Jadi Geng OKC

Join OKC Networkedblog Team

Friday, August 20, 2010

Jangan Sampai Jadi Melayu Singapura, Menumpang Di Tanah Sendiri

SUNGGUHPUN Malaysia sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, agama dan bahasa tetapi penduduknya dapat hidup aman dan damai atas kebijaksanaan pemerintahan pemimpin-pemimpin negara yang diterajui oleh UMNO sejak 53 tahun dahulu.

Kini, Malaysia diikitiraf sebagai sebuah negara Islam contoh yang mampu berdikari dan maju. Pemimpin-pemimpin negara pula berani menyatakan pendirian yang tegas berkaitan isu-isu penindasan umat Islam di Palestin, serangan negara Amerika di Iraq, Afghanistan dan sebagainya melalui forum-forum antarabangsa dan persidangan PBB, ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), Ramli Mohamad.

Namun sebarang kemungkinan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu di Malaysia, boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada bangsa Melayu itu sendiri, tetapi boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam secara keseluruhannya.

“Dari perspektif kami di Singapura, UMNO dan PAS itu bukanlah ‘parti politik’ semata-mata tetapi UMNO dan PAS itu adalah orang Melayu dan Islam. Justeru, perpecahan orang-orang Melayu, tidak boleh dilihat atau dianggap sebagai masalah orang-orang Melayu di Malaysia semata-mata, kerana ia sebenarnya boleh mengancam, malah melemahkan perpaduan orang Melayu di Singapura.

“Apa terjadi pada kita Melayu Singapura, kita dihimpit dan ditekan yang tanpa kita sedari kita telah diolok-olokkan, kita diperdaya sehingga Melayu Singapura hari ini telah disingkirkan dari pembangunan negara, dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Kita berharap agar Melayu di Malaysia dapat bersatu, tidak kira fahaman politik mana sekalipun kerana tanpa penyatuan ini, tidak mustahil Melayu Malaysia akan turut mengalami masalah dan penindasan mental dan fizikal seperti yang kita alami di Singapura,” ujarnya dalam pertemuan eksklusif bersama UMNO-online baru-baru ini.

Pada dasarnya, Melayu Singapura memang dilihat mulia dan berpendidikan, namun hakikatnya jauh panggang dari api. Melayu hanyalah menumpang dan meminta ihsan untuk terus hidup selesa di Singapura.

Justeru, sudah sampai masanya kepimpinan kedua-dua parti Melayu di Malaysia mengambil langlah proaktif untuk mempercepatkan usaha perpaduan Melayu tanpa mengira latar belakang politik demi kebaikan bersama. Pemimpin UMNO dan PAS mesti memiliki daya fikir yang tajam supaya dapat merasionalisasikan nafsu politik kepartian masing-masing agar usaha murni ini menjadi kenyataan.

Kedua-dua parti itu harus melihat isu perpaduan Melayu sebagai masalah umat Melayu-Islam secara kolektif, bukan masalah kepartian. Ia bukan soal UMNO-PAS lemah atau kuat. Apa yang harus dilihat ialah kerjasama dan perpaduan UMNO-PAS sebagai peluang untuk merencana semula perpaduan dan masa depan orang Melayu supaya menjadi lebih kukuh dan padu.

“Kami sentiasa berharap agar dapat semula bergabung semula dengan Melayu di Malaysia. Kami berharap sangat untuk hidup selesa dan berharap agar perpaduan Melayu yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini di Malaysia akan menjadi kenyataan. Bersatulah, jangan sampai jadi macam kami yang menumpang di tanahair sendiri,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Tuesday, August 17, 2010

DALAM DIAM PAS & PKR BERCAKARAN

Dari dulu lagi PAS kata Anwar itu 'Ahlul Neraka' dan jika bersama Anwar bererti kita bersama-sama Anwar akan ke neraka. PAS tak kan berpatah balik dari prinsipnya. Lakonan sedang berjalan. Cina dan India sokong PAS bukan kerana PAS tetapi kerana Anwar, tapi PAS nampak Anwar memang bahayakan Islam. Ini buktinya bahawa PAS telah mula membelakangkan Anwar :

BUKIT MERTAJAM, 15 Ogos: PAS akan menerajui dan merealisasikan aspirasi serta cita-cita besar Presiden dan parti untuk menjadikan langkah ke Putrajaya sebagai satu realiti dan bukannya dongengan semata-mata.


( korang baca kenyataan Salahuddin ni ...dia kata bukan dongengan semata-mata. dia tuju pada siapa ni??? jawab PKR, jawab Anwar? (Nak aku tolong jawabkan? Dia tuju pada Anwar yang kuat angan-angan la..!!!!)


Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semasa menyampaikan ucapan pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nadhoh, Penanti.

Beliau juga berkata, dalam era globalisasi kini PAS harus dilihat sebagai sebuah parti yang jelas sedang menuju ke arah perjuangan universal yang memperjuangkan keadilan untuk semua.

"Waktu ini adalah masa untuk kita membuktikan bahawa PAS semakin penting dan mampu untuk menjadi sebuah parti yang proaktif, progresif serta tidak berfikiran konvensional.

(haha ...terbukti dah Naib Presiden PAS tu tempelak PKR dan DAP!)

"Masyarakat juga sedang melihat dan bertanya apakah PAS serius dan mampu untuk merealisasikan cita-cita besar ini," katanya. Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, PAS bukan lagi sebuah parti kecil yang bersifat kedaerahan atau kenegerian.

(sedar pun PAS ni satu parti yang tidak ada kenegerian..suma main hentam kromo jer..)

Sebaliknya, semua ahli PAS harus mengubah persepsi masyarakat bagi melihat parti itu sebagai sebuah kuasa yang mampu untuk memberi pembelaan kepada rakyat dalam skop yang lebih luas dan positif.

Tambahnya lagi, PAS harus memandang ke belakang sebagai sempadan dan melihat perjuangan serta perit jerih pemimpin yang lalu bagi membina sebuah perjuangan yang sekarang ini telah berjaya melayari bahtera untuk menuju ke Putrajaya.

Sehubungan itu, katanya maka ahli PAS harus menjadikan gerakan Islam yang selama ini menjadi teras perjuangan digarap dan berhadapan dengan rakyat untuk membawa negara ini ke mercu jaya yang menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani bersama dengan rakan-rakan seperti PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

KESIMPULAN : PAS dan PKR sedang ranap. Sayang Dalam Tersurat - Dendam Kesumat Dalam Tersirat... Siapa yang akan tikam siapa ?

Wednesday, August 11, 2010

LAYAK KO BANGSO HAMPEH BELO BANGO MOLAYU?


JEJAKA AGAK KELIRU DENGAN KENYATAAN HJ HADI NI. KENAPA SECARA TIBA-TIBA AJE BERUBAH ARAH...TERINGAT UNTUK MEMBELA KEPENTINGAN BANGSA PULA?

KESIAN SUNGGUH...PUASLAH OSTAD-OSTAD PUAK JUAK PAS PERINGKAT RENDAH BERTUNGKUS LUMUS SIANG DAN MALAM TANPA HENTINYA BERJUANG DALAM BLOG-BLOG, FORUM DAN FB NAK MEMBUKTIKAN BAHAWA MENGUTAMAKAN BANGSA TU ASSOBIYAH. TETIBA HJ HADI PULA BIKIN SPOIL, DAH BERUBAH JADI PEMBELA HAK BANGSA PULA. ISSHHH..ISHHH..ISHHHH..!! PATUTLAH ADA OSTAD-OSTAD PUAK JUAK PAS YANG DAH CIPTA PROJEK LANGGAR HADI…

LAGI SATU…SAMA JUGA KEADAANNYA DENGAN PERPADUAN UMMAH…SEKEJAP NAK PERPADUAN UMMAH..THEN TETIBA PULA KATA PERPADUAN DAH JADI SEJARAH. NO MORE TO PERPADUAN KATANYA. MAKA, YANG GELAKNYA BETUNGKUS LUMUSLAH OSTAD-OSTAD KECIL PAS MENENTANG PERPADUAN UMMAH..DIMERATA TEMPAT.

TAPI SATU HARI BILA DAH TERDESAK...TETIBA PEMIMPIN PAS SANGGUP PULA MENERIMA PERPADUAN UMMAH..SIAP KASI DALIL-DALILNYA SEKALI BAGI MENGUATKAN HUJAH BERTAPA KEPERLUAN KEPADA PERPADUAN UMMAH , AKHIRNYA OSTAD-OSTAD KECIL NI JUGA YANG AKAN JADI MANGSA LAGI.

YANG MANA SATU BETUL NI…??

WAHAI ORANG-ORANG PAS OII...DUDUKLAH DI SATU TEMPAT DENGAN SATU PENDIRIAN YANG KUKUH..KEJAP...PADAT UMPAMA BESI.

KALAU SEKALI DAH NYATAKAN MENGUTAMAKAN BANGSA TU ASSOBIYAH..BIARLAH SELAMANYA STATEMENT TU TAK BERUBAH.

JANGAN JADI MACAM DASAR NEGARA ISLAM YANG, KEJAP ADA KEJAP TAK ADA …MACAM CHIPMORE..KATA BEBUDAK.

CUBA KAJI NI....
YANG NI TAK ADA NEGARA ISLAM PUN TAK APA

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei

YANG NI TAK MENISFESTO DAN DASAR MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DALAM PAS

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

YANG NI ADA SEMULA SLOGAN NEGARA ISLAM DALAM PAS

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

YANG NI DAH DITAFSIR DAH LENGKAP PULA..KALAU DAH LENGKAP KENAPA MASIH SALAHKAN SURAT TUN...


"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

TETIBA ENTAH DARI MANA TIMBUL PULA PEMERINTAHAN ISLAMNYA.


“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

JADI BETUL TAK..KEJAP ADA KEJAP TAK ADA..?

LAGI SATU..BEGITU JUGA KISAHNYA DENGAN FART-WA-FART-WA MENGATAKAN MEMERINTAH DENGAN ORANG KAFIR HARAM. ..SIAP KOREK-KOREK DALIL BAGI MENGUKUHKAN FART-WA TERSEBUT. TAPI SEKARANG DITERBALIKKAN TUHAN... APABILA MEREKA SENDIRI PUN DAH BERJAMAAH SEKALI DALAM PAKATAN. TETIBA DIBOLEHKAN PULA BERSEKUTU DAN BERSATU DENGAN DAP.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Oooo…MUNGKIN DAH IKUT PERPATAH MELAYU DULU-DULU AGAKNYA..


LAIN ULU LAIN PARANG, LAIN DULU LAIN SEKARANG

BEGITU KE WAHAI PAS OII..!!??
CUMA PENULIS NAK TAMBAH BAGI POWERR SIKIT LAIN PADANG LAIN BELALANG, LAIN SEKARANG LAIN AKAN DATANG. KEH..KEH..KEH...!!!

Tuesday, August 10, 2010

KLINIK WAKAF AN-NUR PERHATIAN YANG PRIHATIN

Baru-baru ini, kenyataan Menteri Besar N.Sembilan mengenai cadangan mewujudkan sebuah klinik wakaf disetiap daerah di negeri ini merupakan agenda bernas dan sesuatu hal yang dialu-alukan oleh setiap masyarakat di negeri ini.

Apa yang diketahui penubuhan klinik wakaf ini adalah satu program amal yang dilaksanakan pihak Hospital Pakar Seremban KPJ dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Terdahulu, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) menerusi anak syarikatnya Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) merancang membuka klinik wakaf baru di Rembau tidak lama lagi. Usaha ini bagi meningkatkan lagi perkhidmatan dan memastikan lebih ramai golongan berpendapatan rendah mendapat rawatan kesihatan yang sempurna dengan kadar caj rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Seremban (SSH) yang juga anak syarikat KPJ Healthcare, Abd Aziz Abdul Rahman, berkata, pihaknya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) bersetuju membuka klinik berkenaan di kawasan terbabit.

Pembukaan cawangan baru itu bertujuan meluaskan lagi perkhidmatan rawatan kesihatan dan haemodialisis kepada orang ramai terutama berpendapatan rendah.

Usaha yang dilakukan ini adalah untuk memastikan masyarakat di kawasan kampung berpeluang mendapatkan rawatan di klinik wakaf berkonsepkan amal jariah bagi meringankan beban orang ramai terutama pesakit buah pinggang yang mengeluarkan belanja besar jika mendapatkan rawatan di klinik lain.

Rangkaian Klinik Wakaf An-Nur kendalian syarikat SSH hanya mengenakan kadar bayaran serendah RM5 bagi rawatan biasa manakala RM90 bagi rawatan pesakit buah pinggang. Klinik Wakaf An-Nur berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan terbaik dan sama seperti klinik kesihatan lain.

Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Seremban Specialist Hospital mencetuskan idea tersebut memberi hembusan kelegaan rakyat negeri ini yang akhirnya mendapat perhatian pemimpin dan kerajaan dengan penderitaan yang ditanggung.

Tiadalah ungkapan lain yang dapat diluahkan oleh mereka yang menanggung derita sakit buah pinggang selain terima kasih yang tidak berkesudahan kepada kerajaan yang benar-benar mengambil berat dengan kebajikan rakyat tanpa mengenal agama, bangsa waima fahaman politik mereka kerana menurut Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan, setiap pertolongan yang diberi di ikuti dengan niat yang ikhlas.

Namun, masih ramaikah insan-insan diluar sana merenung walau sejenak jasa dan budi kerajaan yang berkebajikan ini?

Semestinya usaha murni sebegini akan diterima pakai oleh semua pihak apabila kesakitan datang menyerang. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita membalas budi kepimpinan kerajaan yang tidak mengenal erti penat, tidak hirau jika di umpat dan tidak mengalah dalam berkhidmat.

Dari dahulu hingga kini, walau siapapun yang menjadi pengganti dalam menguruskan tanggungjawab negeri, belum pernah kita melihat luasnya kebajikan yang dinikmati. Antara faham ataupun tidak, inilah tugas seorang pemimpin yang berpegang pada janji.

Klinik Wakaf An-Nur sememangnya relevan diwujudkan memandangkan ianya membuka ruang kepada rakyat di N.Sembilan ini mendapatkan khidmat perubatan yang murah dan mampu selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia, ‘Rakyat Di Utamakan- Pencapaian Di Dahulukan’.

Demikianlah juga ceritanya dengan perihal zakat. Menurut pemimpin yang dekat dihati rakyat itu, Pusat Zakat N.Sembilan (PZNS) memandang serius isu pembayaran zakat di negeri ini. Kita juga telah dihidangkan dengan berbagai agenda dan perancangan pihak MAINS dalam memberi zakat kepada yang berhak. Namun sayang seribu kali sayang, masih ada jua insan-insan berotak beku yang berani memainkan isu zakat ini.

Baru-baru ini, Baitulmal Negeri telah mengkhabarkan berita gembira kepada rakyat mengenai kenaikan bantuan zakat fakir miskin di mana seramai 5,406 penerima asnaf fakir dan miskin di negeri ini bakal menerima faedah apabila bantuan zakat akan dinaikkan berdasarkan keperluan mereka.

Kadar wang sumbangan buat masa ini adalah sama bagi semua penerima asnaf fakir dan miskin iaitu RM100 sebulan dan Baitulmal dapat mengesan ada banyak faktor dan sebab jumlah itu perlu ditambah.

Kenaikan jumlah sumbangan ini adalah wajar pada masa ini berikutan setiap orang menanggung tanggungan yang berbeza serta memerlukan keperluan yang berbeza-beza.

Selain itu, Baitulmal kini mengambil langkah untuk turun sendiri bertemu dengan penerima asnaf fakir dan miskin dalam usaha untuk terus mengekalkan interaksi bersama mereka dan juga sebagai langkah untuk memperoleh maklumat terkini secara terus berkenaan penerima asnaf sejajar dengan kehendak YAB Menteri Besar yang mahukan layanan penerima bantuan diberikan sebaik mungkin.

Ketelusan Baitulmal dalam memainkan peranan untuk membantu golongan ini dan pembaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Ini juga sebagai usaha Baitulmal untuk meningkatkan bantuan zakat kepada penerima berlandaskan had kifayah mereka. Kenaikan ini juga berdasarkan kepada keperluan isi rumah penerima, jenis penyakit yang dihadapi dan jumlah pendapatan mereka.

Bukti kebajikan rakyat dinyatakan lagi pada tahun ini apabila PZNS menyertai seminar Ramadhan sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H yang akan menjelang tiba di mana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Seminar Semarak Ramadhan bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) juga turut menyertai seminar tersebut dengan membuka pameran bersama dengan beberapa agensi lain. Ahli panel yang terkenal telah diundang untuk membentangkan kertas kerja bertajuk “Ramadhan Membina Taqwa” oleh Ust. Mohd. Fauzi bin Mustafa (hos Rancangan Al-Kuliyyah TV3) dan sesi forum turut diadakan bagi mengupas penghayatan bulan Ramadhan yang bertajuk “Ramadhan Membentuk Jiwa” oleh dua orang ahli panel iaitu Ust, Dzul Karnain bin Hamzah dan Ustazah Asni binti Hj. Mansor

Pameran PZNS telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung dengan memperolehi 20 penyertaan borang potongan zakat gaji bulanan (SPZB). Majlis tersebut telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Isteri YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi PEKERTI.

Inilah sebahagian amalan-amalan murni kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini terus terbela biarpun seharian barisan kepimpinan yang menjalankan tanggungjawab kepada rakyat ini diselar, difitnah dan dicaci oleh insan yang kufur dengan bermacam kata-kata kesat, namun, barisan kepimpinan N.Sembilan ini tidak pernah lemah apatah lagi untuk melatah hanya dek usikan nakal insan tak berakal.

mizi@n9kini.com

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"