Jadi Geng OKC

Wednesday, December 15, 2010

HASAN ALI ISYTIHAR BOIKOT PROGRAM PAKATAN !!

Sejak akhir-akhir ini, saya memang banyak mengkaji tentang penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama sahabat-sahabat blogger yang lain. Banyak juga info-info baru yang dapat dikenalpasti. Tiba-tiba terlintas di fikiran saya, di mana Exco Selangor yang mewakili PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali? Sudah lama tidak nampak beliau dalam mana-mana program yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan.

Ianya bermula apabila saya ditugaskan membuat liputan pada PRK DUN Galas. Sepanjang 13 hari berada di sana, tidak nampak langsung kelibat Hasan Ali. Apabila saya bertanya jentera PAS Selangor di Galas, beliau diam membisu lalu menjawab, "Ala, YB. Khalid Samad kan ada". Semua sedia maklum Khalid Samad merupakan musuh politik Hasan Ali di dalam PAS.

Ianya disusuli dengan Perhimpunan 'Selamatkan Air Selangor' yang berlangsung Ahad lepas. Tiada juga kelibat Hasan Ali. Beliau sepatutnya orang penting dalam isu ini kerana beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)?

Tapi bukan sahaja tiada pada perhimpunan tersebut, malah tiada langsung sebarang komen dari beliau mengenai masalah SYABAS seperti yang didakwa Kerajaan Negeri. Saya mendapat maklumat bahawa Dr. Hasan Ali tidak bersependapat dengan usaha penyerahan SYABAS kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Masyarakat Gombak juga banyak mengeluh dengan khidmat yang diberikan oleh Hasan Ali yang juga merupakan ADUN Gombak Setia. Banyak aduan yang dibuat tidak mendapat sebarang maklum balas dari Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, semalam beberapa penduduk kawasan Batu 12, Gombak dilaporkan telah berulang kali membawa isu ancaman tanah runtuh di kawasan tersebut kepada Hasan Ali.

Beliau memberi jaminan akan mengemukakan masalah itu. Namun, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas. Dengar kata Kerajaan Negeri sengaja melengah-lengahkan laporan permasalahan masyarakat di DUN Gombak Setia sebagai usaha menyingkirkan Hasan Ali dari bertanding pada PRU 13.

YB Hasan Ali memang sudah mengalah nampaknya. Tindakan beliau seolah-olah memboikot Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim. Beliau dikatakan semakin dipinggirkan bukan sahaja dari Kerajaan Negeri, malah PAS Selangor sendiri bersikap seolah-olah meminggirkan beliau.

Manakala dari pihak PKR dan DAP Selangor pula lebih senang berhubung dengan Khalid Samad mewakili PAS Selangor yang dikatakan lebih liberal. Sementara Hasan Ali lebih selesa menghadiri program-program seperti tahlil bersama rakan-rakan beliau dari UMNO Gombak.

Hasan Ali sebelum ini dikatakan seorang pemimpin PAS dari puak Pro Ulama' di dalam PAS yang menyokong usaha ke arah Kerajaan Perpaduan UMNO - PAS dan pernah menyuarakan beberapa isu yang menggoncang kerjasama Pakatan seperti isu arak dan SELCAT.

Beliau juga merupakan punca utama desakan diadakan Perhimpunan Khas PAS di Taman Melewar bagi menentu hala tuju PAS bersama Pakatan. Nik Aziz merupakan antara individu yang berang dengan Hasan Ali.

YB. Hasan Ali, bersabarlah. Tapi saya hendak bertanya, adakah berbaloi perjuanganmu bersama Pakatan membina sebuah Negara Islam di Selangor?

No comments:

PENGUMUMAN

Dalam Memperjuangkan Martabat Bangsa dan Maruah Melayu
Jejaka Berharapkan Kepada Rakan-Rakan Sepanji Bersatu Demi "Amar Mak'ruf Nahi Mungkar!!"