tuhan ataupun mahu menjadi malaikat ketiga di sekeliling rakyat jelata.

Apa sekalipun tohmahan terhadap beberapa orang anak muda ini, mereka harus dipuji kerana mereka berani untuk mengambil risiko untuk kepentingan agama,bangsa dan Negara yang selama ini diperlekah serta dihina semau-maunya oleh Anwar Ibrahim dan kumpulannya.

Barangkali masih ramai anak-anak muda yang berada di luar sana yang turut jelak dan jijik terhadap Anwar namun mereka mungkin tidak ada saluran untuk menyuarakan rasa luka,kecewa dan marah terhadap Ketua Pembangkang yang begitu tega menipu rakyat selama ini.

Kita sedar ada yang memuji tindakan tersebut dan yang pasti nama-nama ini didendami oleh penyokong-penyokong tegar Anwar dan juga pembangkang malah memungkinkan kumpulan anak-anak muda ini berada dalam bahaya lantaran rangkaian gerakan politik Anwar sebelum ini sering dikaitkan dengan berbagai-bagai agensi daripada luar negara yang membantu Anwar untuk melampiaskan nafsunya akan bertindak membalas dendam atau sebagainya.

Anwar Ibrahim harus berlapang dada.Menginsafi diri.Bertaubat.Wan Azizah dan Nurul Izzah harus menerima natijah daripada perbuatan suami dan bapa kesayangan mereka ini bahawa Anwar menerima pembalasan daripada Allah atas keceluparan dan kesungguhannya memfitnah dan mengaibkan orang lain.Anwar berusaha untuk merekayasakan fitnah terhadap kepimpinan Negara dan akhrinya Allah membuka satu demi satu kebejatan moral beliau sendiri yang diselindungkan selama ini oleh imej kononnya beliau seorang pemimpin,lelaki dan suami yang baik.

Betullah apa yang telah disebutkan oleh sesiapa sahaja sebelum ini termasuklah Nik Aziz bahawa bila kita berusaha untuk membuka keaiaban atau memfitnah orang lain.Allah akan membuka keaiban kita dan inilah yang sedang Anwar tanggung ketika ini.Allah sedang mebayar segalanya dalam bentuk tunai.

Kalau mahu dihitung, memang terlalu banyak fitnah yang Anwar lemparkan.Mulutnya sentiasa cabul.Tidak cukup beliau memfitnah PM Najib dan isteri, beliau secara mudah memfitnah dan menggelarkan polis dengan gelaran yang cukup jijik seperti anjing dan sebagainya.Sistem kehakiman turut dihina dan dicercanya. SPR dan SPRM juga tidak terkecuali dengan tuduhan liar malah apa sahaja sistem yang tidak tunduk kepada kemahuan dan kepentingan beliau ianya akan diserang dengan habis-habisan dengan berbagai-bagai fitnah yang direka.

Andainya Anwar masih lagi menyakini dirinya sebagai seorang Islam,mukmin sejati dan ingin bertaubat sebelum ajal menjemput,inilah masanya untuk Anwar bangkit mengsucikan dirinya,minta ampun kepada Allah,rakyat dan seluruh keluargannya yang sekian lama menanggung malu kesan daripada perbuatan dan tindakannya.Berundurlah dari politik sebelaum beliau menjadi lebih malu lagi.

Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah, rakyat faham perasaan mereka tetapi sebagai seorang Islam yang baik, berterusan bersubahat dengan perkara-perkara mungkar memungkinkan mereka juga turut menrima bala dan petaka daripada Allah.Kembalilah ke jalan benar.Masih ada masa untuk pulang ke pangkal jalan.
SANGGAH TOK JANGGUT

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"